Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Jumaat, Januari 08, 2016 | Januari 08, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.

Now dah pagi,ayam berkokok2,aku pulak mata tak lelap,takut2 berjaga sampai pagi esok.
one`s again aku terpana sekejap.Makin lama aku termenung,makin rasa aku tak layak  menjadi seorang penulis atau photographer.

Tak ada manusia yang lahir2 terus ambil pensel dan catat.
tak da manusia yang tup2 terus boleh ambil picture.
yang ada hanya manusia yang selalu make pratik baru berhasil.


azam aku pada tahun nie,aku nak

pertama : seharus nya bisa abiskan manuskrp 
      kedua : aku ingin menulis dan membaca,enggak mau melayari internt bagai.

ketiga : semampu aku menjdi anak solehah dan bakal isteri solehah.(Erk....)

keempat :aku nak carik bines utk tolong mak ayah.

kelima: semampu ku * ingin jejak ke mekah with my ummi dan abah (actully mereka tak tahu aku ada blog sendiri) ah...selalu menjadi kerahsiaan feeling like vampire kabuta in movie the twin effect.


------------------------------------------------------------------------

mabye yang ni post terakhir utk beberapa minggu nie,tapi tak boleh berhenti sebab menulis seperti nadi ku.

dah pukul 2 pagi,Ah,,apa-apa an nie,selalu bangat tidur lewat,
 gue udah mengantuk.
bantal dan selimut serta angin mendayu menarik tubuh gue.








Rabu, Januari 06, 2016 | Januari 06, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
 “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.

Start everyday with a new hope, leave bad memories behind and always trust Allah for a better tomorrow!Dr Bilal philips 


Ramai orang tidak terkesan di hatinya dengan mujahadah. Tetapi terkesan dengan musibah. Kata-kata itu adalah daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Salah seorang ustaz yang kata-katanya acap kali menikam pedih hati saya. Suka mendengar bicara tazkirahnya yang sedikit sebanyak mengalir di hati dan jiwa saya.

Bagaikan dinginnya air sungai di pagi hari, menyirami hati yang kelam dan usang. Membawa saya bermujahadah dan muhasabah diri.

Alhamdulillah. Semoga Allah redha dan memudahkan laluan kita semua pada jalan kebaikan.

Ya. Kadang-kadang bila pergi usrah, hadiri ceramah agama dan pelbagai majlis ilmu, kesannya tidak begitu kuat mengetuk pintu keinsafan dalam diri.

Umpama tangan mengetuk pintu, terlalu perlahan.

Maka rasa kesedaran itu tidak dalam jangka panjang. Menganggap majlis-majlis usrah hanya sebagai aktiviti keagaaman.

Apabila ditimpa musibah, kesannya lebih mendalam.

Menikam sehingga ke ulu hati. Tusukan yang lebih dalam dan luka yang berganda sakitnya .

Musibah itu selalunya membawa kita kepada dua jalan. Sememangnya kehidupan ini hanya ada dua jalan sahaja. Jalan kebaikan dan jalan yang serong.

Musibah yang kita anggap ketidakadilan, tentu akan membawa kita pada jalan yang serong.

Berpaling daripada jalan agama. Maka teruslah tersesat tanpa memikirkan bahawa ujian adalah lambang kasih sayang Pencipta kepada hamba. 

Musibah itu seolah pintu yang ditendang dengan kuatnya.

:arrow_right: Bukan sahaja terbuka pintu, tetapi terus tercabut dan terbalik. Musibah yang membuatkan diri tersungkur. Berasa hilang dan kosong semuanya.

Tiada dahan untuk berpaut saat kita benar-benar memerlukan pergantungan.

Lalu siapa yang boleh membantu kita pada tika itu ??

Mengadulah pada emak dan ayah.

Luahkan kepada sahabat.

Tetapi rasa terluka itu hanya sembuh dalam masa yang sekejap. Bila sendirian, kesakitan itu kembali melilit diri. Air mata berderai dengan lajunya.

"Ya Allah, kasihanilah aku. Bantulah aku. Beri aku kekuatan, Tuhan."

Itulah yang benar-benar luahan pertolongan kita.

Penuh ikhlas. Luhur. Benar-benar sepenuh pengharapan. Keyakinan kita hanya kepada DIA.

Lalu berzikirlah kita. Menyebut semua ayat-ayatNYA. Dengan satu harapan, hati yang terluka pedihnya dapat dipulihkan. Perasaan yang serabut akan tenang.

:sparkles: Semoga kesakitan yang dihadapi ini berlalu pergi. Demi sebuah tenang dan damai, kita sanggup bangun pada hening awal pagi. Berwuduk dan tunaikan solat sunat.

Demi membeli tenang dan damai daripada Pencipta. Hanya DIA yang boleh membantu kita.

Hanya DIA.

Bermula dari musibah, kita mula bermuhasabah.

Kita tahu jalan yang kita lalui selama ini salah.

Selama ini kita hanyut. Mula berazam tidak mahu ulangi lagi kebodohan yang sama. Memilih meninggalkan jalan hitam, bermakna kita mendekat jalan yang putih.

Mahu merubah diri menjadi lebih baik. Mahu berhijrah. Kita mula merubah diri.

Bermulanya dengan penampilan yang baru. Tampil dengan imej muslimah yang benar-benar menepati tuntutan agama.

Sebelum ini kita rasai pakaian kita sudah elok. Kita bertudung walaupun agak jarang dan tidak terlalu labuh. Dengan pelbagai gaya. Kita selesa dengan jeans dan baju yang fesyennya pelbagai.

Tetapi bila hati diketuk kesedaran, kita jadi sangat malu dengan pakaian yang disarungkan selama ini. Pakaian yang belum menepati piawaian wanita muslimah.

Lebih malu lagi dengan wajah yang diconteng-conteng. Sudah serupa burung rajawali rupanya. Wajah yang dirias sederhana itu lebih cantik sebenarnya. 

Kerana wajah kurniaan Allah itu ada kecantikan yang tersendiri.

Juga amat memalukan, mengenangkan kita keluar berduaan dengan bukan muhrim.

Tidak bersentuh mahupun pegang-pegang, tetapi Allah mengharamkan ikhtilat.:exclamation:

Allahurabbi. Menggunungnya dosa kita selama ini.

Jika dosa boleh berbau, barangkali diri kita lebih busuk daripada tong sampah yang bertahun terperap. Penuh hanyir dan memualkan.

Betapa selama ini, sebelah kaki kita sudah melangkah ke rahang neraka. Nauzubillahiminzalik.

Musibah itu didikan hati. 

Lalu kita tanamkan dalam diri, mahu jadi hambaNya yang lebih baik. Mohon agar hati
8:35:59 AM
ini tidak ditawan jika hanya sekadar suka-suka.

Mula rasakan ikhtilat itu bagaikan bara. Boleh melecur leburkan diri kita walau apapun alasannya.

Bila hati dilimpahi nur Ilahi, kita suka pada kebaikan.

Pada majlis ilmu. Mahu berbicara hal-hal kebaikan. Tentang agama Islam yang sarat dengan kemanisan, apabila kita hayatinya dengan keimanan dan rasa kehambaan.

Quran yang selama ini kita abaikan, mula menjadi teman yang paling akrab. Kita rasa lapang dada apabila mengalunkan ayat-ayat Allah.

Diri juga ringan mahu bangun bertahajud dan beribadah pada hening pagi. Ibadah pada awal pagi yang buatkan kita rasa cukup tenang. Rasa dekat dengan Allah saat kita berdoa dan memohon keampunan daripadaNya. 

Lapang yang dirasai akhirnya membawa kita berfikir, bahawa musibah itu satu rahmat. Teguran yang membawa kita jadi lebih baik. 

Maha suci Allah. Dihilangkan mentari, digantikan pelangi yang indah. Subhanallah.

Semoga kita istiqamah dengan perubahan ini. Bukan sekerat jalan. Biarlah sehingga kita dijemputNya, rasa kehambaan ini yang kita bawa..

In Shaa Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. (An-Nur:30-31) 



| Januari 06, 2016 | 0 Lovers





Bismillahirrahmanirrahim..
. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Ali  : Pernah tak korang baca tittle "ISTIDAJ"?

 Ahmad : Benda apa la ISTIDAJ tu?  cek mana  tau makna istidaj tu? 

muhfaz : a'ah,kitorang tak tau pasal istidaj tu? 


ISTIDAJ adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang manapemberian itu tidak diredhaiNya. 

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
DAN lagi " Mahfuz terdiam,rupanya tanpa sedar nikmat allah itu sangat tak terbalas jawap nya.




Ketika Allah ﷻ membiarkan kita : 

1. Sengaja meninggalkan shalat 2. 
Sengaja meninggalkan puasa 3. 
Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat. 
4. Berat untuk bershadaqah 
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki 6. Mengabaikan semua atau mungkin sebagai perintah Allah ﷻ
7. Menganggap enteng perintah- perintah Allah
 ﷻ 8. Merasa umurnya panjang dan menunda-nunda taubat
. 9. Tidak mau menuntut ilmu syar'i 
10. Lupa akan kematian Tetapi Allah ﷻ tetap memberikan kita :

 1. Harta yang berlimpah.
 2. Kesenangan terus menerus
 3. Dikagumi dan dipuja puji banyak orang
 4. Tidak pernah diberikan sakit 
5. Tidak pernah diberikan musibah
 6. Hidupnya aman-aman saja 

Hati-hati karena semuanya itu adalah ISTIDRAJ... Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah ﷻ pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah-perintah Allah ﷻ, Allah ﷻ menunda segala bentuk azabNya.. Allah ﷻ membiarkan hamba tsb semakin lalai dan semakin diperbudak dunia, Allah ﷻ membuatnya lupa pada kematian hambaNya tsb... 

Lalu Allah ﷻ tangguhkan segala bentuk azabNya diakhirat wa iyyadzubillah.. 

Jangan dulu merasa aman, nyaman, tentram dengan hidup kita saat ini,, seolah hidup kita penuh berkah dari Allah ﷻ ,

 lihat diri kita.. 

Bila semua kesenangan yang Allah ﷻ titipkan tapi justru membuat kita semakin jauh dari Allah ﷻ dan melupakan segala perintah-perintahNya bersiaplah utk menantikan konsekuensinya...karena janji Allah ﷻ itu Maha benar... 

Semua petunjuknya bisa ditadaburi sendiri didalam Al Qur'an.





| Januari 06, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim..
. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... 

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.
Embedded image permalink



Hari hari buka whatsapp. 
Skrol skrol.
Balas chat. 
Hu ha Hu ha kejap kat group.

Tekan back.

Buka wechat pula. 
Skrol skrol. 
Like like. 

Tekan back. 

Lepas tu cari instagram pula doh. 
Tekan lambang kamera coklat tu. Sama juga. 

Skrol skrol skrol. 

Kalau perempuan sibuk dok nak stalk ig mamat mamat hensem.
"Eh abang, sem nye"
"Awaa tita tak kuad :flushed:
"Ah cair tengok lengan sado!" 

Kalau lelaki pula, skrol skrol skrol. 
"Eh cantiknya"
"Fuyoh mata diaaaa, kalah pelakon hindustan" 
"Mak ai, body model" 
"Can u be mine, dear?"

lagi teruk ada yg komen berbaur 18sx siap tag geng2 dia pula. 

Korang tak sedar ? 
Kejadian ni berlaku dalam kehidupan seharian kita. 
Sepanjang hari, setiap masa. 
Manusia sekeliling kita. 
Kiri kanan kawan kita buat benda yang sama. 

Dan, tak mustahil KITA SENDIRI YANG BUAT. 

Memang Pencipta kita yg Maha Kuasa ciptakan kita untuk tahu macam mana nak jadi 'hotsentapapineraka' kat semua laman sosial ka? 

Atau kita sendiri lupa, yang kita dilahirkan dengan satu tujuan. Satu matlamat penting. Yang dulu sebelum kita lahir di dunia. Kita sanggup pikul satu AMANAH berat kat bahu kita. Hingga gunung ganang yg besar gedabak tu pun tak sanggup nak pikul. Semua makhluk dunia tak sanggup nak pikul. Kecuali kita bergelar manusia. 

Adakah kita sudah lupa? 

Eh ya, aku lupa la weh. Apa la amanah berat tu weh? 

KHALIFAH 

Kita dilahirkan untuk jadi khalifah, untuk jadi orang yg junjung dan sebar agama tercinta, Islam. 

Tapi sekarang? Take a look around you. What happen? 
Or maybe, kita perlu tengok diri sendiri. Dan tanya pada diri. Pada hati. 

APA GUNA AKU LAHIR DIDUNIA INI SEBAGAI ISLAM ? 



Ahad, Januari 03, 2016 | Januari 03, 2016 | 0 Lovers

Diamlah kerana, DIAM itu:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias

3. Kehebatan tanpa kerajaan

4. Benteng tanpa pagar

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal

7. Menutupi segala aib





| Januari 03, 2016 | 0 Lovers
Hey...Assalamualaikum...for the first time,i buatkan satu slot dipanggil ace reniew hohohoho..

kenapa ace reniew?
-Kena kuat dan tabah walaupun badai melanda,wahahah.


jadi pada post kali ini,cek nak buatkan reneiw beberapa blog antara nya ialah,Raihanah (Rrai) kemudian Cik mira dan seterus nya tunggu ya.

Pada first sekali.
inshaALLAH blog Pertama sekali Raihanah (Rrai)


cik rai nie,
actully baru kenal sebab nak carik coding 

Who cik Rrai 

Waktu time study dulu ada seorang kenkawan nama nya raihanah rejab nama dia sama macam Rrai juga kan.Raihanah,Tapi bukan story her but Rrai blogger.

sonara.
header rrai sangat osem.dengan bunga kembang mekar tu pergh walaupun background dia koko (coklat ) sangat osem (terbaik..sambil akan jari).

kemudian post update pulak..pasal watermark,sangat2 comel.Rajin awak buat watermark bak kata orang pengkomen "buat watermark sendiri letak tulisan je"
tapi blog awak sangat osem dan comel.like writed too.

so 
who cik Rrai??
i cannot telling you because i know her dalam berblogging saje,if you all nak bertaaruf dengan dia sila bertandang di rumah kepunyaan dia ya (blog ? )

Rrai blog (klik )

Actually,blog nie tak pernah pun nak wat tutobis atau reniew,cuma sertai contest dan lain. 

itu sahaja selamat malam..
sangat2 mengantuk tapi tak nak tido kenapa eh ?




Label:




| Januari 03, 2016 | 0 Lovers
hey.
assalamualalikum..for today i will like sharing my tuto from other blogging and i hope you all give me support,

why do like my blog ?
that my hopeness

i Tell you why like lace or kerawang header,it so cute.i just see all blog and i really hope i will like them too.

so,
like share something what to do.

mabye tomorrow i editing again that header,
so borken.

it just kebudakan really


that not feebies for me.

have nice day..

____________________




Err...
Tergeliat lidah dan jari nak menaip bi ni,sbnaqnya cek tak try pun bi,lihat macam budak sekolah ja kan.Hari ini nak cherita pada hamba,macamaana dah dapat edit lagu nie.tau dak betapa susah nya nak editing,errk..kena pula main dgn koddd tu panjang berjela,rasa nak jerit tapi bila dah siap,rasa nak buat lagi editing.

tapi tak sama macam deginer kat luar tu,
cuma atas minat ja,
minat tambah dengan semangat.

dalam sebulan gakla dok cari kat koogle macamana nak editing nie,hampa tau dak otai-otai deginer tu lah cek dapat cari editing nie.

header kerawang tu cek cari kat dua tiga blog jugak lah.
pastu koggle background (latar belakang ) tu sama.Cari nama background vintage pastu dapat la.

kemudian.
cari pulak boder sidebar tu dan body.
that it.

rasa dah tulang bertulang nie,kena rehat.
Otak pun kena rehat,
dok fikir macamana nak buat itu ? ini ?

oh YA...

Dont forget to read my second blog for writing *jangan lupa nah baca sama blog kedua penulisan tentang chenta si mata sepek*

selamat malam.
good night...





Label: