Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Februari 02, 2013 | Februari 02, 2013 | 0 Lovers
Suatu tgh malam. Dua jiran bersembang-sembang dari rumah masing-masing.

Shahrul Maizam:"Jiran sebelah tu, rumah hang ada lampu tak?"

Zulpadli: "Ada je. Apesal?"

Shahrul Maizam: "Rumah aku gelap gelita ni. Tarik lampu dari rumah hang boleh?"

Zulpadli: "Aku try ye."

Shahrul Maizam: "Cepat sket boleh tak?"

Zulpadli: "Sabaq naaa..ish aku dah try, tak bolehlah..dinding rumah hang ni tebal pelik je.."

Shahrul Maizam: "Pullak. Alamak, ada tetamu dtg la....satt...satt.."

"PANG PANG PANG!!"

Zulpadli: "Oit jiran sebelah, hang terlanggaq apa yang bising sangat tu..?"

Sayup-sayup bunyi di kejauhan. Halus je suara org kesakitan. Zulpadli digamit bimbang. Seketika kemudian, jirannya tu menyahut panggilan Zulpadli.

Shahrul Maizam: "Adoi..aku kena tibai dengan tetamu aku tadi dalam gelap..terperosok jauh aku tadi. Aku rasa semua tulang rusuk aku dah patah.." ( menangis kesakitan )

Zulpadli: "Hang ok ka? Risau aku. Aku datang tempat hang boleh?"

Shahrul Maizam: "Logikla sikit..mana boleh. Hang mana boleh masuk kubur aku dari kubur hang."

Zulpadli: "Eh ye tak ye gak. Rumah aku ni selesa sangat. Aku tak rasa macam duk dalam kubur plak..hehehe..sori..sori.."

Shahrul Maizam: "Aku menyesal hang tau tak. Aku ni takdala jahat sangat, aku malas solat je kat dunia..tapi ni lah natijahnya yang aku dapat..aku nak kembali ke dunia..aku nak kembali...!!"

Zulpadli: "Sabar...al-sobru minal iimaan..sabar itu dari iman..bawak bertenang..mengucap...ingat kat Allah..."

Shahrul Maizam: "Wei!! Aku tak tahan lagi..kat kaki aku penuh ular, lipan, kala jengking, hari-hari belit aku, sengat aku, patuk aku. Tiap-tiap hari aku 'mati' dan 'mati' over and over again..padahal aku memang dah mati! Aku nak kembali!!! Tolonglah akU!!"

Zulpadli tiba-tiba rasa sebak, teringat kata-kata Allah dalam al-Quran Surah al-Zumar ayat 58 yang bermaksud:

"..Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

Nadanya hampir sama dengan jeritan dan keluhan jiran kubur sebelahnya itu.

Seingat Zulpadli, apa yang beliau amalkan di dunia adalah konsisten solat berjemaah di masjid. Derma juga pada tabung masjid walaupun dirinya miskin hina. Tidak membantah kata parents dan guru. Ikut landasan al-Quran dan hadith.

Timbul rasa syukur dalam sebak rasa.

**
Shahrul Maizam: "Tak boleh ke hang try sekali lagi tarik lampu dari rumah hang? Please~~"

cerita oleh: Muhammad Rusydi



| Februari 02, 2013 | 0 Lovers

 


Suatu hari, seorang mama yang datang dari kampung ajak anak-anaknya yang tinggal kat bandaraya metropolitan dating dengan beliau di sebuah restoran. Rindu dengan anak-anak la katakan. Anak-anak semua belajar tinggi-tinggi dekat universiti.

Masa kat restoran, mama tengok anak-anaknya tak banyak sangat berbual dengan beliau. Yang sulung duk tekan-tekan Iphone. Yang tengah duk main Tab. Yang bongsu duk touch-touch Galaxy Note. Mama touch-touch hidung sendiri yang tak berapa nak gatal.

Then, mama pun pulang.

Hari Raya Aidilfitri 2013 pun menjelma.

Anak-anak semua pulang ke kampung untuk beraya. Sampai-sampai di rumah mama mereka.

Anak sulung: "Mama~~ mana mama ni..Kami dah sampai ni~"

Anak tengah: "Ma ooo maaa...angah balik ni..nak makan ketupat rendang ma buat ni...~"

Anak bongsu: "Ma o ma ~ mana mama menyorok ni..hehe tanak bagi duit raya letteww~~ "

Anak sulung: "Mama kat dapur kot. Jom kita ke dapur.."

Ketiga-tiga beradik ke dapur. Tapi hampa, mamanya takde kat situ. Then, mereka mencari-cari di segenap ruang rumah. Eh, tade jugak.

Tetibe berbunyi deringan telefon dari dapur. Anak bongsu tercari-cari punca bunyi dari mana. Rupa-rupanya dari bawah saji!

Ketiga-tiga beradik tu pun buka saji.

"TADAAA! SEPRAISSSSS!"

Itulah nota yang ditemui di bawah saji dengan seketul henset Samsung Galaxy S3. Anak yang sulung cepat-cepat jawab panggilan.

Along: "Hello..sape ni?"

Mama: "Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Ni mama la."

Along, Angah, Angsu: "Mama kat mana ni?! Kitorang nak raya ni!"

Mama: "Mama dekat Palestine ni. Raya dekat sini. Kalo tak caye, korang tengok la nombor tepon dari mana.."

Along, Angah, Angsu: "Haaaa?!! Pastu kitorang nak raya ni camno??"

Mama: "Korang raya la ngan gajet n henset2 korang tu. Kalau rasa lapar, makanlah tepon yang ada bawah saji ni. Kah kah kah..k la mama bz ni layan budak2 Palestine ni..mama masak rendang kat dorang ni..sedap ooo rendang ni..nyum nyum..Budak2 Palestine tak main henset kat sini, dorang sibuk hafal Quran..dorang touch-touch jemari masing-masing bertasbih kalau free sangat..korang adeeer? kikikiki...selamat hari rayo, kbai"

Along, Angah dan Angsu terpeleot dan terduduk secara berjemaah di dapur.
Semacam tidak percaya apa yang telah berlaku. Ketiga-tiga mereka menitiskan air mata Syawal di pagi hari raya dan akhirnya membuat keputusan untuk mengapak henset masing-masing untuk dijadikan juadah hari raya tahun itu.

cerita oleh: Muhammad Rusydi


 





| Februari 02, 2013 | 4 Lovers





 

Join Segmen BY 
http://nurfarahudahud.blogspot.com/2013/02/segmen-free-header-review-blog-by-nfh.html

Assalamualaikum wrt ....
mlm ni insyaALLAH ana akan Join segmen Ini...




Jumaat, Februari 01, 2013 | Februari 01, 2013 | 0 Lovers

AIRMATA RASULULLAH SAW...

 Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku''peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali 
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihiBetapa cintanya Rasulullah kepada kita.NB:Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita



Rabu, Januari 30, 2013 | Januari 30, 2013 | 0 Lovers
Hari ini 30/1/2013...

Tarikh bermakna bagi pelajar2 yg mengambil peperiksaan bagi STAM ... kalian tahu apa yg bermain di fikiran ana skarang ...

biarlah ia sebagai Rahsia ...

Alhamdulilah ..selamat sampai di Rumah ...Sampai sahaja terus terjun dlm Dunia Maya ....Cuba lihat komen dan like di Facebook ...

Kekadang kita lupa satu perkara ....Iaitu Niat , setiap perkara dimulai dengan Niat ...

Ada sahabat ana bagai taw ...tips-tips terjun dlm Dunia internet ..

1-Niat kerana ALLAH SwT
2 harus ikhlas
3 wajib kan perkara yg wajib
 4jgn jadikan internet ini bahan utk kita jatuh kan org lain
5Muhasabah diri

Antara semua Tips - Niat dan muhasbah Diri

kenapa ??   " 0".

Niat -setiap perkara dimulai dengan Niat ...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu


Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : ( hadis nombor 1908).
 
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

                                 Faham kan Sahabat2...

KeDua ----soal Muhasabah Diri ...

untuk paling senang sahabat cuba sahabat hayati sungguh2 Kata Mursyid INI..Ustaz Elyas ..
sebelum Tu jom tgk video ini ...bagus sangat2

                                                                         Da`ei

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Kita sibuk nak menyeru orang dekat kepada Allah, adakah kita dekat dengan Allah?" - Ustaz Elyas
 
itulah ana katakan ...Tentang Niat ...ia penting sahabat2..Suke ana nak kata kan  ana
Sukai Cara mereka berdakwah ...
ada Antonasi Suara ...ana pernah berhadapan dengan kalayak tapi sedikit keraguan dlm hati ...Takut kalau2 apa yg ana katakan tapi tak pernah lakukan
 
" Antara Golongan yg sangat2 murka Oleh ALLAH ....iaitu org yg menyuruh org lain akan kebaikan tapi tidak lakukan "
Yang Penting kata Ustaz Elyas ...Niat ...
sanggup kah kita mengambil amanah ini/?
imam syafie:
jangan letak pelita di atas bumbung rumah tapi letakkan lah dalamNya ..yakni Ilmu jgn hya letak di akal tapi letak dlm Hati ...
org tahu belum tentu sedar ..
org sedar insyaALLAH tahu...
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 










Selasa, Januari 29, 2013 | Januari 29, 2013 | 0 Lovers



Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia? Tak bolehkah muslimah jatuh cinta? Mereka juga punya hati dan rasa.
Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira di dada.
Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat atas sebuah hijab yang tersingkap.
Ketika lelaki yang tidak halal baginya mula bergelayut dalam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta sebenar-benarnya tidak suci lagi.
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang perit atas sebuah rasa yang tak sepatutnya.
Tiada senyum bahagia, tiada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cintaNya yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.
Tiada kata-kata cinta dan rayuan, yang ada hanyalah kekhuatiran yang amat sangat akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu walaubagaimanapun caranya. Bahkan jikalau dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan.
Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan!
Namun ukhti, bersabarlah. Ini ujian dari Rabbmu.
Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Jangan khuatir kau akan kehilangan cintanya kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya maka tak akan pernah kalian bersatu.
Ukhti, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja



| Januari 29, 2013 | 0 Lovers
‏‎Khadijah Mustafa‎‏



Hati ku berbicara...

Malam ini sangat sayu...LUSA akan menjadi realiti..malam berlarut lagi tinggal ku bertap2 d laman kegemaran ku..tersentap kata2 Seorg blogger...

Wanita itu harus di jaga ..dia berikan tips UNTUK ku ...dan kalian

Dekatkan diri anda dengan masyarakat. Mudahkan perhubungan. Close the gaps.

Tampillah dalam apa jua medium - sebagai vlogger, blogger, speaker, ahli fekah, penulis novel, guru sekolah, dan sebagainya. Biar anda dekat dengan masyarakat dan masyarakat dekat dengan anda.

Syaratnya, anda ingat 3 perkara:

1. Berusaha untuk ikhlas.
2. Berusaha untuk jadi lebih baik dan lebih baik dan lebih baik...(sampailah ke kubur).
3. Berusaha untuk mentaati perintah Allah dan jauhi larangan-Nya.

Nasihat yang sama saya berikan kepada diri saya sendiri.








Ahad, Januari 27, 2013 | Januari 27, 2013 | 0 Lovers
Masih ku ingati kata2 sorg Murrabi...
                  muhasabah sebentar ...

Murrabi : Hari ini kita ditemu di mjlis Ni bukan kerna Dunia tapi kerna ALLAH TAALA ..
 Diri ku terdiam..benar kata nya seorg Daei bukan kerna Dunia dia memilih tapi kerna dia cinta kan mereka ( org yg kena dakwah )
Murrabi: Cuba kita imbau kembali knapa kita masuk kan diri kita kedalam medan ni ??
Sekali lgi ku dan shbt terdiam ...
Murrabi : Ubahkan niat kamu kerna ALLAH taala ...ubah kan

        p/s : skadar perkongsian ilmu ....