Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Ahad, September 25, 2016 | September 25, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.


' Aku melihat mereka seolah mereka adalah diri yang jauh lebih jahat dari mereka,kemudian bila melihat mereka yang baik dan solehah seolah diriku malu dan ingin lari sejauhnya daripada mereka.
Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan bahawa ada seseorang datang menemui Ibnu Umar r.a seraya berkata, “Ya khairannas wa ya ibna khairinnas”, wahai manusia terbaik dan putera manusia terbaik.”
Ibnu Umar berkata:
مَا أَنَا بِخَيْرِ النَّاسِ وَلاَ ابْنِ خَيْرِ النَّاس
وَلَكِنِّيْ عَبْدٌ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ
أَرْجُو اللَّهَ تَعَالَى وَأَخَافُهُ
 وَاللَّه
لَنْ تَزَالُوا بِالرَّجُلِ حَتَّى تُهْلِكُوْه.

Aku bukanlah orang terbaik dari manusia dan bukan pula putera manusia terbaik. Tetapi aku hanyalah salah seorang dari hamba Allah swt, yang mengharap kucuran rahmat-Nya dan takut kepada azab-Nya. Demi Allah, tidaklah kalian terus menerus menyanjung seseorang sehingga kalian membinasakannya.” (Mawa’izh as shahabah, Shalih Ahmad al Syami).
Rasulullah saw mengajari kita do’a, saat kita mendapat pujian dan sanjungan dari orang lain:
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ،  وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ
Ya Allah, janganlah Engkau hukum diriku karena apa yang mereka katakan, ampunilah aku terhadap apa yang tidak mereka ketahui (tentang diriku), dan jadikanlah diriku lebih baik daripada apa yang mereka kira.” H.R; Bukhari dalam kitab “Al adabul mufrad”.
-        ALLAHURABBI bandingkan diri diantara IBNU UMAR dengan diri sendiri yang penuh dengan kelekaan dan hasutan dunia,cinta seisi dunia, terasa keldil dan rendah.
Satu kisah yang mampu buatkan hatiku dalam pelbagai dimensi,aku memandang wajah mereka ketika itu terasa aku mahu memimpin mereka dan ketika itu aku ingin memeluk tubuh mereka.Keringat peluh biarkan dan perit sakit dirasai aku singkirkan,Hanya mahu bersama dan ukhuwah fillah fillah.
Aku sempat bersama mereka walaupun sehari, dan aku penuhkan hati dengan cinta pada mereka.satu hari pada malam sebelum akhirnya aku bersama satu slot dinama nightwalk dan ketika itu aku menjadi seorang peserta lalu mata ku ditutupi kain dan mengikuti langkah mereka.aku didalam barisan terakhir sekali.pada ketika itu mata tertutup hanya perasaan yang teramat takut hanya mampu digambarkan ketika itu ketakutan sewaktu aku ditarik kedalam lohor bumi.
Tanpa ku sedar, perjalanan malam ku sebelum berakhir aku tersandung diantara bahu jalan,beberapa kali kepala dihenduk batang kayu dan tiang-tiang dipasak.tapi yang menyedarkan aku tentang sebuah tali persaudaraan seseorang yang memegang tangan ku sekuatkan nya dan ingin mengangkat tubuh ku yang terjatuh didalam lubang dibahu jalan.Dia cuba sedaya mungkin tetapi aku tahu tubuhnya keldil tak  mampu mengangkat tubuhku yang berat dan besar . Kemudian aku rasai ada seorang sahabat ku juga cuba mengangkat aku dari situ dan akhirnya dia berjaya semakin lama ku jalan dimalam itu semakin aku rasai tarikan ukhuwah ku diantara adik-adik usrah .mereka sering bertanya pada ku “akak okey tak semalam .maaf akak .” ALLAHHURRABI luruh jantung ku hanya didamparkan senyuman dibibir namun dihati terasa sebak dan sedih melihat mereka yang betul-betul mengambil berat.
Keadaan itu mengajar ku makna ukhuwah, Dalam kelas ESP miss nazihah berkata “seseorang sahabat mampu membawa sahabatnya kesyurga dan seorang sahabat mampu bawanya ke neraka.
Menjadi pengerak untuk masyarakat agar ku setelah aku tinggalkan dunia aku ada sesuatu yang mampu bawa ku kesyurga . Biiznillah


Label: