Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 13, 2010

BUAT TATAPAN SAHABAT

Imej
Ya Sodiqi.

sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,

generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",

kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,

meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,

dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.



Wahai Rajul penegak Islami.

Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.

selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,

demi Islam yang dicintai.

Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,

agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,

tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.



Duhai akhawat mukminah sejati,

inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.

Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.

Tuturmu berhikmah penuh teliti,

menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.

Pagari dirimu dengan syariat Islami.

Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,

agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,

tanpa iman yang teguh di hati.



Wahai sahabat pendukung agama Al…

SELAMAT DATANG REJAB

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.




Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat d…