Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Rabu, Oktober 31, 2012 | Oktober 31, 2012 | 0 Lovers
bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi

bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi

dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud



| Oktober 31, 2012 | 0 Lovers



                                  







gambar dari Rusydee Art
                              
  KATA HATI  SATU
                                              
Dalam mengharungi liku2 kehidupan , adakala diri kita akan terjatuh.  Tidaklah semestinya diri kita berada di rangkin pertama didalam setiap ujian , ALLAH SWT berikan ujian kepada kita hanya untuk menguji keimanan kita terhadap nya , apakah kita bersedia menghadapi nya atau sebaliknya ia terpulang keatas diri kita mencorak kehidupan kita yang terbaik atau tidak  , perjalanan kehidupan tidak seperti di alam novel mahupun dialam fantasi tetapi hakikatnya ia adalah reality dalam kehidupan tidak seperti kita melihat di kaca TV ataupun cerekarama , mereka hanya berlakon kan semula , padahal segalanya yang  ada di alam ini itulah di namakan alam kehidupan ( alam bilha`yah) .

 Dan di dalam kehidupan itu ada seribu cerita yang harus aku tempuhi, ada kala nya ketawa, kesedihan, semuanya bermain perasaan  semua itu aku perlukan  keimanan kepada nya. keimanan kepada yang maha ESA .  

Dalam ku mengejar impian, ada seribu kesusahan dan kepayahan. keteguhan hati perlu kuat dan tabah , kecekalan hati serta jiwa turut bermain dengan seribu perasan ,
Tika itu datangnya  perasaan yang ada setiap insan yang merinduinya , insan mencintainya , insan yang ingin mendapat kebahagian serta kasih sayang dari Nya.  ia adalah cinta , cinta ILAHI yang perlu ku dan jua kalian mencarinya , walaupun ia sukar seperti  yang aku tuliskan 

Cinta bagaikan panahan dari busur pemanah  mungkin jua cinta itu seperti buih dilautan
ataukah menjadi air tidak bisa dicincang
Namun siapakah yang mampu meleraikannya
Cinta kerna ALLAH.
.
 Mahabah illallah…Kalimah yang sering ku kedengaran dan sering jua dilakarkan dalam penulisan .
      
Dalam karangan ABU MUSLIM AL KHAULANI  berkata  “orang bercinta kerana ALLAH berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya .” abu muslim menyambung kemudian aku keluar hingga bertemu ubadah bin al-samit ,lalu aku menyebut kepadanya hadis mu`az bin jabal , maka ia menyatakan nya
“aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada tuhannya yang berfirman
cinta ku berhak orang yang bercinta kerna ku , cinta berhak orang yang saling  tolong menolong kerna ku , cinta ku berhak untuk orang yang berkunjung kerna ku , orang yang bercinta kerana ALLAH  berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya .”

                yang jelas manusia itu perlukan cinta dalam mencintai  dan dicintai dalam kehidupan , aku kuatkan lagi dengan firman ALLAH “ katakanlah jika kamu mencintai ALLAH  maka ikutlah aku nescaya ALLAH mencintai mu dan mengampunkan dosa –dosa  mu  , ALLAH  maha pengampun lagi maha penyayang .”Apakah seruan itu hanya untuk cinta kepada ILLAHI atau cinta kepada sang pencari cinta.

                                         
 IMPIAN 2- memori –

Bingkisan ini ku lakarkan untuk tatapan semua .
         semoga diperolehi  barakah darinya .

Paling ku cintai
Ummi < BONDA>  yang lahirku serta membesarkan ku dengan penuh kasih sayang 
RASHIDAH BINTI HJ SAAD
Yang ku sayangi
Abahku < AYAHANDA> yang penat lelah mencari rezeki buat ku dan adiku yang lain
 MUSTAFA BIN HJ ABDUL SAMAD
Paling ku kasihi ..
Adik Beradik ku
        SITI ASMA` MUSTAFA, SYATIRAH , MOHD ABDUS SALAM , MOHD ABDUL BARR ,
            MOHD ABDUL JALIL , MOHD ABDUL HADI , DAN YANG TERAKHIR IALAH ADIK KECIL KU  MARIAH .

Paling ku hormati .
Tok wan ku ABDUL SAMAD BIN HJ ABDUL HAMID
Tok mama ku SITI AMINAH 

Yang terakhir – untuk sahabat ku yang berada diseluruh pelusuk dunia .
dimana kalian berada ingatlah ukhuwah itu adalah yang terindah buat kita                                                              semua . Tanpa kalian mungkin aku tiada diatas jambataan menuju cinta illahi.
UNTUK PERHARGAAN YANG TERAKHIR BUAT SEMUA –
            Ketahuilah hidup ini hanya sesingkat masa . Andai masa itu bergerak laju kita tak akan dapat kejarnya .Anggaplah apa yang berlaku hanya lah menguji keimanan kita semua .

  Bab 1

(Pencari ILMU )

  Malam itu terlalu gelap dan tiada cahaya memantul ,
hati ku pula kerungsingan memikir satu permasalah . sambil tangan ku menaip sesuatu dihandphone ku  dan mesej ku dihantar untuk seseorang yang aku sangat –sangat  mencintai nya dan menyayanginya

“ salam ibu ..
malam ni arisa tak boleh tidur, arisa teringatkan Ibu ..”

malam itu juga  akibat pulang dari program ku .aku terus menarik gebar dihadapan ku dan menutup seluruh badan ku .

“arisa!.” kedengaran suara dari luar pintu , kakak senior ku , kak jibah aku memanggil nama panggilan nya buat pertama kali aku melangkah kaki ku ke teratak ini

“ye kak jibah ..” nak rehat kejap , boleh tak ? .”

suara ku kedengaran dan ada sahutan dari kakak senior yang lain ,

apa ni malam-malam  bising dah ? .” kak nony  menyambung , mungkin jugak  kak nony tengah mentaalah madah-madah untuk esok harinya . Ukhti nony kuat orang nya . Tabah dalam segala ujian .  Mungkin kerana dia lahir dalam keluarga yang bersederhana .

 yelah ,..bising tau .” kakak ibtisam  mencela .
aku  bingkas menuju ruang dapur berhampiran bilik kak senior aku .

“dah bangun wahai puteri arisa .” aku menguap dan tangan  kak nony dengan pantas menutup bibir ku .

“kak nony ..sayang terima kasih .”

sama-sama adik arisa ..”  di teratak ini aku memanggil nama mereka dengan panggilan yang terbaik biar ukhuwah itu berpanjangan. mungkin kerna ku benar mencintai mereka .
                aku menyayangi mereka seperti aku menyayangi diriku sendiri . Entah ku rasa seperti berada di kalangan bidadari syurga ketika memasuki teratak ini .Patutlah ia dinamakan “teratak saadah hasanah”  kerna itu jua  aku terasa bahang  ukuwah itu menjalar di darah ku .

“er , pergi  mandi ..busuk .” arah kak jibah sebagai amirah dalam rumah ku .”Ye baiklah  kak jibah tersayang .”
“Ah !” sudah dia main sastera pulak .”
Kak ibtisam menyambuk. Tercetus hela tawa antara aku dan mereka.
Malam itu aku seperti mahu mencari sesuatu dialam maya .lantas  tangan ku dengan pantas menekan yahoo messenger di laman kegemaran ku .
 Dengan secara tidak sengaja .sesorang yang aku amat mencontohi nya sebagai seorang penda`ei   dan juga sebagai mas`ulah halaqah ku ketika berada luar dari tempat pengajian ku membuzz – aku

Kak Naqibah: Salam dik arisa
Arisa91: wasalammualaikum …yer kak marlisa
               Sihat ke?
Kak Naqibah: Sihat, alhamdulilah ala ku li hal,   ada apa –apa ke?
Arisa91: ana rindu sangat ukhuwah antara akak dan ana.
Kak Naqibah : yeke…ada seseorang yang kirim salam dekat anti
hatiku semakin rencak menari dan terasa dentungan di dada kian berkocak , mungkin tertanya siapa orang itu , aku membuzz kembali
Arisa91: erhm…sape kak ?
Kak naqibah : mama mashitah .
dengan serta merta hati ku berkocak  dengan kuat . Terasa hampir tercabut jantung ku .
mama mashitah , nama itu sering aku mengingati .dia ialah ibu angkat ku ketika aku berada dalam program anak angkat seuniversiti .
Arisa91 : ya ALLAH dah lama tak jenyuk rumah mama kan
Kak naqibah ; ye ..kak tau dik arisa sekarang buzy kan , takpe lah akak kirimkan  salam adik kepada mama ya , akak nak out ni ,

 aku kembali sign-out account yahoo messenger  ku dan menutup laptop aku , malam itu aku tidur dengan keringat airmata kerna rindukan ibunda yang tercinta .
Yang jelashidup ku kini bergantung atas tanggungan dari kakak senior ku, terasa serba salah hati, tak kurang tu aku secara mendadak dengan tiba-tiba aku memarahi mereka tiada sebab aku melenting. Mungkin juga iblis menganggu ku . Dengan serta merta aku berpaling dan memeluk tubuh seseorang dihadapan ku .

Kak ibtisam!”

“Ye ..Akak tau anti letihkan jadi anti terpaksa.” pujuk kak ibtisam  meredakan .entah apa gangguan yang menganggu aku selepas aku pulang dari  universiti . malam itu sahabat ku menemani ku  sehingga pagi menjelma. .

“Selamat pagi , sobahunnur .”  sapa sahabat ku ifah atau afifah , sekuliah dengan ku .
dah sihat ke putri ? , selagi lagi dia berseloroh . aku  bangun memgibas tempat tidur ku dan tersengih melihat telatah dia .

kenapa buat muka macam tu  tak cantik lah , nanti tak ada orang  suka tau .” dia mengarah kearah ku .

biarlah tak ada orang pun .” ku mencubit bahu kanan nya .Dia terjerit sedikit tidak pun dia menutup mulutnya takut kakak senior mendengar . dia tempat ku luahkan rasa kekadang jika aku dilanda masalah dialah yang membantu dan sebaliknya jika dia didatangi masalah ku cuba menyelesaikan . begitu kuat ukhuwah aku dengan nya . tanpa kusedari airmata ku membasahi pipiku . sapu tangan berwarna biru laut aku mengilap pipiku tanpa disedarinya .

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)


 Arisa terus bermain dengan ayat-ayat tentang ukhuwah .  Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Tunjang ukhuwah menuju cinta kepada ILLAHI , ku memegangnya sebagai azimat untuk ku .
pagi itu dengan hati berbunga aku meyelami wajah mereka dengan ketenangan tidak lah aku cuba merosakan pagi yang indah itu . aku memeluk tubuh akak jibah , hana , ibtisam dan sahabat ku afifah .

kenapa lah dengan puteri ini ?.” panggilan manja kepada ku ..renungan mata dari kak jibah terasa gerun .

tiada apa –apa , kak jibah  .” pagi ini ana nak manja dengan akak senior takut tak sempat pulak .

“hey.”
kak hana ,dari tadi berdiam sepi tiba-tiba menegur minda ku .
“awak ada masalah ke ? .”Tanya kak hana , walaupun dia bukan jurusan agama namun aku menghormati dia sebagai kak yang paling tua dalam teratak ini .

ye kak hana , kenapa ? .” ku kembali menyoal kak hana yang masih bersuapkan nasi lemak yang ku baru membelinya tadi .

“seperti mahu pergi jauh je .” ku terpana . ku ingin merahsiakan tentang itu . biarlah mereka tahu akan perisitiwa semalam tetapi bukan akan rahsia ini .

“ah`ha ..arisa dipilih masuk ke Program Penulisan  .”.ku membohongi nya , ku serba salah dalam keadaan seperti ini .

“Baguslah kalau macamtu .awak boleh ajar akak jugak . Akak dulu pun kena jugak buat macam tu best tau. tapi masalah itu memang arisa tak boleh lari tapi sampai sekarang akak tak tahu nak buat cerpen atau novel  ”  Kak hana menceritakan tentang pengalamannya. aku hanya mengangguk sahaja . Langkah k uterus menuju ke bilik Air yang berdekatan tempat tidur kak jibah dan kak hana .

“puteri cepat makan , nanti terlambat pulak .” arah kak  ibtisam .aku dengan tergopoh gapah menghabiskan sisa-sisa makan tu . ku melerik jam ditangan ku ternyata  jam ku menunjukkan sudah terlewat untuk sesisi kuliah pertama ku . “ya ALLAH ..ifah cepat –cepat , kita dah terlambat lah .”

aku menjerit memanggil afifah dari bilik ku .“ana dah keluar ni .” afifah menyahut panggilan ku  . bergema rumah sewa ku dengan gelak tawa dari kakak senior ku ”tulah , tadi dok sembang sakan , la ni baru kalut .” akak ibitisam berseloroh dengan bahasa ibunda ku . aku mencebik muka kearahnya .

Dengan berhati-hati ku membawa kereta viva ku dengan cermat kerna disebelah ku adalah sahabatku sebagai matahari . Menunjuk arah kepada ku . Agar aku tidak tersungkur . Tiba disimpang kanan kereta ku pandu terus membelok ke banggunan fakulty sahabat ku dan memecut ke luar  menuju parking kereta  , tempat pertama singgahan ku makmal perubatan dan klinik Doctor Amirah Baharuddin  dan ku menunggu di bilik penunggu . seorang wanita berpakaian serba putih dan bercermin mata tanpa bingkai , dia perlawa ku memasuki , aku melangkah masuk dan berhadapannya .hanya dia sahaja yang tahu rahsia ini .

“Maaf bagi kamu tunggu.” doctor muda itu meletak cermin mata nya diatas meja dan mata nya bertembung dengan ku.
Aku hanya tersenyum sahaja .

“baiklah, mari kita mulakan memandang kamu lepas ini ada kuliyyah kan .” ku hanya mengangguk sahaja.

Selesai pemeriksa, doctor tu memberi ku satu fail berisi maklumat tentang penyakit ku .

“Lepas ini kamu mesti bawa kan Fail ini kepada doctor Hairi  di hospital besar tu .” ku memgambilnya dan meminta diri .

Hanya beberapa saat ku tiba di tempat kereta dan meletakkan fail tu di belakang boned kereta . ku terus menuju ke kulilah ku.ketika itu seorang pensyarah muda dan aku barangkali tidak memgenalinya dan hanya ku tepandang wajahnya bergerutu.

“awak !, kenapa awak datang lewat.” Tanya pensyarah tu .wajah ku merah padam , menahan malu teramat sangat .

“maaf professor ,  tadi saya ada hal .” ku menjawab tersekat suara ku tidak bisa keluarkan . saat itu jua ku terlihat wajah seseorang yang melihat ku

“baiklah , awak boleh kembali ketempat awak , lain kali jangan ulanginya .”

ku kembali ketempat ku dengan perasaan malu .inilah kali pertama ku dimalukan dihadapan sahabat sekuliah ku .

Anti pergi mana ?.” Tanya afifah melihat wajah ku ,dia tahu disebalik wajah yang dilitupi dengan purdah dia tahu bahawa ku tidak pernah berada dalam keadaan seperti tadi .

Ana..Pergi berjumpa dengan doctor amira.” ku menjawab tersekat2.
anti sakit ke ? dia kembali bertanya , saat pensyarah melihat wajah ku tertunduk .

awak! .” sekali lagi aku seperti terpana .ku dengan bingkas bangun  dan menghadap kearahnya
ape nama awak ? dia kembali bertanya . aku dengan kaget menjawab dengan tenang .
arisa !.” kalu awak sakit boleh berehat di ruang rehat .” nada dia berbicara kelihatan rendah sekali tidak seperti tadi

Kawan awak disebelah boleh teman kan awak .” dia mengarah afifah bangun bersama ku .afifah melihat ku dengan kebinbungan . Tidak lagi sahabat yang lain mereka mengetahui akan aku hanya demam biasa bukan rahsia itu .

Ku berjalan keluar dari kuliah itu dengan langkah lemah , tangan ku dipimpin oleh afifah . ku melihat wajahnya sungguh merasa simpati terhadap ku “.maaf sahabat kerna terpaksa membohongi .”

Daun pintu bilik rehat di tolak dengan perlahan dan tubuh ku terasa berada di atas tilam yang empuk, saat itu aku menyebut kalam ALLAH . Hanya afifah yang mendengar bisikkan kecil tu .hanya dia sahaja.

“anti ! ana keluar dulu ye.” ku mengangguk kepala ku , terasa pinar di mata dan aku kembali ke alam mimpi . aku dibisik dengan kalimah ALLAH dan . mendengar sahabat ku memanggil nama ku . ku membuka mata ku  , Rupanya bukan sahaja afifah bersama ku malahan kak senior ku semua nya berada bersama ku termasuk pensyarah tadi .

     “bagaimana dah bagus ?.” Tanya pensyarah tu
      “dah  tersangat bagus terima kasih pensyarah .”

ku memgukir senyuman di wajah pensyarah wanita , baru ku tahu yang dia baru sahaja di pindah kan kesini . salah ku jugak kerna pergi lewat .Dia sebagai ma`sulah ku dalam usrah dan halaqah ku , Perkenalan ku ditambah lagi dengan kedatangan anak2 lecture tu . Wajah mereka seiras dengan nya  dan tangkas dalam pergaulan . Pasti mereka diajar dengan didikan sempurna dari lecture. Namanya mashitah sama seperti nama ibu angkat ku keringat aku ditambahkan kenalan dari pengalaman ku baru mengubah segalanya .

cinta ibarat spt pohon yang rendang yang tumbuh dari akarnya kemudian menjelma daun2 menutupi ranting2 kering. begitu jua ukhuwah kerna bermula satu perkara menjadi perkara yang terbesar dalam kehidupan nya . akarnya spt iman daunnya spt takwa kedua itu perlu dalam kehidupan
mungkin ini adalah cinta
cinta yang diukir dari liqa mahabah ….ya aku yakin tentang itu .

Tiba-tiba wajah itu seperti berada di minda ku
ya ALLAH sisihkan ia , jangan engkau biarkan aku  berada bukan seperti yang engkau inginkan .

Ya Rabbana,
Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir
Dikala aku sedang mencari-cari cintaMu
Mengapa rindu ini harus ada
Saat hatiku sedang cuba untuk merindui syahid di jalanMu
Mengapa mesti aku berharap pada cinta yang tak pasti
Sedangkan Kau harapan yang patut aku sandarkan..

ku terus menuju ke bilik air dengan perlahan
  menahan sakit di dada ..hanya malam itu diantara ku dan jua pencipta . hanya ku dengan nya .
Dalam sujud ku , ku bemohon  semoga ku memperolehi sesuatu yang berharga buat ku .

Ya Rahman,
Mungkin inilah ujian untukku dariMu
Sebagai kiffarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan
Mungkin inilah juga dugaanMu
Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa
Walaupun aku sedar
Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redhaMu..
…ampunkanlah segala dosa dalam diri …

disebalik tubuhku yang diselaputi dengan kain yang indah , mungkin kain yang aku pakai menjadi kain yang terakhir bagiku . ku mengagahi beristikarah dihadapannnya , mudah-mudahan ia memberi petunjuk buat ku . aku yakin akan kecintaan terhadap ya rabbul izzati . 

 aku dan program dan cinta  

pagi itu dengan hati berbunga , aku dan afifah terus menuju ke destinasi pertama ku iaitu rumah ALLAH .terasa tenang dan damai di jiwa ku , ketika itu program ku baru berlangsung mereka membuat keputusan bahawa masjid sebagai medan dakwah untuk bersama menimba Ilmu , kesibukan ku tidak menbuat ku leka tetapi membuat hati bertambah yakin akan cinta dari ILAHI .  ku mengasihi setiap hamba yang datang berpusu2 menjejaki kaki mereka untuk mengambil ilmu sebanyak yang mungkin .

 tambahan pula, ketika itu  terlalu ramai anak muda yang ingin mengambil ilmu disitu , justeru itu mereka membuat keputusan hanya mengadakan program disetiap rumah ALLAH .Sedangku leka dengan mahabah syababal-islam , teman ku mengetuk aku dari mimpi   

“arisa ! .”
“ana fikir inilah yang terbaik untuk anak muda ni .”
aku akui ini program pertama aku dan sahabat ku anjurkan .

“Ya, ana fikir macam tu juga mungkin dengan cara ini .kita dapat menghadirikan hati mereka mencintai ilmu agama “afifah tersenyum mungkin kerna dia terlalu asyik dalam mengikuti ilmu agama .Aku bahagia

Teramat sangat dan kerana  teman ku sentiasa bersama ku . Kalau tiada mereka bermakna program ini harus ku gilap lagi .



HATI YANG INGIN MENCINTAI AGAMA ALLAH
 DIPERLIHARAI OLEHNYA.

Benarlah sabda NABI MUHAMMAD SAW

“Barangsiapa yang menolong orang yang ingin menuntut ilmu ia akan mendapat syafaat di akhirat dan sabda NABI lagi “barangsiapa yang sayang kasih orang yang menuntut ilmu seolah ilmu ia menyayangi NABI MUHAMMAD SAW.
Kasih sayang terhadap orang yang mencintai ilmu banyak ganjaran yang di beri. Simpannan yang kita keluarkan bagi orang yang menuntut ilmu balasannya..

       Sabda NABI MUHAMMAD SAW
 “Siapa dikalangan kamu menolong orang yang  menuntut ilmu dijalan ALLAH, dia dilepaskan daripada azab neraka.

Dan sabda NABI LAGI

“Apabila mati orang yang menuntut ilmu ALLAH, Diampunkan dosa-dosanya .orang yang berjalan mencari ilmu ALLAH dimuka bumi, bumi langit serta kehidupan didunia akan berdoakan kesejahteraan nya.




Ahad, Oktober 28, 2012 | Oktober 28, 2012 | 0 Lovers
Buktikan Cinta Walaupun Derita Melanda! 

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan.

Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan manusia. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.Cinta Allah cinta yang tak bertepi.

Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya, dan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya.

Ramai orang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyeberangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita.

Bagaimana mungkin mencapai cinta Allah, tapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/lelaki yang dicintai. Tak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-Nya.

Di saat Allah menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, sering orang tak dpt menerimanya. Di saat Allah memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, ramai gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit.

Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tak bersemangat dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, banyak orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya.

Allah menginginkan bukti, namun sering orang tak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya pada Allah, disaat Allah menarik sedikit nikmat yang dicurahkan-Nya. Buktikan!

Buktikan cinta dengan IMAN. Kenapa? Sebab cinta itulah IMAN!

Cinta menebal dan menipis sepertinya iman, maka jagalah iman kamu pasti cintamu terjaga.

oleh :pdh