Ahad, September 30, 2012

Sambungan Cerpen Uhibukifillah

Uhibukifillah  bahagian 2 sambungan

Rasa Syahdu apabila zikir diputar di corong radio .Apatah lagi  Umairah Dia masih kerjakan sisa-sisa yang ditinggal kan . Dia bingkas meluru kearah dapur kemudian dia keluarkan ais sejuk . Dia tersenyum . Senyuman nya tidak menunjukan sikap nya . Aduh rasa risau dihati melihat Dia bersahaja dihadapan ku.   Aku terlalu risau dan sayang terhadap nya . Bukan kah ia dianjurkan dalam islam .
“ sabda rasulullah saw: Sesungguh nya Mukmin Itu bersaudara .” dan sabda Rasulullah saw yang bermaksud Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudara nya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri .”
Dan kerana itu juga .Aku bersahabat dengan nya bukan kerna Rupa paras , kekayaan tapi ku lebihkan BERSAHABAT KERANA ALLAH Mungkin kerna sayang kan dia melebihi sayang ku terhadap diriku . Suara Umairah menusuk Gegendang Telinga ku . Aku terkejut , Panik
Umairah terbatuk-batuk Suara nya berubah lalu ku meletakan tangan ku di dahi nya dan terasa bahang panas .
  “Enti deman ni?” Dia mengeleng kepala .Lirih mata nya memandang aku teramat sayu. Sepanjang ku bersahabat dengan nya Tak pernah ku melihat keadaan nya seperti itu .
                       “Enti sayang ana kan .?” soalan itu membuat ku terpana seketika .Wajah ku berubah .Terkejut dengan soalan nya .Aku diam tanpa bicara . Dia menarik kerusi dan menuju kea rah Bilik tidur berhampiran bilik akak-akak serumah ku .Sejurus kemudian dia keluar dan ditangan nya ada sekotak kecil berwarna purple .Balutan nya sungguh kemas .Dia memberi kepada ku
“Nah ambil lah, sepanjang ana kenal enti tak pernah ka nana beri hadiah untuk enti.” sanah helwah ya sahabat. Umairah  meramas tangan ku kemudian seraya berseloroh
      Sahabat dunia dan akhirat , awak dah Tua kan .”
 Dia kembali menghabis kan Kerja-kerja nya . Terdetik dihati ku akan mimpi semalam .  Aku terasa dekat kan kehilangan nya .Aku tahu takdir itu Adalah takdir illahi dan Ku sebahagian daripada hamba nya yang harus Ku Menerima nya seadanya .Andai dia adalah takdir illahi .
Takdir itu adalah Cara Hidup Semua Makhluk Tidak kira Haiwan , Tumbuhan atau manusia sekalipun. Bagi seorang hamba yang berpegang dengan kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMAD RASULULLAH dan yang mempercayai Ketentuan Allah swt .


                                        ***********************************

Semalam Umairah Memberitahu ku bahawa Dada nya berdebar laju dan dia juga beritahu badan nya terasa sejuk .Pagi itu ku lihat wajah itu kelihatan Tenang dan tentaram yang paling penting dia kelihatan Ceria .Tidak Terasa yang dia akan pergi .
“Ukhti, kenapa ni moyok je? Rindu dekat Dia kah? hehe..Dia bercanda lagi. Umairah kelihatan Nya Sungguh Ceria .
“ makan sama boleh .?” Dia pinta lagi .Aku menangguk sahaja. Lalu dia keluarkan Beg berisi Wang dan  menarik tangan ku keluar .
 Hari ini ana belanja boleh ? kenapa rasa janggal ni rasa boring lah?.” Dia kelihatan cermat membawa Mobil milik dia .Mobil itu hadiah dari Ayah nya sempena kemasukan Ke Tahun Ke 2 ,Bagi nya apa-apa yang ayah nya beriakn dia simpan dengan baik .Tak mahu tercalar sedikit pun . Dia memandang wajah ku lalu Pipi ku di cubit .
Ada masalah kah ?” Dia soal lagi .Aku tertunduk aku ingin beritahu bahawa dia lah yang bermasalah daripada ku . Dicubit nya pipi ku terasa sakit lagi .
“ Enti marah ke ana cubit enti.”? Dia mengetap bibir .Mungkin Tengah lepas kan geram . Dari riak wajah nya ku boleh mengagak bahawa Dia tengah lepas marah terhadap ku .
“Err..tak lah .ana tahu kalau anti agak tegas Juga kan .” jadi ana hendak diam ketika anti bawa kereta .”
       Itu...Ah...Anti Cinta ana lebih lah.”  Pipi ku merah
Lalu pandangan ku dibias keluar , melihat ciptaan Allah SwT yang lebih baik dari segala nya . Langit tak akan cerah sentiasa , Ribut pasti memjelma .Sukar nya hati ku melihat teman ku ini dalam dilema Kesakitan yang ku baharu mengetahui Dua hari selepas Ku dengan nya bergotong royong di Rumah sewa Ku .Doktor berkata Hidup nya tak lama hanya beberapa bulan sahaja . Umairah menghidap cancer Otak itu boleh menjejas kan penglihatan nya serta system Tubuh yang lain . Simptom nya Pening dan loya .Akhir nya aku akan kehilangan seorang sahabat bergelar sahabat . Teman ku ketika susah dan ketika ku dalam kesenangan .
Dalam ku berdebar menunggu panggilan
Setiba nya engkau akan hilang dari pandangan ku
Bukankah itu satu kepastian Buat semua bergelar Manusia .
Selepas Engkau pergi
Tiada lah penganti seperti Mu
*****************************************

        “Tertunggu call dari Sapa?”  Aku terkejut .Umairah mengalih pandangan nya dari melihat aku yang termangu seorang Diri. Selamba je dia bercakap waktu memandu .Sekenal aku Umairah Dia sangat sensitive sewaktu memandu Justeru tak hairan lah jikalau aku cuba mengusik dia Waktu membawa kereta .tapi hari ini agak bimbang diri ku.
    “ ana hairan dengan enti , Enti kan sensitive sikit kalau bab memandu Ini .? Jadi ana rasa enti demam kah ?
              Umairah Tersenyum .lalu dia memegang jari jemari ku
    “ enti tau tak , hari ini ana raikan majlis Hari lahir untuk anti dan soal sensitive tu ana letak tepi .” Aku terdiam .Hari ini hari lahir aku kah ?
     “ Enti ini Tu lah bukankah hari ini 12 hari bulan 2 .”
Aku mengimbas tarikh hari semalam .Aku terkejut ia betul 12 hari bulan 2 .kalaulah Mimpi Itu berlaku lagi .
  “ Kenapa diam? Boring macam ni ? .” Dia soal lagi Nampak nya ia betul-betul Bosan dengan sikap ku
           “Tak pa, enti nak rehat pun tak pa” Aku mengerut dahi .Jelas lah Umairah marah dengan sikap ku tapi dalam pada masa yang sama dia menjaga Hati sahabat nya
Dan aku seperti Ingin memeluk Tubuh yang berada disebelah ku .Ternyata pertemuan Ini mengambarkan soal persahabatan yang indah disisi ALLAH yang menjaga hati sahabat yang menegur sahabat ketika sahabat nya dalam kelekaan
Uhibukifillah Kaman
Setiba nya di Restoren Mesra kasih .Sekitar situ ada keluarga berjamah mesra bersama keluarga tersayang. Teringat kan kampung halaman ku ,Teringat akan Umi dan abah ku .Sikap mereka yang tegas serta kelembutan mengalir dalam Alur-alur darah ku  .Allah Itu Adil berikan pemberi nya terhadap ku sememang nya tidak boleh berikan dengan Wang sekalipun Wang itu berjuta .Aku melihat Umairah memesan Hidangan Pagi Buat ku dan Dia
Tersenyum sensorong melihat telatah Budak remaja sekarang ,kekadangan rasa aku ini sangat bertuah sebab dikurniakan sahabat macam Umirah
“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…

-Imam Syafie
Catat Ulasan