Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Oktober 27, 2012 | Oktober 27, 2012 | 0 Lovers

بسم الله الرحمن الرحيم

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin


Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulutmu untuk segala yang boleh meruntunkan semangatmu.

"Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan,
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit & sebelum terbenam;
dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam & di hujung siang hari,
agar engkau merasa tenang."
(Taha, 20: 130)
Usianya sudah pun menjangkau 20-an. Dia dilahirkan cacat. Dia tiada kaki. Tiada tangan. Malah, dia juga cacat penglihatan. Tapi, semangat dia untuk teruskan hidup & menjadi insan yang berjaya seperti mereka yang normal tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini dia menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.

Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai jenis soalan oleh para peserta yang hadir.  Salah satu soalannya:

"Bagaimanakah Tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Tidak dapat saya bayangkan keadaan diri saya sendiri bila berada di tempat Tuan. Yang saya maksudkan dengan serba kekurangan adalah kecacatan ini."

'Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa?
Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh, tangan, kaki & sepasang mata saya. Saya tidak pernah berpeluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan & keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk terhadap mereka."

"Tapi, apa yang Tuan ada?"

"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini saya mampu berzikir & dengan mulut ini jugalah saya mampu untuk membaca al-Quran meskipun saya buta. Hamdan Lillah."

* Pandanglah dengan mata hati. Sesuatu kekurangan jika dipandang dari sudut yang lain, pastinya ia adalah suatu kelebihan yang tiada pada mereka yang lain.

Bersangka Baiklah Dengan Allah

Kenapa aku miskin, dia kaya?
Siapa tahu, Allah mahu selamatkan kau dari sifat takabbur, lupa diri & riya'. Malah Allah mahu kau tergolong di kalangan mereka yang zuhud. Bukankah Rasulullah juga bukan tergolong di kalangan mereka yang kaya? Malah lebih miskin dari kita. Walhal Baginda seorang Khalifah, bahkan kekasih Allah.

Kenapa pula aku kaya, dia miskin? Allah tak sayang aku ke?
Siapa tahu, kau hamba yang dipilih Allah untuk menginfakkan harta di jalan-Nya. Tidak semua orang berpeluang. Gunakan kesempatan ini sebaiknya. Bukankah Abdurrahman bin 'Auf tergolong di kalangan mereka yang kaya raya tetapi dia sanggup untuk menginfakkan harta di jalan Allah.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-Kahf, 7)


Kenapa aku tak pandai, yang dia genius semacam?
Allah sama sekali tidak menilai berapa banyak A yang kita dapat tyme UPSR, PMR, SPM, STPM. Allah sama sekali tak membanding-bandingkan keputusan hamba-hambaNya tyme PSRA, SMA, STAM. Allah sama sekali tidak memandang berapa CGPA, GPA kita. Allah sama sekali tidak melihat berapa keping SIJIL PENGHARGAAN yang terpampang kat dinding dapur, ruang tamu kita. Allah sama sekali tak mengira berapa biji medal yang tergantung kat keliling rumah kita. Tetapi, Allah melihat kemana arah tuju niatmu, sejauh mana usahamu, sehabat mana tahap kebergantunganmu terhadap Allah & setinggi mana degree tawakkalmu kepada-Nya. Itu yang dinilai malah diberi ganjaran. Kekurangan akan mendidik kita untuk mencari lagi & lagi.

Kalau macam tu, kenapa aku tak pernah diuji dengan kegagalan? Adakah aku tergolong di kalangan mereka yang bongkak?
Itu adalah bonus. Bersyukurlah. Kau masih lagi disayangi Allah. Siapa kata tidak? Tandanya, Allah menguji kau melalui kejayaan yang kau peroleh. Sama ada kau bersyukur atau tidak. Allah akan menguji hamba-hambaNya agar tidak terus lalai, hanyut, leka. Allah juga meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap kau atas kebijaksanaan itu. Sampaikanlah kepada mereka walau hanya dengan satu ayat. Setiap penyampaian dengan niat Lillahi Taala itu, akan diberi ganjaran selama mana ia masih diamalkan & disampaikan. Didik diri untuk menerima sesuatu yang bermanfaat tanpa melihat siapa yang memberi, tetapi lihat apa yang diberi.


