Nasihat seorang Ayah


Nasihat Seorang Ayah ♡
.
Puteriku,
Fahamilah bahawa penderitaan seorang wanita bukanlah bermula dari rahim siapa kamu dilahirkan. Tapi penderitaan seorang wanita bermula, saat kamu salah memilih seorang pendamping.
.
Kamu, secinta apapun jangan memilih kerana ketampanannya. Sungguh uban dan kedut kedutan akan memudarkan pesonanya di suatu saat.
.
Kamu, sesayang apapun jangan memilih dia kerana hartanya, mungkin kemuflisan atau bahkan kematian akan mencuri kekayaannya.
.
Tapi puteriku, pilihlah seseorang kerana agamanya. Dia yang memilih menyalakan lampu di sepertiga malam untuk bersujud kepadaNya lalu esoknya, dia menghadiahkan senyuman seraya menebarkan bunga-bunga kebaikan.
.
Seseorang yang tidak pernah meninggalkan solat, pasti dia juga tidak akan pernah meninggalkan dirimu.
.
Seseorang yang berkorban demi agamanya, pasti dia juga akan berkorban demi mengukir kebahagiaan bagi dirimu.
.
Puteriku, pada akhirnya kau akan sedar. Lelaki tampan, lelaki kaya, atau bahkan lelaki bergelar raja. Mereka pasti kalah dengan seorang lelaki biasa namun sanggup menawarkan, sanggup menghadirkan syurga di hatimu.
.
Lalu kesolehannya, akan menarik dirimu berlari mesra, menuju taman Firdausi. Sepenuh cintanya.

Caption drpd @dakwahlegend/@missmujahidah

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

kehidupan ibarat pelangi

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG