Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Jumaat, Ogos 31, 2012 | Ogos 31, 2012 | 0 Lovers

Ehm...

apa khabar ..selamat Malam ..dan Solat Isyak Dulu ye sebelum layari fB - tweet- blog-

Dan 

JANGAN sTresss okey..Be lucky ..bUKAN mUdah TAHU..


jOM sOlat ..da ..da 




Label:




| Ogos 31, 2012 | 0 Lovers
SMKA?
KISAS?
SMAP?
MAAHAD?
MADRASAH?
KUIS?
PONDOK?
TAHFIZ?
SBPI?
Apa yang istimewanya dengan sekolah agama ni?
Apa bezanya dengan sekolah2 yang lain?
Hebat sangat ke ilmu agama budak2 sekolah agama ni?

Apabila kita dapat tau yang seseorang itu dahulunya bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam, maka apa yang dapat kita bayangkan adalah peribadi seorang muslim atau muslimah yang kuat pegangan agama, bersopan santun, tegas dalam pendirian, terjaga muamalatnya, tidak terabai ibadahnya dan macam2 lagi perkara yang baik2. Tapi adakah pendapat2 sebegitu masih relevan pada masa ini? Jawab la sendiri ye.

Budak agama sepatutnya menjadi contoh dan tempat rujukan kepada masyarakat. Dan pada masa yang sama menjadi duta kepada agama yang kita cintai iaitu Islam. Walaubagaimanapun, budak2 agama kini tidak merasakan yang mereka ini istimewa untuk membawa agama Allah ini.

PERHATIAN KEPADA SEMUA BUDAK AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!

“Ah, dulu kat sekolah lain. Aku pakai tudung labuh pon sebab dah memang peraturan sekolah camtu. Aku pon ikut je la. Mase zaman sekolah dulu pon, pakai tudung labuh mase kat sekolah je. Kat luar, aku pakai tudung biase2 je”

“Ala, sekati la nak couple pon. Mase kat sekolah dulu tak dapat buat sebab takde org berani couple kat sekolah agama(ye ke??). Sekarang ni, kita bukan kat sekolah agama lagi pon”

“Wei, please la. Aku tak nak jadi hipokrit ok. Inilah diri aku yang sebenar. Aku rase, aku lagi baik dari dorang yang kononnye berlagak alim(perasan je). Alim2 kucing je tu. Takde maknenye”

Nah!! Lantang betul mereka bersuara mempertahankan diri masing2 dengan hujah2 yang sememangnya rapuh. Adakah Islam itu hanya berkuatkuasa di dalam sekolah sahaja? Bila di luar sekolah, Islam diketepikan? Sedangkan Islam itu sesuai dilaksanakan di mana2 sahaja. Islam itu adalah sebagai addin(cara hidup) kita walau di mana mana sahaja kita berada. Janganlah ketepikan hukum2 Allah itu. Takut2, Allah akan ketepikan kita semasa di akhirat kelak. Nauzubillahi min zalik…

Hebat sangatkah kita sampai berani bermain2 dengan hukum Allah. Islam itu sendiri bersifat syumul(menyeluruh). Ciri Islam yang syumul ini membezakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang punya dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mangetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakan manusia. Sebab itu, Islam sahajalah yang mampu memenuhi keperluan manusia; baik sebagai individu, mahupun kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 138:
“Itulah corak(celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya dari Allah”

Jadi, berbalik kita kembali kepada kata2 ‘lancar’ budak agama sebentar tadi. Hipokritkah orang yang ingin mengamalkan Islam? Hipokrit ataupun kembali kepada fitrah? Kita ini secara fitrahnya adalah Islam. Islam itu fitrah. Jadi, dari planet manakah wujudnya ideology yang mengatakan orang yang ingin mengamalkan Islam (walaupun dulunya dia fasik) adalah seorang yang hipokrit?

Sungguh dangkal fikiran orang-orang yang mengatakan sebegitu rupa. Berfikir baik2 sebelum keluarkan apa2 statement. Kalau tidak pun, berdiam diri adalah lebih baik.

Saya hanya membawa beberapa contoh sahaja. Realitinya, memang ramai budak agama yang berperangai seperti ini. Anda sendiri mungkin pernah terserempak / berbual / berkawan / berjalan dengan insan2 sebegini juga,kan??

Jika budak agama bercouple, maka orang lain akan anggap yang bercouple itu dibenarkan.
Jika budak agama meninggalkan solat, maka orang lain akan fikir bolehlah tinggalkan solat.
Jika budak agama tidak menjaga muamalat, maka orang lain pun tidak kisah dgn muamalat yang dituntut oleh Islam.
Jika budak agama tidak memelihara auratnya, maka orang lain pun ikut sahaja.
“Habis tu, dah budak agama pun buat bende2 camtu, kitorang yang biase2 ni ikot je la”

Jika budak agama menyanyi di atas pentas sambil menari berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, maka lihatlah kesannya nanti. Fikir2kan lah. Takkan nak kena bagi tau jugak..

WAHAI BUDAK2 AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!

Jadi, kepada budak2 agama. Renung2kan, di kelompok manakah anda berada sekarang ini? Adakah anda pada saat ini menjadi duta kepada Islam? Adakah anda menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat? Ataupun anda sendiri adalah FITNAH kepada Islam? Sama2lah kita bermuhasabah. Jika anda sedang menjadi fitnah kepada Islam, cepat2 lah bertaubat. Allah sentiasa menerima taubat hamba2Nya.  

Wallahu'alam...[copypaste]



| Ogos 31, 2012 | 0 Lovers

“amalia !!.”

Kening ku diangkat
Kenapa Anisa comel ?.” pedal  kereta sedikit terbabas .Wajah itu menoleh kearah ku .
Anti kata ana comel ? Dia menanya .Aku mengangguk-angguk .Dia tak suka kah ?
Muka anisa merah padam .

“Selama ini ana mana ada terima kata-kata macam tu dari anti Sebab itu ana terkejut .”Pandangan nya hanya melihat dihadapan .kemudian dia memutar vcd Ecoutic .Nasyid itu sebagai teman ku ketika ku dalam resah tika ku terasa tersempit tika ku merasa diri ku tiada dicintai .

Aku ralit dibuai rentak lagu sehingga ku mengikuti kata kata lirik itu sehingga habis .Pandangan ku melihat awan bergerak terasa diriku keldil .Dihadapan ALLAH nanti bagaimana kah aku ? .

            Ya ALLAH teramat keldil ku dihadapan ciptaanMu .bagaimana Bumi di bina ? Hujan diturunkan ? Langit menjadi cerah .Malam menutup hari semua nya buat ku terasa Lemah .YA ALLAH tidak ku sangka hidupku akan berakhir tanpa mencari cinta mu .
Lamunan ku tersentak takala anisa mengejut ku dari lamuan tadi .wajah nya seakan merisaukan akan diriku .
Kenapa ni moyok je ? anisa mengambil beg nya dibonet bersama beg ku .Aku mengeleng sahaja
Nanti lepas kelas ana bawa anti bertemu dengan Dr amas ye.”Aku tersentak .
Ana okey lah .tak payah lah risau pasal ana .” Dia menunduk wajah lantas beg ku digalas tadi dipulang kan untuk ku .

Anisa!! Tunggu kejap .”  sekejap kemudian tubuh ku rebah dan pandangan ku hanya melihat wajah anisa Dimata nya mengalir air mata deras . Menitik di pipi ku .
Amalia bertahan yer. Dr amas .Kata-kata  nya tersekat disitu .




 p/s sambung nanti yer