Sabtu, Januari 08, 2011

ilmu mengenali diri

Di atas IzinNya dan segala Limpahan RahmatNya, Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat KurniaanNya..




Bicara demi bicara tetap akan berterusan dlm mencari kebenaran..Allah nama bagi Dzat, Tuhan nama bagi sifat.



Alhamdulillah syukur sungguh-sungguh padaNya yang telah memilih diantara diri dlm menuju KetuhananNya....ketahuilah saudara-saudaraku ! Tetapnya dan bahawasanya Allah yang Maha Mengetahui dari hal rahsia-rahsia diri, memerintah sekelian hamba-hambanya agar menepati akan kebenaran perhambaan itu..



Setiap diri yg terjadi sebenarnya diberi kemampuan untuk mengenal dan mendekati, merindu lagi mencintaiNya, menjadi asas pada pengertiannya sebuah kalimat perhambaan..bimbingan yg sedia ada ( Al Quran dan Sunnahnya ) cuma menggariskan pada setiap diri agar sedar batasan kefakiran dan kekayaan, melewati batasan perhambaan kpd batas-batas Ketuhanan, begitu juga dgn batasan kefakiran kepada batas-batas kesedaran dlm keyakinan..HANYA ALLAH -LAH YANG MAHA KAYA DAN TERPUJI.



FirmanNya " Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya ( tidak memerlukan sesuatu ) lagi Maha Terpuji ". ( Faathir : 15 ).



Sesiapa yg tahu dan sedar dirinya itu akan binasa, maka diatas IzinNya dan RahmatNya akan tahu dan sedar bahawa Tuhannya itu akan kekal lagi abadi..tunggu apa lagi, mari kita berserah diri hanya kepada Allah Dzat wajibal wujud..



Jika diri yg sdg mengingati Allah, masih ada sesuatu yg selain Allah..Ingatlah wahai diri, sebenarnya belum lagi mengenali diri..



Syaidina Umar bin Al Khattab pernah berdoa “ Ya Allah, Ya Tuhanku ! Sesungguhnya aku berlindung diri kepadaMu daripada kejahatan diriku.. dan keburukan amalan ku...



wallahu'alam.
Catat Ulasan