Takut JUAL mahal ??




Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?
Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat. Kita hanya perlu bersabar. Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang  tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu. Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )
.
rujukan:
1. kerana cinta harus memilih (Ust. Burhan Sodiq)


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/jual-mahal/#ixzz2AJyXaUdR

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

kehidupan ibarat pelangi

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG