Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Jumaat, Mac 12, 2010 | Mac 12, 2010 | 0 Lovers
Farisya Khumaera Binti Abd Rashid, seorang gadis dan pelajar sekolah menengah agama yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. “Alamak! Aku dah lambat ni nak pergi sekolah! Habislah aku!” Dia mengeluh sedari bangun daripada tidurnya. Farisya Khumaera sampai di sekolah pada pukul 7.35 pagi. “Ish..mesti budak pengawas berlagak tu ada! Asyik nak tulis nama aku saja!” Ngomelnya sendirian.




“Kau ni Isya asyik datang lambat saja! Kau buat apa kat rumah tu? Homework dah lah tak pernah siap. Datang lambat pula tu. Teruk betul!” Khairul Faris Bin Abd Rahim, seorang pengawas yang tegas dan sekelas dengan Farisya Khumaera memarahinya. “Sibuk je! Suka hati aku lah!” Mendengus Farisya Khumaera lalu pergi bergegas masuk ke kelasnya. “Assalamualaikum, cikgu” Dia memberi salam sebaik saja masuk ke dalam kelasnya dengan muka yang sedikit masam. “Awal kau datang Sya. Hehe. Pagi-pagi lagi dah muram ke??” Tanya Salina, teman rapat Farisya Khumaera yang duduk di sebelahnya. “Aku terbangun lambatlah. Lepas tu, dekat bawah tadi, si pengawas ‘over’ tu marah aku! Mana aku tak masam! Geram tau!” Jawab Farisya Khumaera dengan mimik muka tak puas hatinya. “Haha. Si Khairul tu ke yang buat kau marah ni?? Aku tak hairanlah. Kau dengan dia kan hari-hari gaduh. Lama-lama kahwin baru tau.” Salina memberi respon. Farisya Khumaera makin geram dengan kata-kata Salina. Dia memukul bahu kawannya itu. “Assalamualaikum, cikgu.” Khairul Faris pun masuk ke kelas dan duduk di tempatnya. Farisya Khumaera memandang ke sebelah kanannya kerana tidak mahu terpandang wajah si Khairul Faris yang duduk bersebelahan berdekatan dengan tempat duduknya. Pembelajaran pun bermula seperti biasa.



“Sila hantar kerja rumah yang cikgu bagi semalam sekarang pada ketua kelas kamu.” Cikgu Nirina memberi arahannya. Farisya Khumaera dan kawan-kawannya menghantar buku kerja mereka. “Siapa yang tak siap lagi, tolong berdiri!” Tegas cikgu Nirina. Beberapa orang pelajar termasuk Khairul Faris berdiri. Farisya Khumaera memandang Khairul Faris dengan pandangan yang amat sinis dan berkata, “Lain kali, cermin diri sendiri dulu ye Is. Baru boleh cakap fasal orang lain. Sekarang, siapa yang tak siapkan kerja sekolah? Kau kan? So, lain kali, jangan berlagak dah siap dan tuduh orang lain tak siap. Faham? Nama saja pengawas. Padan muka kena marah!” Khairul Faris membalas kata-kata pedas Farisya Khumaera, “Sibuk je! Suka hati aku lah!” Farisya Khumaera menjawab, “Suka tiru ayat aku! Ngada-ngada!” Dia terus memalingkan mukanya dari memandang Khairul Faris kerana malas hendak meneruskan pertengkaran. Sakit hati dibuatnya!



****************



“Is, aku nak pinjam buku tentang Kiamat Sudah Dekat tu boleh tak?” Farisya Khumaera bertanya pada Khairul Faris. “Bila kau nak? Esoklah ye aku bagi bukunya. Aku tak bawalah hari ni.” Jawab Khairul Faris. Farisya Khumaera hanya menganggukkan kepala saja tanda setuju.



“Dah tak bergaduh ke kak oi? Siap nak pinjam-pinjam buku lagi. Haha.” Usik Salina. “Amboi, suka kau ye mengusik aku. Tak ada apa-apa makna pun lah. Aku nak pinjam buku dia sebab nak bacalah. Tajuknya pun ‘best’. ‘Kiamat Sudah Dekat’. Boleh muhasabah dan mengingatkan diri kita. Betul tak?” Salina mengangguk tanda setuju. Salina bertanya lagi, “Kau kan hari-hari bergaduh dengan dia, takkan tak ada hati langsung? Hehe.” Farisya Khumaera mengerutkan kening lalu berkata, “Kau ni, tak habis-habislah. Tak kuasa aku nak layan. Aku tak suka dan takkan suka dia ok! Benci ada lah. Tapi, disebabkan dia kawan aku juga, aku buat-buatlah tak benci dia.” Salina ketawa sambil berkata, “Ha? Benci? Kau jangan..Mula-mula benci, lepas tu, pasti akan ada sayang. Haha.” Farisya Khumaera membantah! “Ish..Kau jangan nak merepek boleh tak? Jangan haraplah aku nak ada hati dekat dia. Dia kan setia lagi dengan ‘ex-girlfriend’ dia tu. Kalau kau nak, masuk meminanglah cepat-cepat ye. Haha.” Salina pula membantah! “Aku ‘offer’ dekat kau, bukan aku! Yelah, dia kan ada juga ciri-ciri lelaki idaman kau tu. Apa salahnya kan? Hehe. Tapi, betul juga cakap kau. Aku pun rasa dia masih setia lagi dengan si ‘ex-girlfriend’ dia tu. Balqis kan? Dulu ‘couple’, sekarang dah ‘clash’ kan? Apa cerita ye?” Farisya Khumaera menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Kau ni Ina, banyak tanya betul lah. Mana aku tau. Kau tanyalah dia sendiri.” Salina mengusik lagi, “Janganlah marah ye kak. Marah tandanya sayang. Hehe.” Farisya Khumaera memukul bahu Salina lagi. “Dahlah, kau ni, tak habis-habis nak merepek!” KRIIIINGGGG!! Loceng sekolah berbunyi tanda rehat. Mereka berdua pun turun ke kantin untuk makan.



****************



“Kau ni tak baik tau. Asyik nak cari gaduh dengan perempuan saja. Kesian dia.” Ariffin memulakan percakapannya. Khairul Faris mengerutkan dahinya lalu berkata, “Apa maksud kau? Aku asyik nak cari gaduh dengan perempuan? Siapa? Isya?” Ariffin hanya mengangguk. Khairul Faris ketawa dan berkata, “Kau ni nak ‘back-up’ dia kenapa? Dah jatuh hati ke? Haha. Dia yang cari gaduh dulu. Bukan salah aku.” Ariffin membalas, “Dah kau tak nak mengalah. Kesian aku tengok Sya tu. Asyik kena marah dengan kau saja. Aku bukan nak ‘back-up’ atau dah jatuh hati, aku kesian. Kau asyik gaduh saja, kalau kahwin dah besar nanti, aku tak tau. Haha. Apa cerita Balqis kesayangan kau tu?” Khairul Faris menjawab pula, “Aku bukan marah, aku nak tegur. Dia kan baik orangnya. Balqis? Cerita apa? Mana ada apa-apa dah. Aku dengan dia kawan saja. Aku tak nak dahlah ‘couple-couple’ ni. Aku nak ‘halal way’. Dah tahu hukum agama, kita kena ikut kalau nak jadi muslim sejati macam aku ni. Hehe.” Ariffin ketawa, “Haha. Perasanlah pula. Bagus-bagus. Boleh jadi ustaz. Alhamdulillah. Sya ustazah, kau pula ustaz. Memang padanlah. Hehe.” Khairul Faris ketawa pula, “Haha. Kau jangan nak merepek lah. Aku tak ada apa-apa perasaan pun dekat dia. Hari-hari bergaduh, boleh retak rumah tangga. Haha.” Mereka berdua ketawa bersama.



****************



Selesai kelas, Farisya Khumaera bergegas untuk pulang ke rumah. Dia terlihat kelibat Khairul Faris sedang berbual berdua di sudut tangga bersama Balqis. Dia berkata dalam hatinya,



Is ada apa-apa lagi ke dengan Balqis tu? Ish..kenapa pula dengan aku ni? Takkan cemburu. Tak mungkin dan takkan! Ni semua Ina punya fasal. Selalu cakap fasal Is. Astaghfirullah. Hijabkanlah hatiku ya ALLAH!



“Sya! Kau tengok apa tu? Ooo..cemburu ke? Hehe.” Salina tiba-tiba datang dan mengejutkan Farisya Khumaera. “Kau ni, terkejut aku! Mana ada aku cemburulah. Tak ada maknanya! Aku nak tengok bas sekolah aku dah sampai ke belum. Jomlah kita turun.” Farisya Khumaera cepat-cepat mengajak Salina turun sebelum temannya itu bertanya lebih banyak lagi.



Sampai di rumah, Farisya Khumaera kepenatan. Penatnya akan bertambah lagi hari ini kerana dia ada kelas tuisyen sebentar lagi. Dia cepat-cepat menyiapkan dirinya untuk pergi ke tuisyen. Farisya Khumaera mengenakan pakaian t-shirt labuh muslimah dan tudung labuh 60 inci berwarna putih.



****************



Sampai di tempat tuisyen, mata Firqan memandang Farisya Khumaera yang terlewat sampai 10 minit. Pakaian yang dipakai olehnya amat menyejukkan mata Firqan. Firqan tahu, Farisya Khumaera amat menjaga adab dalam berpakaian kerana selama dia mengenali gadis yang mahal dengan senyuman itu dan sekelas tuisyen dengannya, cuma Farisya Khumaera seorang saja yang memakai tudung labuh. Pelajar perempuan lain kebanyakannya ‘free hair’ dan memakai tudung ala-ala kadar saja. Pakai tudung, tapi tak menutup dada dan menampakkan perhiasan di belakang. “Astaghfirullah…” Ucap bibir Firqan apabila terpandang aurat yang ditunjukkan oleh Elisya, rakan sekelas tuisyennya itu. Pakaiannya sendat dan menampakkan bentuk tubuhnya. Firqan cepat-cepat mengalihkan pandangannya pada buku di atas meja. Sekali-sekala, mata Firqan mencuri pandang ke arah Farisya Khumaera yang sedang khusyuk belajar. Firqan suka akan keperibadian yang ditunjukkan oleh Farisya Khumaera.



Alangkah indahnya jika mendapat isteri yang solehah dan menjaga auratnya daripada dipertontonkan ajnabi seperti Sya itu. Mesti ramai yang minat dia. Tak mengapa. Aku akan cuba. InsyaALLAH.



Firqan berkata-kata dalam hatinya. Firqan jarang berbicara dengan Farisya Khumaera kerana dia takkan berbicara dengan perempuan tanpa sebarang urusan penting yang berkaitan dengan pelajaran.



****************



Di sekolah, Farisya Khumaera mencari kelibat Firqan kerana hendak meminjam sesuatu. “Firqan!!” Panggil Farisya Khumaera. Firqan memandangnya kemudian bertanya, “Ada apa Sya?” Farisya Khumaera menjawab soalan Firqan, “Petang ni ada kelas tuisyen Math kan, aku tak dapat datanglah. So, esok dekat sekolah, kau bawa buku tuisyen Math boleh tak? Aku nak pinjam. Boleh kan?” Firqan senyum lalu berkata, “Boleh. Tak ada hal lah. Esok aku bagi kau.” “Ok thanks ye Fir.” Balas Farisya Khumaera dan berlalu dari situ.



Firqan dengan Isya ada apa-apa ke? Jumpa berdua. Firqan tak habis-habis senyum dekat Isya tu apa hal? Ish..aku ni pula apa halnya? Impossible aku cemburu! Never! Balqis adalah cinta pertama aku untuk selamanya. Takkan ada yang lain!



Khairul Faris bercakap sendirian dengan hatinya. Dia terlihat Farisya Khumaera berbual-bual dengan Firqan. Terasa hatinya sedikit terganggu. Khairul Faris cepat-cepat berlalu dari situ.



“Isya!!” Khairul Faris memanggil nama itu. Farisya Khumaera memandang ke belakangnya. Khairul Faris menghulurkan sebuah buku tebal lalu berkata, “Ni buku yang kau nak pinjam semalam. Ingat, jaga baik-baik. Jangan rosakkan.” Farisya Khumaera tersenyum gembira kerana dapat meminjam buku tersebut. Dia berkata, “Ok Is. Syukran ye. Minggu depan aku pulangkan. Boleh?” Khairul Faris menjawab, “Minggu depan? Lamanya. Kau nak buat apa dengan buku aku tu?” “Ala..aku nak bacalah. Buku ni ‘best’. Aku pinjam dan minggu depan aku pulangkanlah. Ok thanks again!” Farisya Khumaera menjawab lantas pergi dari situ sambil melambaikan tangannya. Khairul Faris berkata lagi di dalam hatinya,



Ish budak ni, aku tak habis cakap lagi. Selamba dia saja pergi! Erm..manis juga senyumannya. Jarang aku nampak dia senyum. Nampak comel pula. Tapi, Balqis lagi lawa dan comel. Aku tetap suka kau, Balqis!



****************



Ustazah Raihan mengajar Pendidikan Syariah Islamiah. Tajuk yang beliau ajar hari ini memang digemari ramai murid, bab Perkahwinan. Farisya Khumaera juga berminat dengan tajuk ini. Dia memberi sepenuh perhatiannya pada pembelajaran hari itu. Ustazah Raihan mula mengajar.



“Kalau kita nakkan calon isteri atau suami kita soleh dan solehah, kita kena soleh dan solehahkan diri kita dulu. InsyaALLAH, akan datang jodoh yang baik dan kuat pegangan agamanya untuk kita. Seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w., dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka, pilihlah yang kuat pegangan agamanya agar kamu senang di kemudian hari. Rasulullah s.a.w. dah pun memberi tunjuk ajar pada kita untuk memilih jodoh, jadi, buatlah pilihan yang terbaik di antara yang terbaik. Agama adalah pilihan nombor satu kita sepatutnya. Tetapi, zaman sekarang ini, ramai orang terutamanya lelaki memilih calon isterinya berdasarkan pandangan mata, iaitu kecantikan dan harta. Sebab itulah semakin banyak kes-kes cerai yang berlaku sekarang ini. Jadi, ustazah nak nasihatkan agar kamu semua nak kahwin dah besar nanti, pilihlah jodoh kamu berdasarkan pandangan hati iaitu agama. InsyaALLAH, bahagia dan senang hidup bersama pasangan. Lagi satu, tak payahlah nak ber‘couple-couple’ pada usia yang masih mentah ini. Buat apa? Apa yang kita dapat? Hanya dosa saja yang kita dengan pasangan kita dapat. Bukan bagi kasih sayang, tapi, bagi dosa. Saya dulu masa sebelum kahwin, tak ada nak ‘couple’, nak ‘dating’ lah, keluar tengok wayang. Tak ada! Buat dosa saja semua tu. Jangan ikut budaya Barat ye. Saya dulu buktikan sayang saya dengan berdoa. Ye! Saya doa agar diri saya dan bakal suami saya itu sentiasa terpelihara daripada dosa dan maksiat. Kami jaga diri masing-masing. Saya dengan suami saya dulu tak ada mesej-mesej macam budak zaman sekarang ni. Ingat, doa itu senjata orang Islam. Jadikan doa itu kubu pertahanan buat kita.” Panjang betul ceramah ustazah Raihan. Farisya Khumaera berkata di dalam hatinya,



‘Best’ nya dapat kahwin macam ustazah. Perkahwinannya suci daripada dosa dan maksiat. Semoga aku pun kelak macam itu juga. Aku akan jaga diri aku baik-baik. Siapa agaknya calon suami aku ye? Is? Haha. Impossible! Aku tak nak lah dia. Ammar? Lagi aku tak nak. ‘Ex-boyfriend’ aku takkan jadi suami aku. Aku tak nak ‘couple’ dah! Aku dah bertaubat dan insaf. Aku akan kekalkan status aku ni sampai aku kahwin. Semoga aku bertemu dengan jodohku di Jordan. Haha.



Khairul Faris termenung sendirian dan berkata dalam hatinya,



Betul cakap ustazah. Habis tu, selama ni, aku suka Balqis sebab kecantikan dia? Memang pun. Aku putus sebab aku baca satu artikel yang ‘couple’ tu HARAM hukumnya. Aku putus dan aku nekad nak jadikan dia isteri aku bila dah besar nanti. Tapi, agama dia sederhana saja. Aku pernah suruh dia pakai tudung labuh, tapi dia tak nak. Macam mana nak dapat isteri solehah kalau macam ni? Susahlah. Isya memang ada ciri-ciri muslimah yang aku nak tapi, takkanlah dia. Ya ALLAH, adakah Isya pilihan terbaikMu? Jika ya, peliharalah diri kami daripada terjebak dalam perkara dosa dan maksiat. Astaghfirullah..



****************



“Sya!!” Firqan memanggil Farisya Khumaera sambil menghulurkan buku tulis matapelajaran Math. Senyumannya tak pernah lekang untuk Farisya Khumaera. Farisya Khumaera mengambil buku tersebut dan mengucapkan terima kasih lalu pergi dari situ. Firqan berkata-kata dengan hatinya,



Sama-sama Sya. Kau boleh pinjam apa pun daripada aku. Kau memang kawan aku yang baik. Sebab itulah aku suka kau.



Farisya Khumaera pula berkata dalam hatinya,



Kenapalah Firqan senyum dengan aku macam tu? Tau la dia tu murah dengan senyuman. Boleh cair aku! Muka dah lah ‘handsome’. Astaghfirullah..Jangan ikutkan hati, Isya! Tu semua panah syaitan. Ingat ALLAH Isya!! Astaghfirullah..



Di dalam kelas, Farisya Khumaera dan rakan-rakan rapatnya berbincang tentang pelajaran. Mereka bergelak ketawa. “Diamlah!! Bising saja!! Senyap sikit tak boleh?” Tegur Khairul Faris kepada Farisya Khumaera. Farisya Khumaera tak puas hati dengan teguran itu lalu berkata, “Nak marah pula? Kalau budak-budak perempuan dekat belakang sana bising, aku tak pernah dengar kau marah diorang! Asyik nak marah kat sini saja! Tak adil! Aku tak kesah kalau kau nak tegur. Tapi, tegurlah dengan cara yang betul dan berhikmah serta adil! Dahlah! Sakit hati cakap dengan kau! Benci!” Farisya Khumaera memalingkan wajahnya. Khairul Faris menjawab kata-kata Farisya Khumaera di dalam hatinya,



Aku bukan marah! Aku cuma tegur! Aku tak nak kau jadi macam perempuan-perempuan dekat belakang sana tu yang gelaknya macam pontianak! Aku nak kau jadi muslimah yang baik. Aku minta maaflah kalau kau marah dekat aku. Aku marah sebab sayang. Sayang? Hanya Tuhan yang tahu. Astaghfirullah..





****************



“Is!! Terima kasih sebab pinjamkan aku buku kau ni.” Kata Farisya Khumaera dengan mukanya yang sedikit muram. “Sama-sama. ‘Best’ tak buku aku ni?” Tanya Khairul Faris dengan nada ceria. Dia tahu, Farisya Khumaera masih terasa hati dengannya. Dia cuba ingin membuat Farisya Khumaera tersenyum. “Mestilah ‘best’. Fasal kiamat. Takut aku baca buku tu. Tapi memang insaflah. Aku baca buku tu sampai naik bulu roma aku ni. Takut akan kedahsyatan hari yang bakal tiba tu. Thanks tau.” Ucap Farisya Khumaera kepada Khairul Faris dengan sebuah senyuman manis. Mereka pun masuk ke kelas bersama.



Hubungan sebagai kawan antara Farisya Khumaera dan Khairul Faris semakin ok. Kadang-kadang memanglah ada pergaduhan, tapi, akan berbaik semula. Mereka takkan sewenang-wenangnya berbicara tanpa ada sebab tertentu.



****************



Hari ini di perhimpunan, Khairul Faris diberi tugas untuk memberikan tazkirah hari Jumaat. Dia banyak berbicara agar muslimah menutup aurat dan menjaga batas-batas pergaulan. Dia memberi tazkirah dengan menyelitkan ayat-ayat suci al-Quran. Banyak peringatan-peringatan berguna yang diberi oleh Khairul Faris. Dan itulah yang menyebabkan Farisya Khumaera terpana seketika. Dia berkata di dalam hatinya,



‘Best’nya dia bagi ceramah. Siap bagi ayat al-Quran lagi. Ada ciri-ciri ustaz. Ada juga ciri-ciri lelaki idamanku. Haha. Is? Kalau ada jodoh, insyaALLAH. Haha. Semalam dia jadi imam, sedap suara dia. Lancar bacaan doanya. Aku memang dari dulu suka keperibadian dia, cuma, aku benci dengan dia bila dia suka cari gaduh dengan aku. Ya ALLAH, takkanlah aku dah jatuh hati? Impossible! Aku tak boleh! Astaghfirullah..



Di saat seluruh isi rumahnya tidur pada waktu malam, Farisya Khumaera bangun dan berwudhuk untuk melakukan qiamulail. Betapa dia rindu untuk bertemu dengan Tuhannya. Di dalam sujud terakhirnya, Farisya Khumaera merintih dan merintih sehingga menitiskan air matanya. Farisya Khumaera adalah seorang gadis yang sukar menangis. Di saat itu, dia mengadu segalanya kepada Tuhannya.


0 Ulasan posted :