satu hari ..hari yang indah





Hari ini, 5 Rejab 1433 H, 26 Mei 2012..

KHAS untuk RABIATUL ADAWIYAH.....
-------------------------------------------

Ismail al-Adawiy binggung apabila diminta oleh isterinya, menamakan anak yang baru saja dilahirkan itu. Lepas lama berfikir, dia menjawab, "Apa kata, kita namakan anak kita ini dengan nama Rabiah?"

Isterinya terkejut dengan jawapan si suami, lantas berkata, "Bukankah nama Rabiah bermaksud hanya yang keempat? Tiada nama lainkah, wahai suamiku, yang lebih sesuai untuk anak kita ini?"

"Pada pandangan abang, sesuai benar nama itu dengan anak kita. Dia kan anak keempat dalam keluarga kita." Nada memujuk oleh sang suami.

"Saya risau, anak kita ini akan ditertawakan oleh kawan-kawannya, apabila dia ditanya mengenai namanya. Saya tidak mahu dia bersedih hati."

Si suami masih hanya diam. Namun, sebagai isteri, dia akur dengan keputusan suaminya.

Seperti jangkaan isterinya, anaknya pasti akan ditertawakan bilamana ditanya soal namanya. Baik jiran-jirannya, mahupun orang ramai. Tapi, Ismail al-Adawiy yakin, pemberian nama itu berdasarkan ilham dari Allah Ta'ala dan dia akur. 

------------------------

Suatu pagi yang indah....

Ismail al-Adawiy berperangai lain dari kebiasaan. Cerianya dan senyumannya yang terukir, membuatkan hati si isteri tertanya-tanya, apa yang telah berlaku. Namun, dia membiarkan si suami bertingkah laku sebegitu dan menunggu dengan penuh sabar untuk suaminya ceritakan apa yang telah berlaku. 'Connection' yang diberikan oleh isteri tercinta, membuatkan Ismail al-Adawiy dapat membaca isi hatinya. 

"Wahai habibiku, hatiku cukup senang hari ini." Mukadimmah bicaranya.

"Saya dapat melihatnya, wahai zaujku. Seri muka abang, telah menterjemah apa yang terbukam dalam hati abang. Saya tumpang gembira melihat abang bahagia. Namun, boleh saya tahu apa sebabnya?"

"Abang telah didatangi seorang tetamu yang begitu mulia pada malam semalam."

Isterinya terdiam. Dalam benaknya, ligat berfikir, siapakah tetamu yang dimaksudkan oleh suaminya. 

"Siapakah tetamu yang abang maksudkan?"

"Beliau adalah seorang yang cukup istimewa. Tetamu itu adalah Rasulullah SAW."

Subhanallah... Terkejut hati sang isteri mendengar jawapan suaminya itu. 

"Rasulullah datang dengan wajah yang cukup indah bak purnama bulan. Pakaiannya sangat bersih dan hati abang cukup bahagia tika bertentang mata dengan Baginda. Baginda ada khabarkan beberapa pesanan pada abang."

"Khabarkan wahai suamiku, apa pesanan Baginda.." Teruja isterinya mendengar suaminya bercerita perihal mimpinya itu.

"Rasulullah SAW berpesan, usah kita bersedih hati dengan kesusahan atas kelahiran anak kita itu. Ini kerana, Rabiah akan menjadi seorang wanita yang hebat dan terulung, serta tinggi darjatnya di sisi Allah Ta'ala dan RasulNya. Malah, ramai orang dalam kalangan umat Baginda yang mengharapkan syafaat daripadanya."

Mendengar jawapan si suami, hati isterinya tersenyum lebar dan bersyukur dengan kurniaan Allah Ta'ala itu. Ujian yang ditimpa bertubi-tubi, 'dihadiahkan' dengan nikmat yang sebegitu besar, berat kesabaran mereka selama ini. Subhanallah...

---------------------

Mimpi Ismail al-Adawiy menjadi kenyataan. Selepas beribu-ribu tahun, nama Rabiah al-Adawiyah masih lagi menjadi sebutan ramai. Malah, anak-anak perempuan yang dilahirkan kini juga, diberi nama Rabiatul Adawiyah, sempena nama wali Allah itu, dengan pengharapan bagi si ayah dan ibu, agar anak mereka itu mendapat tempias walau sedikit sifat sepertinya. 

Tiada lagi gelak tawa apabila memberitahu nama pemberian ibu bapa, 'Rabiatul Adawiyah'... Bukan Rabby, bukan juga Add, bukan Wee, mahupun Ah. Banggalah dengan namamu, 'Rabiatul Adawiyah', pemegang nama wali Allah Ta'ala yang hebat itu. Semoga kalian menjadi hebat seperti beliau... Aminnn... ^_^

------------------------------------------

"Aku mengabdi diri kepada Allah bukan kerana takut kepada Neraka. Bukan juga ingin masuk Syurga. Namun, aku mengabdikan diri padaNya kerana cinta dan rinduku yang teramat sangat." (Rabiah al-Adawiyah)

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

kehidupan ibarat pelangi

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG