Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Khamis, Jun 23, 2011 | Jun 23, 2011 | 0 Lovers

Telefon diletakkan di tepi. Aku termenung di bucu katil. Entah mengapa tahun ini ku rasakan semester yang bermula sepi di hati. Hatiku seakan tersentak dengan suasana baru di rumah yang kudiami. Mugkin aku belum bersedia untuk merelakan pemergian mereka yang telah tamat pengajiannya.

Bunyi lagu nasyid dari telefon bimbitku mematikan khayalan aku pada kenangan dahulu.

"Anak mak sayang, ingat pesan mak," ayat pertama yang ku baca setelah mesej di inbox ku buka.
Kandungan mesej dari mak ku baca lagi.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

"Hanya diri yang boleh merubah kerajinan diri
Hanya diri boleh merubah pencapaian diri
Hanya diri yang tanggung mahu cemerlang atau sebaliknya
Justeru
Jika mahu hati gembira
Ayuh
Usaha, doa dan solat hajat sungguh-sungguh."

Mesej dari mak ku balas. Ku katakan padanya terima kasih kerana sentiasa mengingatkan aku ketika berjuang di medan imu ini. Mak akan sentiasa menghangatkan semangatku untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran kerana tahu anaknya ini kadangkala lemah melawan penyakit yang dihadapi.

Air mataku mengalir tanpa dipinta. Walau jauh jarak antara aku dan mak, kata-kata dari mesej yang dikirim mak tadi mampu membuat aku menangis semahu-mahunya. Terasa seperti tautan hati dan aliran semangat dari nasihat mak meresap masuk ke lubuk hatiku untuk terus berjuang di medan ilmu ini.

Yang penting ada kemahuan kuat seperti yang disebut di dalam Surah At-Taha, ayat 115:

"Dan sungguh telah Kami pesankan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan Kami tidak dapati kemauan yang kuat padanya. "

dan berteguh hati Surah Maryam, ayat 65:

"Dialah Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepada-Nya. Apakah engkau mengetahui ada sesuatu yang sama dengan-Nya?"

Permudahkan kembara perjuangan ilmu ini ya Allah.

Ku tinggalkan telefon bimbit untuk menunaikan solat sunat. Benarlah kata mak, hanya diri yang boleh membuat kita gembira dengan izin Allah.

Yakinlah dengan pertolongan Allah ketika berjuang di medan ilmu. Sesungguhnya, Allah tidak membebani hamba-Nya melainkan Dia tahu hamba itu mampu menghadapi dugaan yang diberikan lebih-lebih lagi pada mereka yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu.


Wallahu'alam.

-Artikel iluvislam.com

Label:



0 Ulasan posted :