Ada orang yang lebih menderita, tetapi masih mengekalkan imannya.
Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya.



| Oktober 27, 2012 | 0 Lovers

Hati…
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
 Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.
Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?
Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.
Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.
Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
 Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir
Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin


dari: akuislam .com



| Oktober 27, 2012 | 0 Lovers
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Romantiknya Lirik Cinta

Permulaan post kali ini ingin saya mulakan dengan beberapa potongan lirik lagu cintai. Ayuh kita hayati.

Walau Raga Kita Terpisah Jauh
Namun Hati Kita Selalu Dekat
(Aishiteru Oleh Zhifilia)

Bila Terasa Rindu,
Ku Sebut Namamu,
(Bila Terasa Rindu oleh Dafi)

Kau Mau Apa, Pasti Kan Ku Beri
Kau Minta Apa, Akan Ku Turuti
Walau Harus Aku Terlelah Dan Letih
(Doaku Untukmu Sayang Oleh Wali Band)

Pasti ramai antara sidang pembaca khususnya para generasi muda membaca lirik tersebut dengan alunan lagu tersebut, atau dalam erti ayat lain, pasti lagu di atas ramai diketahui bahkan didendangkan generasi muda hari ini. Sungguh indah percintaan sesama manusia yang digambarkan dalam lirik lagu tersebut.

Jika kita tadabbur (hayati) lirik di atas, pertama menyatakan walau raga berjauhan, namun dekat di hati, kedua menyatakan ketika terasa kerinduan pasti menyebut nama kekasih hati, dan akhir sekali menyatakan sanggup terlelah dan letih demi memenuhi dan menuruti permintaan kekasih hati. Wah, sungguh romantik!

Alihkan Kuasa Cinta

Gambaran lirik diatas itulah ekspresi kuasa cinta sesama manusia dewasa ini.  Kuasa cinta menyebabkan yang jauh terasa dekat, yang berat terasa ringan, yang pahit terasa manis bahkan yang busuk terasa wangi. Sebagai contoh, ada pasangan yang tinggal berjauhan, namun atas kuasa cinta, mereka terasa dekat sekali. Ada juga yang sanggup berkorban harta dan masa yang memang berat, namun atas kuasa cinta, perkara berat terasa ringan untuk dilakukan. Ada pula terkadang terpaksa menerima beberapa pengalaman pahit bersama pasangan, namun atas kuasa cinta, perkara pahit terasa manis ditelan.

Apa yang penting, kebanyakan kuasa cinta yang diaplikasikan pasangan muda-mudi yang tiada ikatan halal pada hari ini saya pasti kebanyakannya hanyalah lakonan semata-mata. Ramai pelaku maksiat antara mereka menggunakan kalimat cinta bagi mewakili nafsu keji mereka yang diselimut indah dengan kata-kata yang menggoda. Maka, pastikan kita berwaspada dengan pujukan rayu mereka. Sedarlah, orang yang benar-benar mencintai kita tidak akan sanggup menyakiti kita, samada di dunia bahkan lagi untuk alam seterusnya.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua sidang pembaca untuk kita alihkan kuasa cinta kepada yang sepatutnya, Allah. Mari atas kuasa cinta kita akan sentiasa merasa dekat dengan Allah, sentiasa ringan melaksanakan suruhannya dan tinggalkan segala laranganNya. Selain itu, segala ujian dan ketentuan yang nampak pahit akan kita telan dengan rasa manis sekali. Janganlah lagi kita jauh daripada Allah, jangan lagi terasa berat untuk melaksanakan perintah-Nya mahupun meninggalkan larangan-Nya dan janganlah lagi kita sentiasa terasa pahit dengan segala ketentuan dari-Nya. InsyaAllah.

