Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Februari 06, 2016 | Februari 06, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... 
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” 
 Surah al-Nahl, ayat 18.

When i start writing blog,books or novela mabye,i just put my mind and says "it will be better and more better after that. have do something because ALLAH.

were are humaniti and ALLAH given us how mampu kita lalui ( speaks b i takut oneday english despire ) 

kita manusia yang hanya sebagai pengerak tak tahu bila,di mana,siapa atau bagaimana? soalnya kita hanyalah seorang perancangan memory dan ALLAH lah yang memberi more daripada apa yang kita nak.
mungkin suatu hari nanti ALLAH jadikan dia sebagai memoris yang tak akan dilupakkan. 

jadi bila dah start menulis mungkin ana nak blowking dengan url blog kedua ( sampingan sahaja,untuk pengetahuan jika ada blog terasing daripada anda )

back to point, berbicara mengenai positif,
sangat sukar mendapat feel positif jika empunya tak mahu bergerak.

Jadi untuk ajuma dan onni chan 

Imaginasi apa awak suka kemudian lakarkan
Oh ya 
Kata orang senyum sambil tutup mata aura yg positif keluar Dan hati making lapang.

Rain pun pernah buat tau.best sangat. Tenang je.




Jumaat, Februari 05, 2016 | Februari 05, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim...
 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Tulis guna tablet
Kali ini guna template blogskin
Atas sebab tertentu.
Mungkin template ini sangat comel
Sila tengok di credit
Sebenarnya ana nk letak setiap kali ana edit suatu template
Ana letak credit to whow
Bila ana dah guna kod dan ana tak bleh letakkan sbb laptop ana lmbt mcm kura2


Dan ini kali ini ana letak sekali dengan nama2 owner tutorial
So mari mulakan.

1-nabilamedan
2- wanasobey
3- blog kawai pemilik dari indonesia
4-nur raihanah atau dikenali Rrai +dya bnyk tegur thank ya.
4...jeng jeng jeng.

Mungkin a lagi yg ana tak mention kan
Harap jangan marah yer. 




Selasa, Februari 02, 2016 | Februari 02, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
 “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, 
 nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” 
 Surah al-Nahl, ayat 18.


Tuesday, 26 January 2016
Yang Melihat Dan Yang Merasa



Saturday, 23 January 2016
Aku Ingat Lagi Laaaahh
by budak tomato

"Qideeeeen!" Suasana hening subuh terganggu dengan jeritan suara Chad.

Qiden menoleh. Jari telunjuk diletak rapat ke bibir. "Diamlah wei."

"NAQIUDDIN WAFIYYY!!!" Lagi sekali Chad jerit nama Qiden. Qiden bengang, sweater ditanggalkan dari tubuh, dibalut muka Chad guna sweaternya.

"Tak paham ke aku kata senyap. Kau nak kejut semua orang ke?"

Irsyad ketawa. "Yelah, yelah. Lemas lah aku macam ni woi. Kalau wangi takpe jugak."

Qiden julingkan mata ke atas. "Aku bukan macam kau, tak reti basuh baju."


Perjalanan ke masjid terasa nyaman.

Selang seli mereka baca surah Taha.

Sampai ke ayat 29, Qiden baca.

"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Lengan kirinya memaut erat bahu Chad. Chad sambung ayat 30.

"Iaitu Harun saudaraku."

Terasa sebak menyulubungi suasana gelap pagi yang masih belum menampakkan sinaran cahaya matahari.

Qiden diam. Chad sambung lagi, ayat 31.

"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku."

"Dan jadikanlah dia turut bertanggungjawab dalam urusanku."

"Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu."

Sampai ayat 34, Chad pandang Qiden.

"Qiden, kau Harun aku."


Qiden tertunduk bisu. Mengangguk tanpa bersuara. Impak Al Quran benar-benar menembus dada. Sungguh Al Quran itu sungguh luar biasa. Melembutkan hati yang keras. Mengubat hati yang luka. Merawat hati yang duka. Mengikat hati dua saudara.




Azan subuh berkumandang menembus angkasa. Menyeru manusia yang masih terbuai mimpi, masih diulit lena.

Mereka masuk ke perkarangan masjid. Kasut diletakkan di tepi. Dua pemuda berjubah itu masuk ke dalam masjid.




Selesai solat subuh dan bacaan mathurat, mereka berdua bergerak pulang, untuk bersiap sedia ke kelas.

Qiden berjubah coklat gelap. Chad berjubah kelabu cerah. Mereka berjalan seiringan.

"Chad, aku rasa aku tak dapat ke kelas kot pagi ni."

"Kenapa?"

Qiden senyum. "Ada panggilan lebih penting."

"Gediklah kau." Chad siku perut Qiden perlahan. Mereka ketawa.



Selepas selesai bersiap, jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Qiden ajak Chad pergi rooftop. Breakfast sama-sama, macam biasa.

"Jom lah ambil udara segar."

"Yelah, yelah. Kau ni perangai pelik semacam macam dah nak mati je." Chad membebel sambil kakinya menurut langkah Qiden ke rooftop rumah mereka.

Qiden senyum. Aku mimpi, kau yang mati.

Dia diam tak membalas kata-kata Chad. Sampai di rooftop, mereka makan shawarma yang masih panas yang dibeli sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.




"Weh cepatlah dah lewat!" Chad berlari. Qiden tarik lengan Chad, "Slowly lah."

Bukannya lewat sangat. Belum pukul 7:50 lagi. Baru pukul 7:45. Kelas pukul 8.

Qiden dah selamat lintas jalan. Chad yang tiba-tiba tercicir pen patah balik untuk kutip pennya yang terjatuh tadi. Belum sempat semua perkara berlaku, sebuah kereta laju memecut.

Masa ibarat terhenti, Qiden segera tarik baju Chad, membuatkan tubuh kurus Chad tercampak ke tepi. Tapi Qiden tak sempat mengelak. Kepalanya terhentak atas jalan, sebelum kedengaran satu dentuman kuat.

Berlumuran darah atas jalan. Pakaian Qiden basah, merah. Bibirnya bergerak-gerak mengucap sesuatu. Chad peluk tubuh Qiden, membuatkan bajunya turut berdarah. Seluruh tangannya juga berlumuran darah.

Chad rapatkan telinganya ke bibir Qiden.

"Waj 'alli waziirammin ahli."

"Haaruna akhi."

"Usydud bihiii azri."

"Wa asyrikhu fii amri."

"Kai nusabbihaka kasiira."

Bacaan surah taha pagi tadi diulang lagi. Dibacakan di telinga Chad. Sebelum dia melafazkan Laa ilaaha illallaah.

Dan hembusannya yang terakhir pergi bersama tiupan angin pagi Jumaat itu.

Meninggalkan Chad kesepian, belajar hidup bergantung sepenuhnya pada Tuhan.



///


Dan kisah itu tak pernah mati. Selagi aku masih bernafas, selagi itu akan aku imbas. Selagi itu akan aku ulang cerita. Selagi itu doa untukmu tak henti aku kirimkan. Selagi itu janji aku untuk menjadi Musamu aku teruskan.

Sungguh benar, ada cerita cinta yang tak terungkap. Betapa besarnya cinta Dia kepadamu sehingga kau dipanggil dulu. Dan sungguh besarnya cinta Dia padaku, memberi peluang untuk aku menyalur hadiah buatmu selalu.

Qiden, aku ingat lagi lah kisah cerita kita.

Tak pernah sesaat aku lupa.


Genap empat tahun kau pergi. Tenanglah kau di sana, bersama bait-bait doa aku hadiahkan.

Untunglah kau, dah dapat berehat dulu.

////

INILAH 
satu kisah realiti persahabatan yang aku sendiri impikan,berharap yang pergi itu adalah aku.


Label:




Ahad, Januari 31, 2016 | Januari 31, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... 
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” 
 Surah al-Nahl, ayat 18.

Sedih dengan ujian yang datang bertalu-talu? Tekanan hidup yang mendesak, kesedihan yang menyakitkan, harapan yang dihancurkan, kepercayaan yang dikhianati, kesusahan yang membebankan bahu dan pelbagai bentuk ujian.

Sabarlah. Sabarlah kerana disebalik semua itu ada pahala yang sangat besar. 

Ia seperti mana orang yang ditugaskan untuk melakukan kerja yang rumit. Semakin rumit kerja, semakin tinggi bayarannya. Semakin kuat bekerja, semakin banyak hasilnya.

Begitulah dengan tembakan ujian dalam hidup kita. Allah tak menguji begitu sahaja melainkan Dia akan memberikan ganjaran yang sangat besar. 

Kata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ 

Sesungguhnya besarnya ganjaran pahala bergantung kepada besarnya ujian (yang diterima). Apabila Allah cinta kepada suatu kaum Dia akan menguji mereka. Siapa yang redha, maka Allah redha padanya. Siapa yang marah (tak redha dengan ujian) maka Allah murka padanya."

[Riwayat Al-Tirmizi no. 2396]

Tak salah kita bersedih. Tak salah kita perlukan masa untuk tenangkan perasaan. Harap hadith Nabi itu dapat beri suntikan semangat dan motivasi untuk kita semua lebih tabah menghadapi ujian hidup.

Anggaplah setiap ujian itu umpama kita sedang "bekerja". Ketika "bekerja", penat lelahnya itu bagaikan menghapus dosa.

Selepas "kerja", upah tersedia.

#Motivasi_Islami