Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Jumaat, Jun 29, 2012 | Jun 29, 2012 | 0 Lovers


walaupun agak lama dah video ini di upload tapi ia bagi saya inpirasi ..buat saya untuk menulis

Cinta Muka buku Vs Cinta Kalam Illahi

Adakala Hati terasa mahukan seseorang
Adakala hati terasa sunyi
Adakala Hati terasa kenapa ku tidak seperti yang lain
bercouple dgn vs jantina

kini ku tahu bahawa seandainya ku memberi Cinta ini kpd Si dia Mungkin kah ia terima diri ku
kini ku tahu Hanya yang perlu di hati hanya Cinta yang maha esa
Syair-Syair Para Pemburu Ilmu



kupancarkan karya indahku di ufuk-Nya.
Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya.
Indahnya pemandangan dan suasa malam gembira,
takkan pernah menggoyahkan tekadku.
Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat.
Tapi,kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.
Kuseru nama Allah Yang Maha Mulia.
Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilan-Nya
.



Dia (Allah) mempunyai banyak nama da nama nama-Nya begitu indah.Dia mempunyai banyak sifat dan sifat-sifat-Nya begitu tinggi.Jadilah hamba-Nya,nescaya Dia menjadi penolongmu.Dialah Allah s.w.t! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.Adakah engkau mengetahui siapa yang senama dan sebanding dengan-Nya?Siapakah yang menciptakan bumi dan langit? siapakah yang mengalirkan air,memancarkan cahaya,menabur keagungan,menghiasi diri-Nya dengan keabdian,dan mengkhususkan-Nya dengan kebesaran dan kekuasaan? Siapakah yang mengalahkan tentera,menghancurkan pasukan bersekutu dan membinasakan Kaum Tsamud dan 'Ad? Siapakah yang mengalahkan tipu daya musuh,menghancurkan banyak negeri yang zalim dan memberi petunjuk ke jalan yang benar?

Dialah yang Maha Esa,yang memiliki nama-nama yang paling indah dan sifat-sifat yang paling sempurna.Dia mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu yang terpendam di dalam hati. Dia menghiasi diri-Nya dengan keabadian,menetapkan kebinasaan kepada yang lain. Dia tidak dapat diliputi oleh penglihatan mata,tidak dapat dikuasai oleh fikiran. Diaberkuasa melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya.Dia,lebih dekat kepadamu daripada urat nadi lehermu sendiri.
Wahai Tuhanku,Kami datang kepada-Mu dengan pasrah
berdiri di depan pintu-Mu sebagai seorang hamba yang fakir.
Maafkanlah kami kerana telah lalai dan cuai
ampunilah kelemahan kami yang sudah Engkau ketahui.


Kedua tangan-Nya maha menderma,pemberi nikmat,penghapus kemiskinan dan kesempitan. Semua makhluk meminta kepada-nya.Semuanya memohon kepada-Nya.Tidak ada seekor binatang melata pun di dunia ini yang tidak mendapat rezeki daripada-Nya.Tiada satu hajat pun yang tidak pernah dikabulkan.Semua makhluk meminta kepada-Nya.Semua makhluk yang wujud selalu menginginkan-Nya,Manusia meminta pelbagai macam keperluan dan beraneka permintaan,dengan perbezaan bahasa,dialek dan beragam irama.Dia memberi setiap hamba yang meminta,mengajarkan setiap hamba yang tidak tahu,memberi petunjuk bagi setiap hamba yang tersesat,meluruskan kaki yang tergelincir,menyembuhkan segala jenis penyakit dan menjaga hamba-Nya daripada segala kecacatan.

Kemurahan-nya melimpah,sehinggakan seluruh makhluk tidak mampu untuk memikulnya. Demi Allah,andaikata langit ini dibuat menjadi lembaran kertas yang akan dipernuhi dengan ribuan kata-kata pujian,nescaya tiadalah langit itu boleh menampung seluruh sanjungan yang dipersembahkan kepada-Nya.


0 Ulasan posted :