Perbandingan yang lain, saya pasti jika kita mencintai seseorang akan membuatkan kita sanggup berkorban untuknya dan tidak akan pernah menyakiti hatinya. Mencintai Allah juga sepatutnya lebih sanggup kita berkorban melaksanakan semua perintahnya dan jangan sesekali berani menyakiti-Nya dengan melanggar larangan-Nya. Ayuh kita buktikan cinta kita kepada-Nya kerana cinta kepada Allah adalah kata kerja yang perlu digerakkan dengan amalan, bukan hanya kata nama yang hanya didiamkan dalam fikiran.

Bercinta Selepas Bernikah

Perbahasan mengenai tahapan cinta serta langkah mendapatkannya sudah saya bahaskan dalam majalah SINERGI edisi ketiga, atau dalam post 'Ajarkan Aku Cinta' insyaAllah dalam kesempatan kali ini, saya ingin lebih membahaskan cinta sesama manusia yang perlu kita lihat dengan kaca mata yang menggunakan kanta Al-Quran dan As-Sunnah bukan dengan kanta Asy-Syahawat dan Asy-Syaitan. Walaupun saya yang sangat baru mengubah status saya menjadi seorang suami pada 2 June 2012 yang lepas ketika dalam usia 22 tahun, namun semoga sedikit pengalaman dan perkongsian mampu bersama kita sama-sama fikirkan untuk kita amalkan.

Ramai kita perhatikan generasi muda bahkan berusia dewasa ini meletakkan pemikiran dan pemahaman bahawa dalam mencari pasangan hidup, mereka perlu bercinta dahulu sebelum menjejak ke gerbang pernikahan. Menjadikan perkara ini lebih parah lagi, ibubapa juga menyokong bahkan mendokong anak-anak mereka untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi kononnya dengan bakal pasangan hidup anak mereka.

Saya tidak melarang untuk ta'aruf (berkenalan) dahulu bakal suami mahupun isteri kerana ini adalah pemilihan yang sangat penting sebagai teman hidup dunia bahkan mampu sampai ke syurga, tapi pastikan dijaga dan ditegaskan batasan dalam berkenalan tersebut kerana memang dalam hadis yang diriwawatkan oleh Imam Ahmad membolehkan bakal pasangan untuk melihat wajah bakal pasangan dengan niat untuk menikahinya. Saya juga mendapat tahu ada beberapa organisasi gerakan Islam turut mewujudkan medium atau sistem ta'aruf antara muslimin dan muslimat yang sangat menjaga batasan dalam ta'aruf samada dikenali dengan baitul muslim atau baitul du'at. Semoga Allah meredhai usaha kalian.

Bernikah untuk bercinta memang lebih baik daripada bercinta untuk bernikah kerana cinta sebelum nikah cuma nampak indah, tapi hakikatnya akan merana berdosa. Manakala cinta selepas nikah memang indah, bahkan akan bahagia berpahala. Tambahan pula, bernikah juga sebuah wasilah yang mampu menyempurnakan separuh dari agama (HR Baihaqi) bahkan merupakan sunnah baginda Rasulullah SAW sehingga baginda mengecam tidak mengaku sebagai umatnya kepada sesiapa yang sudah mampu menikah namun tidak ingin melaksanakannya (HR Thabrani & Baihaqi).

Ujian Melaksanakan Pernikahan

Setiap perkara kebaikan akan ada sahaja ujian untuk kita tempuhi. Ujian dalam aspek ibadah pernikahan ini juga tidak lari dari ujian yang selalu hadir disebabkan diri sendiri, bakal pasangan atau keluarga itu sendiri. Dalam aspek diri sendiri, menurut Imam Ahmad Bin Hanbal mengapa terkadang kita tidak terasa tidak ingin menikah adalah antara dua faktor iaitu:
"Jika ada seseorang pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinannya; banyak bermaksiat atau diragukan kejantanannya"[Imam Ahmad Bin Hanbal]

Banyak bermaksiat dan diragukan kejantanannya. Perkara lain yang lebih sentiasa menjadi penghalang adalah pemikiran dan pemahaman masayarakat hari ini yang sentiasa mempersoalkan kemampuan individu untuk mendirikan rumah tangga samada dalam aspek nafkah zahir mahupun nafkah batin mereka.

Kemampuan yang lebih sering diperselisihkan adalah nafkah zahir kerana dalam membina rumah tangga memang kita tidak menafikan ada amanah untuk memberikan keperluan kepada pasangan hidup masing-masing. Terkadang ibubapa pihak lelaki menghalang untuk anaknya bernikah kerana kelihatan tidak cukup hartanya, ibubapa pihak perempuan pula melarang menerima pihak lelaki yang nampak kurang hartanya. Ibubapa sekalian, mengapa tidak kita bukan bahkan melarang atau menghalang, namun berikan sokongan dan bantuan untuk calon berusaha memampukan diri ke arah pernikahan kerana salah satu perkara yang perlu dipercepatkan adalah menikahkan anak perempuan yang pastinya anak lelaki juga perlu dipercepatkan sebagai pasangan pihak perempuan.
"Wahai Ali, ada 3 perkara jangan ditunda-tunda; solat apabila telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap pengkuburannya, dan perempuan apabila telah datang lelaki yang sepadan meminangnya" [HR Ahmad]

Perkara ini memang kita fahami bahawa ibubapa ingin memberikan yang terbaik untuk anaknya, namun kita melihat yang terbaik itu lebih utama dalam aspek dunianya atau akhiratnya? Indikator kita dalam memilih calon isteri atau suami, atau menantu bagi yang bergelar ibubapa jika menurut pesan Rasulullah SAW yang paling utama adalah agamanya.

Sekali lagi, kemampuan dalam bentuk harta kita tidak menolak sama sekali, bahkan calon memang perlu berusaha sebaik mungkin untuk mengumpulkan harta bagi kegunaan semasa dan selepas berkahwin. Ini adalah tanggungjawab. Namun, pandangan manusia zaman ini yang terlalu memandang tinggi aspek harta yang banyak berbanding harta yang secukupnya sehingga bukan sahaja harga barang menaik, mahar wanita juga naik sekali. Sedangkan mahar yang paling baik adalah yang paling mudah bagi calon suami. Sekali lagi, paling mudah tidak semestinya paling murah, namun mengikut kemampuan masing-masing.

Semoga ibubapa selepas ini jangan lagi memberatkan dan menyusahkan anak melaksanakan ibadah pernikahan yang mampu menyempurnakan separuh agama dan menjaga kehormatan mereka di zaman yang penuh dengan kebatilan dewasa ini. Bahkan, kita seharusnya memberikan galakan dan tunjuk ajar untuk mereka berusaha memampukan diri membawa amanah sebagai seorang suami atau isteri kerana Rasulullah SAW sendiri berpesan bahawa pernikahan adalah jalan utama menjaga kehormatan selepas itu baru benteng puasa sebagai alternatif kedua. Ayuh bersama mengelakkan anak kita tergolong dalam pelaku zina yang menyumbang kepada statistik 4 anak luar nikah dalam masa sejam pada tahun 2000-2008 kemudian statistik makin parah iaitu 6 anak luar nikah dalam masa sejam pada tahun 2008-2011. Na'udzubillah.

Ungkapan Aishiteru Untuk Siapa?

Aishiteru (Aku cinta padamu) adalah sebuah ungkapan indah yang membuahkan pahala jika diucapkan kepada yang halal bagi kita. Namun, dalam akhir penulisan kali ini, ingin saya menegaskan sekali lagi kepada yang terlibat dengan kemaksiatan, sedarlah bahawa ia bukan landasan yang betul dalam membina ikatan kerana ia terhasil selepas dimulai dan dicemari dengan dosa larangan. Ketahuilah, bercinta sebelum menikah bukannya jalan yang diredhai dan diizinkan Allah kepada kita. Pastikan kita dijalin bukan oleh nafsu dan syaitan sebagai walinya, tapi biarlah keimanan dan keikhlasan menjadi wali penyatunya.

