Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Selasa, Disember 07, 2010 | Disember 07, 2010 | 0 Lovers
hari ini  ana terbaca satu aktikel dlm blog penulis , ehm ..... sekian lama ana baca aktikel itu ana terasa spt teguran itu terjatuh diatas diri ana sendiri .. tp [ana setuju juga walaupun ana termasuk dlm teguran itu.} Insyallah slp nie mungkin ana akan cuba tulis sendiri bknlah tidak boleh tetapi biarlah diambil dgn cara yg betul..

ya ALLAH
JIKA K`SALAHAN INI DR HAMBA MU AMPUNILAH AKU KERNA AKU MENJADI MALU YA ALLAH ,

KRNA AKU YAKIN ENGKAULAH TEMPAT UTK KU BERMOHON





| Disember 07, 2010 | 0 Lovers
Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.







Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.






Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.






'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.






Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!






Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?






Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.






Naudzubillah..






Itulah bahayanya riya' dan ujub!






Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia


dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..






Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'






Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'






Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.






Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!



Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!
Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Allah taala,
"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]
Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.
p/s: artikel hnya untuk mengingatkan dri sendiri dan sahabat yg lain.tidak ada kena mengena kepada sesiapa.


Wa'Allahualam.
 
dari blog: {http://halaqah.net/.com}



Ahad, Disember 05, 2010 | Disember 05, 2010 | 0 Lovers


                                            ASaTIzah....
                        Aku inGin senyum padamu namun ku tak mampu...


      Aku inGin kau bahaGia tapi ku tidak pandai membuatmu ketawa...


Aku sedia menolonGmu tetapi ku tidak tahu baGaimana inGin membantu...


Aku juGa suka berbicara denGanmu tetapi seakan habis bicaraku bila berhadapan denGanmu...






                                       ASatiZAh...AAsAtizAH..YG aku sAYAngi..... yg aku rindui


                    MunGkin di matamu aku terlalu biasa dan tak bermakna....


                   Tetapi di hatiku kau terlalu istimewa....




ASatIZaH..
Kerana ilmu kita bertemu....


Kerana perkenalan,persahabatan terjalin....


Kerana cita-cita perpisahan terjadi....


Dan kerana ukhuwwah persahabatan akan berkekalan....




                           ASatizah....
           Persahabatan ini bukan milikku dan bukan juGa milikmu....


Persahabatan ini adalah perancanGan Allah yanG Maha MenGetahui seGala Rahsia...


                      Kerana DIA aku menGenalimu...


Dan kerana DIA juGa telah menetapkan kita menGukir kisah persahabatan rianG ketawa seRta menanGis sedih bersama-sama....






Kerana DIA juGalah yanG menyemaikan kasih sayanG dan kerinduan dalam naluri kita...


DIA juGalah yanG menGhamparkan seGuGus kenanGan di minda kita....


Dan kerana DIA juGa akan hadirnya perpisahan antara kita...
                             ASAtiZAH...


Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenanGan untuk kita inGati sepanjanG zaman...


InGatlah aku selaGi enGkau mampu...


Jika pula masa mendatanG memisahkan keakraban yanG telah terbina...


Ukirlah secebis 'TentanG Aku' di hatimu...


AGar nanti tika bersua kau masih menGinGati siapa diriku...