Catatan

Tunjukkan catatan dari November 2, 2014

Taujihat

Kalam dari Video Dengarlah Wahai Muslimah
Wsiat
Daripada: Dr Khalil Ismail Elyas
Kolej Universiti Insaniah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah. Lelaki seorang, tetapi wanita ummah... Kerana dialah yang melahirkan lelaki... Dialah isteri, dan dialah ibu, dan dialah anak perempuan... Kamu adalah pengasas masyarakat, kamu pengasas segalanya... Jagalah dirimu sebaiknya, dan janganlah kamu menghina dirimu sendiri dengan perbuatanmu... Dan jangan jadikan hidup kamu, hanya semata-mata hidup untuk makan, untuk masak, untuk minum... Hidup kamu lebih besar (dari itu), hidup kamu untuk mendidik generasi... Menghasilkan para ulamak... Tanggungjawab kamu (adalah tanggungjawab yang) agung, bukan sekadar memasak, atau membuat pakaian, atau menjahit, atau juga membersihkan rumah... Kamu mampy melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah... Sekarang, ganjaranku berada di sini semuanya untuk ibuku, untuk isteriku…