Ceriita Buat MU


 


Suatu hari, seorang mama yang datang dari kampung ajak anak-anaknya yang tinggal kat bandaraya metropolitan dating dengan beliau di sebuah restoran. Rindu dengan anak-anak la katakan. Anak-anak semua belajar tinggi-tinggi dekat universiti.

Masa kat restoran, mama tengok anak-anaknya tak banyak sangat berbual dengan beliau. Yang sulung duk tekan-tekan Iphone. Yang tengah duk main Tab. Yang bongsu duk touch-touch Galaxy Note. Mama touch-touch hidung sendiri yang tak berapa nak gatal.

Then, mama pun pulang.

Hari Raya Aidilfitri 2013 pun menjelma.

Anak-anak semua pulang ke kampung untuk beraya. Sampai-sampai di rumah mama mereka.

Anak sulung: "Mama~~ mana mama ni..Kami dah sampai ni~"

Anak tengah: "Ma ooo maaa...angah balik ni..nak makan ketupat rendang ma buat ni...~"

Anak bongsu: "Ma o ma ~ mana mama menyorok ni..hehe tanak bagi duit raya letteww~~ "

Anak sulung: "Mama kat dapur kot. Jom kita ke dapur.."

Ketiga-tiga beradik ke dapur. Tapi hampa, mamanya takde kat situ. Then, mereka mencari-cari di segenap ruang rumah. Eh, tade jugak.

Tetibe berbunyi deringan telefon dari dapur. Anak bongsu tercari-cari punca bunyi dari mana. Rupa-rupanya dari bawah saji!

Ketiga-tiga beradik tu pun buka saji.

"TADAAA! SEPRAISSSSS!"

Itulah nota yang ditemui di bawah saji dengan seketul henset Samsung Galaxy S3. Anak yang sulung cepat-cepat jawab panggilan.

Along: "Hello..sape ni?"

Mama: "Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Ni mama la."

Along, Angah, Angsu: "Mama kat mana ni?! Kitorang nak raya ni!"

Mama: "Mama dekat Palestine ni. Raya dekat sini. Kalo tak caye, korang tengok la nombor tepon dari mana.."

Along, Angah, Angsu: "Haaaa?!! Pastu kitorang nak raya ni camno??"

Mama: "Korang raya la ngan gajet n henset2 korang tu. Kalau rasa lapar, makanlah tepon yang ada bawah saji ni. Kah kah kah..k la mama bz ni layan budak2 Palestine ni..mama masak rendang kat dorang ni..sedap ooo rendang ni..nyum nyum..Budak2 Palestine tak main henset kat sini, dorang sibuk hafal Quran..dorang touch-touch jemari masing-masing bertasbih kalau free sangat..korang adeeer? kikikiki...selamat hari rayo, kbai"

Along, Angah dan Angsu terpeleot dan terduduk secara berjemaah di dapur.
Semacam tidak percaya apa yang telah berlaku. Ketiga-tiga mereka menitiskan air mata Syawal di pagi hari raya dan akhirnya membuat keputusan untuk mengapak henset masing-masing untuk dijadikan juadah hari raya tahun itu.

cerita oleh: Muhammad Rusydi


 


Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG

kehidupan ibarat pelangi