Aurat adalah kecacatan

Assalammualaikum...
Orang selalu kata rambut adalah mahkota bagi orang perempuan. Rasanya saya tak setuju. Bagi saya, tudung itulah mahkota malah lebih daripada segala-galanya. Tudung itulah juga yang memelihara maruah dan harga diri bagi perempuan secara tak sedar. Tapi kalau tudung ada, lengan baju takde ataupun berseluar fit, masalah juga. Tudung hanya akan menjadi mahkota setelah semua bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan dilitupi pakaian yang labuh, tidak jarang dan tidak sendat.
Tudung labuh acener?
Kenapa hendak bertudung labuh? Pakai tudung apa saja pun tidak kesah sebenarnya tapi tudung labuh menjadi pilihan mungkin kerana mudah didapati, lebih murah dan cara pemakaiannya sangat mudah. Tak sampai 1 minit dah terbentuk cun kat kepala. Haa…itu lah sebabnya tudung labuh menjadi pilihan. Nak diringkaskan, tudung labuh memenuhi spesifikasi kesederhanaan. Nabi Muhammad selalu mengajak umatnya supaya mengamalkan kesederhanaan. Jadi sebagai umat-Nya, kenapa tak bersederhana dalam soal penampilan?
Yang menjadi persoalannya, orang ramai selalu mensinonimkan tudung labuh dengan kealiman. Padahal, sesiapa pun layak memakai tudung labuh. Kalau nak berbicara tentang kealiman, perkataan itu hanya layak diberi kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tidak kira dalam hal-hal keakhiratan ataupun hal-hal keduniaan. Orang yang memakai tudung labuh sebenarnya tak layak pun diberi gelaran ‘alim’. Bagi saya, pemakaian tudung labuh cuma suatu tindakan menutup aurat seperti mana yang telah disyariatkan agama Islam. Seperti yang selalu saya katakan, aurat itu kecacatan. Jadi, dengan memakai tudung labuh, aurat atau kecacatan kita akan lebih terpelihara daripada keaiban. Dalam surah An-Nur ada mengatakan bahawa perempuan hendaklah memakai tudung hingga menutupi bahagian dada. Mungkin sebab itulah tudung labuh dinamakan tudung labuh kerana kelabuhan tudung itu yang mampu menutup 1/3 daripada bahagian tubuh badan orang perempuan.
Orang yang memakai tudung labuh sememangnya mempunyai kekuatan yang luar biasa kerana mampu melawan nafsu dan pujukan syaitan. Hmm...boleh tak saya katakan orang yang bertudung labuh itu terdiri daripada golongan orang-orang yang pemalu? bagi saya, iya. kenapa? sebab mereka malu nak tunjukkan aurat @ kecacatan. Sifat malu itu sangat penting bagi setiap orang tak kira lelaki atau perempuan kerana sifat malu itu akan mengehadkan sempadan tingkah laku dalam apa juga tindakan. Jika sifat ini sudah lenyap dalam diri seseorang pasti banyak perkara mungkar akan berlaku. Mengenai akhlak pula, jika orang yang memakai tudung labuh dilihat cantik dan sejuk mata memandang tapi kalau akhlaknya buruk, yang cantik itu tetap akan dilihat buruk malah dua kali lebih teruk. Begitulah sebaliknya...Jadi, penampilan dan akhlak hendaklah seiring dan sejalan...
Jadi, apalah salah kalau kita pakai tudung ataupun upgrade skit pakai tudung labuh. Banyak hikmahnya. Kata orang 3 in 1. Selain dapat menegakkan syariah Islamiah, kita juga dapat menjaga mahkota dan kehormatan diri, selain itu insyaallah dapat melawan nafsu dan menepis hasutan syaitan. Insyaallah, dengan menjalani kehidupan yang serba sederhana, keimanan kita akan lebih teguh dan dapat menjadi insan yang berakhlak sepertimana yang dianjurkan Islam.
Yang baik itu datang dari Allah, maka ambillah sebagai panduan dan yang salah dan buruk itu datangnya dari diri saya sendiri sebagai hamba yang lemah. Mohon perbetulkan ya...moga-moga perkongsian ini mampu menjadikan kita muslim dan muslimah yang diredhai Allah..aamiin....
Sekian...
Wassalam... 
 copy dari http://azean87.blogspot.com/2012/07/aurat-adalah-kecacatan.html
 

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG

kehidupan ibarat pelangi