Jadikanlah pernikahan satu landasan untuk mentarbiyyah dan menjaga lagi diri kita. Maka, pilihlah juga pasangan yang mampu merealisasikan tujuan itu. Pasangan yang bakal membimbing kita mengenal dan mengamalkan Islam secara baik agar kita menjadi keluarga Islam yang tidak merobohkan bangunan Islam, tapi keluarga islam yang mampu menjaga bangunan Islam. Saya yakin kita semua inginkan pasangan yang baik, maka tugas kita dalam mencapai impian tersebut adalah menjadikan diri kita juga insan yang baik.
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."[QS An-Nur, 24:26]

Nasihat terakhir kepada yang sudah melaksanakan ibadah pernikahan, jika yang bujang diuji dengan pasangan haramnya, kita juga diuji dengan pasangan halal kita. Maka, jangan sampai cinta kita kepada pasangan halal kita membuatkan kita makin kurang mencintai Allah kerana samada kita masih bujang mahupun sudah berkahwin, tahapan cinta paling utama kepada Allah tidak akan pernah berubah. Ayuh kita usahakan bukan hanya ingin membina cinta di dunia, tapi binalah jambatan cinta yang mampu sampai ke syurga.



| Oktober 27, 2012 | 0 Lovers
Cinta: tak salah cuma menerokainya pada waktu yang salah pasti bawa masalah


Don't worry if you are single,
God is looking at you now, saying,
"I'am saving this girl for someone special"

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
tapi luahan pada Allah, beritahulah Allah.
Dia Maha Mengetahui siapa jodoh kita...

Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia akan berhilir kerana Allah jua
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"
(adz-Dzariyat:49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata, maka bersabalah, berdoalah dan berpuasalah.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, zina itu adalah satu perbuatan yang keji Dan suatu jalan yang buruk"
(al-Israa':32)


Ketika dikau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah punya cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika dikau merasaan dikau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah tahu apa yang ada dihadapanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci kehadirannya
tetapi menjaga kesuciannya
buan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurgaNya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi  menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan diri dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang menjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
memupuk hanya dengan akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membuahkan kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati
namun sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta SAlman al-farisi?
"tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia amat baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
(al-Baqarah:216)


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
pasti ada hati yang kecewa nanti,
Sebaliknya, 
gantunglah segenap pengharapanmu kepada yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan


kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Maha Memberi dan Maha Memilikinya
biarkan saja Dia yang mengatur semuanya sehingga keindahan itu datang pada waktunya
"Menerokainya pada waktu yang salah pasti membawa masalah"
(abbi)
"barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga"
(Umar al Khattab ra)


If you really love her, you won't touch her
not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah
just hold her in you heart for a few more years...
then you can do it the halal way

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka beerti dia telah sempurna imannya."
(HR al-Hakim)



direnovatenrenew daripada Allah seeker.blogspot
credit to Ain Abdullah



Jumaat, Oktober 26, 2012 | Oktober 26, 2012 | 0 Lovers


                         salam Aidil adha ..buat semua tatapan Blog Mutiara Hati ..sEmoga ALLAH reDHa  dengan apa yang kita lakukan hari ini 
insyALLAH 

saat ini ana hendak kongsikan Artikel dari syabab musafir kasih
Tujuan nya
ialah
untuk kaum Hawa 

Mengapa kita bertudung Labuh ??


Assalamualaikum.

Entri express.

"Mengapa saya bertudung labuh?"

Easy, ada banyak kelebihannya:-

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

                                 Kesimpulan, sila teruja untuk bertudung labuh

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal,
17 Sya'ban 1433 H.
Wassalam.



Khamis, Oktober 25, 2012 | Oktober 25, 2012 | 2 Lovers



Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?
Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat. Kita hanya perlu bersabar. Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang  tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu. Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )
.
rujukan:
1. kerana cinta harus memilih (Ust. Burhan Sodiq)


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/jual-mahal/#ixzz2AJyXaUdR