Selasa, Julai 03, 2012

Merisik pelbagai cara

"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada 'standard' dia. 'Terer' Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.

Macam-macam cara merisik.

Ada orang yang menghantar 'spy'.

Ada yang bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.

Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam,

Ada bermacam-macam lagi bentuk risikan. Kreatif!

Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?Itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.

By Ustazah Fatimah Syarha (sebarkanbahagia.blogspot.com
Catat Ulasan