Jumaat, Januari 09, 2015

merawat penyakit Cinta Kepada Dunia

Seseorang itu apabila hendak merawat penyakit Cinta Kepada Dunia ini ia boleh menghadirkan satu sifat yg mulia iaitu Zuhud,iaitu hati yang berpaling kepada Dunia.
Mungkin sahaja harta berada ditangan nya,
dunia berada di tangannya tetapi tidak sekali-kali diizinkan dunia itu berada dan bertahta didalam hatinya,
hatinya tidak terpaut kepada dunia,
hatinya tidak terpaut kepada kilauan dan 
juga Ilusi yg akan memalingkan nya daripada Matlamat dan Tujuan ia diciptakan oleh Allah ﷻ diatas Dunia ini.



Maka hakikat dunia ini bahawa dunia ini akan cepat pergi dan Nabi ﷺ mengatakan; "Ketika aku ke Mikraj bersama Jibril as lalu aku menemui seorang perempuan yg sudah tua seperti nenek kebayan tetapi dihiasi dengan begitu Indah sekali maka aku bertanya kepada Jibrail as,wahai Jibrail as siapakah itu?lalu Jibrail as menggatakan; "Wahai Muhammad,itu adalah Dunia,keadaan nya apabila berjalan bongkok dan hampir tersungkur kata Nabi Muhammad ﷺ..Keadaan dunia ketika Zaman Nabi Muhammad ﷺ,Bagaimana jika zaman ini?

Hakikat Zuhud itu bukan hanya sekadar daripada luaran kerana Zuhud mempunyai 'tastes',mempunyai hakikat dan mempunyai buntur.

Seseorang yg meninggalkan kesenangan daripada segi luaran dan sebagainya,itu adalah salah satu bentuk 'form' atau luaran daripada sifat Zuhud tetapi ianya bukan semata-mata sifat Zuhud pada sekadar meninggalkan 'Kekayaan' tetapi ianya terletak didalam hati manusia.
Mungkin shj seseorang itu kaya raya,jutawan tetapi jika ia ingin membelanjakan hartanya maka ia tidak akan berkira-kita kerana hatinya tidak terpaut.
Maka org seperti ini adalah Zuhud dan seorang yg Miskin yg tidak mempunyai kekayaan dan kemewahan,hidup papa kedana tetapi hatinya sentiasa menginginkan Dunia,terpaut kepada Dunia,ia iri hari kepada org yg lebih hebat memberi kekayaan dan  kemewahan dan hati sgt-sgt berhasrat utk menjadi seperti itu maka seorang yg Miskin spt itu maka dia bukan Zuhud kerana makna drp Zuhud yg terakhir itu adalah bagaimana 'Interaksi' hati kita dgn Dunia dan 'Pautan' hati kita dgn Dunia". 

Semoga Allah ﷻ mencabut kehebatan dan juga kecintaan kepada dunia daripada hati kita dan menanam didalam hati kita cinta kepada Hari Akhirat,cinta kepada Kampung Akhirat  yg Allah ﷻ ciptakan Hari Akhirat dan Kampung Akhirat itu utk mereka yg tidak inginkan Ketinggian dan  juga Kesombongan,yg tidak inginkan Kerosakan dan Kepasadan di Dunia ini dan semoga Allah ﷻ mengurniakan kita Taufiq dan Hidayah dalam kita melintasi jalan-jalan diatas Dunia ini dengan penuh Cermat,hati-hati dan berwaspada kepada apa yg telah diperintahkan dan diamanahkan kpd kita oleh Allah ﷻ sehingga kita mencapai apa yg telah dimatlamatkan keatas kita,ciptaan dan kejadian kita..Semoga Hati kita diisi dengan kebesaran dan kehebatan Allah ﷻ dan juga keagungan Hari Akhirat yg Kekal Abadi sepertimana doa yg diajarkan oleh Imam Haddad;


Ya Allah ﷻ
Cabutkan daripada hatiku segala nilai dan juga harga dunia ini,
Dan pecahkan belahkan daripada hatiku segala tempat untuk menjadi kedudukan disisi manusia.
Guru Mulia,Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, Tasawwuf,Darul Muhibbin. 
Catat Ulasan