Oh Tuhan ..


Ya Allah,
Kami  hambaMu yang kerdil  mengadah tangan
kehadratMu Tuhan yang maha Menguasai segala sesuatu.
Tuhan yang Maha Kaya,
Tuhan yang Maha Mengetahui
Engkaulah Tuhan yang memiliki seluruh sifat-sifat kesempurnaan,
Kami akur kepadaMu Allah,

Tuhan ,
dengan segala suci hati,dan dengan rasa yang kudus lagi mulus
kami mohon diampunkan segala dosa-dosa kami,
sama ada  dosa itu kami lakukan secara sedar atau sebaliknya
dosa yang dilakukan sengaja atau secara tidak sengaja.

Ampunkanlah dosa zahir mahupun dosa-dosa batin kami.

Ya Allah,
Pada saat kami diraikan ini ingin jua kami
 menitipkan sebaris doa minta keampunan
buat insan tercinta
ibu dan ayah kami
Ampunkanlah segala dosa mereka,
bahagiakanlah mereka ya Allah,
damaikanlah mereka Ya Allah
pada kehidupan ini dunia

andaikata mereka sudah tiada lagi di dunia ini
kami mohon tempatkanlah mereka bersama-sama
para Nabiyyin,siddiqin, syuhadak dan solehin

sesungguhnya jasa mereka kepada kami sangat besar,
berapa banyak air mata yang tumpah
berapa banyak doa untuk kebahagiaan kami dipanjatkan kepadaMu,
berapa banyak pedih dan luka yang mereka tanggung
semasa mendidik dan membesarkan kami.

sehingga kami berdiri megah dipentas ini menerima anugerah
berprestij.

Ya Allah
Kami jua bersyukur atas nikmat penganugeran ini
justeru itu

Ya Allah
sematkanlah disanubari kami
kesungguhan  yang berterusan
keikhlasan  yang mantap
kegigihan yang jitu padu

untuk terus memikul amanah mendidik generasi
yang akan menghadapi zaman yang bukan kepalang
ujiannya  kepada mereka.

Nota kaki ..Kekadang  ada blogger yg membuatkan blog ini sebagai jalan meluahkan perasaan sperti apa yang anda baca skrg . Bagi ana jikalau kita  jadikan Blog ini sebagai medan dakwah .ia lebih baik kan

 

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG

kehidupan ibarat pelangi