Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Jun 30, 2012 | Jun 30, 2012 | 0 Lovers
Assalamualaikum wrt ..

Bismillahirrahmaanirrahim. Dengan ini saya melancarkan contest yang tiada tarikh tutup untuk diri sendiri dan semua yang membaca belog ini. Hadiahnya straight dari Allah, insyaAllah sangat bernilai dan pasti lebih mahal dari mana-mana hadiah yang pernah ditawarkan di muka bumi blogger ni .

Seperti contest diatas ..saya sebagai admin buat kan contest ini untuk siapa sahaja yang hendak .tiada yang berhak menghalang anda dan buat lah dengan keputusan yang terbaik

1- Tentang permakanan

MADU

Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapan baginda dengan segelas air dicampur dengan sesudu madu asli. Jika dilihat dari sudut ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.


KHASIAT DAN KELEBIHAN MADU

  • Nabi Muhammad SAW bersabada : "Sesiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. "
  • Dari Imam Ali a.s : "Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati."
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s : "Rasulullah SAW sangat menyenangi madu."
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s : "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran"

Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9

KISMIS

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan terlebih dahulu. Kismis ini membekalkan vitamin dan mineral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi mengangkut oksigen ke otak dan ke seluruh badan.

Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

KHASIAT DAN KELEBIHAN KISMIS

  • Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda :"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"
  • Imam Ali a.s berkata : "sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi"
  • Imam Ali a.s berkata : "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9

Nota hati  = Sebenar nya banyak lagi cara pemakanan yang sihat tapi  ini hanya sekadar yang saya boleh sampaikan

Nota hati = sumber ini di ambil dari blog http://nurmieysabtu.blogspot.com

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
1.  Pahala yang berlipat ganda
2.  Keberkatan.
Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

Cara duduk
 
 ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan  manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Makan menggunakan tangan.

Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
Makan dengan menggunakan 3 jari.

Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah 

. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

 Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal. Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu


Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal.

Label:



0 Ulasan posted :