Pegang Erat

Things are easier said than done.

Jemari lincah bermain punat keyboard. Err tak lincah pun. Kering kontang idea., Tapi,

'moga ada manfaat untuk ummah'

Amin : )

May Allah bless.


***

"Hati manusia ibarat tisu, kalau kita sentuh sikit pun dah cair. Cuma satu benda yang menghalang. EGO."

Couldn't agree more.


***

"I met you as a stranger, Took you as a friend. I hope we meet in Heaven. Where this friendship never ends. :')"


It's the end of 2015. The end of school. But not the end of 'ukhwah'.

***

"A Best Friend , who mentions Allah to you in your presence, and mentions you to Allah in your absence . "





Mata terasa berpasir. Cepatnya... cepatnya masa berlalu... nak dekat tiga tahun dah ni...

the first time we met...

"mai, itu adik awak ke? why so chubby la hahahaha."


***

"qedd, awak ke ajk PPI?"


***

it've been 3 years.

tak sangka secepat ini. kadang aku rasa takut. aku phobia, kalau-kalau kita dah lain kelas, is it we can still be like this? this close? rasa macam tak....but i never wish it will happen. never.

sahabat tu, orang yang tak jenuh nasihat kita. agak kita macam dah tersasar sikit. dia tegur. dia tarik. dia ajak. dia tak jadi baik sorang-sorang, tapi dia nak kita pun jadi macam dia. bahkan lebih baik.

sebab apa?

sebab dia nak kita sama-sama berkawan sampai syurga. though the relationship won't end.

***

"buku apa tu?"


"syamail muhammadiyah.."


"whoaa, bukan buku tu cecah RM80 ke? tengok sikit."

"eh taklah, ini yang lain. tak sampai 80 kut. ayah beli. tatau la. nak baca? bacalah dulu. "

"serious?!"

***

"mai, bidan nabi kita namanya apa eh....baru kejap tadi baca then lupa dah aduss." Tepuk dahi.

"Oh. Syifa' Abdurrahman Auf."

"ok tenkia!"


***

biarlah. tak semua benda kita boleh tahan sorang-sorang. sometimes, kita nak ada orang duduk sama. dengar cerita kita. tengok tangisan kita.

once before, she asked me this.

"kenapa awak kawan dengan kita eh? bukan cantik, kaya pun tak. fatty enough, ilmu pun kureng."

tapi seperkara je yang aku cari.

agama.

kita takkan pernah rasa kurang bila kita dekat dengan Tuhan, Allah. Dalam hidup, we only rely on Allah, and somebody who reminds us about Allah.

Itu yang penting.

Tapi jangan pernah lupa.

Dalam 'mencari' sahabat. Kita pun perlu 'menjadi' sahabat.

Yes, it's hard kot tetiba nak ajak solat awal, baca mathurat pagi petang, suruh cover tangan dengan handsock. pulak tu suruh pakai kopiah and baca kitab albi nadak ke hadis syarah 40 imam nawawi ke suruh khatam pulak tu ! Heh.


Bukan mudah...


Tapi tak cuba, mana tahu kan? Kena yakin dengan diri sendiri. Even sedikit mana pun rasa yakin tu kena cuba jugak!




Cari sahabat baik, tapi dah cukup baik kah kita ni?

Lokek. Kawan minta pinjam 1.00 je pun nak beli air sekotak. tu pun kedekut tahi hidung dia.

Kawan minta tolong ajar maths yang tahap putus fius plus putus arteri pun kita lebih prefer baca novel atau join kawan 'makan daging'.

Kawan terambil pembaris masa PSV tadi kononnya sampai esoknya tak pulang pun dah buruk sangka, dah lepas marah tak tentu hala. padahal kawan tu ada sebab. dia bukan sengaja ke apa.


that's it.

belum cakap pasal ithar. (berkorban..)


sanggup ke teman kawan pergi library nak pulang buku padahal time tu rehat orang lain dah berpusu-pusu terjah kantin and koperasi ? Sanggup tak makan demi kawan?

Atau..

Contohlah kita cuma bawa Sehengget pergi sekolah, mak tak bagi lebih kan pagi tadi nak rushing sangat. Dahlah kempunan nak beli Nugget seringgit dapat dua. Tetiba kawan kata dia tak bawak duit. Paginya dia tak sarapan then dia minta pinjam? Mana diutamakan? kawan ke perut?

kalau suruh aku jawab memang aku jawab Perutlah en aherher.


See. Even ibadah ceni macam pun kita tak boleh lepas. Allah.. *nangis*


Sedangkan serendah-rendah tahap ukhwah iaitu sangka baik pun aci taram je. Kadang ye kadang tak. So, sebenarnya apa definisi so called 'ukhwah fillah' kita tu.


Belum lagi bincang pasal keburukan kawan. Jaja apebenda buruk kawan tu kat orang lain. Ngumpat lah apelah. Padahal kawan tu ada je tanam hasrat nak ubah diri, cuma tader siapa bimbing. Bila dia nak buat kebaikan, kita sangka buruk. Habis semua orang pandang buruk kat dia. Tak ke rasa sikit berdosa bila kawan tu berpaling tadah? Kembali pada maksiat dan tinggalkan kebaikan?


Astaghfirullah.


***


Bukan semua. Tapi hampir semua. Kesian kan? Kalau orang bukan Islam tanya kenapa Muslim jatuhkan sesama sendiri nak jawab apa haaa? Kalau jawab hidayah tak sampai seru lagi agak-agak boleh tak? Aci kena gelak jelah jawabnya.


*smirk face*


***


***

tak terlalu lambat nak jadi baik. orang yang baik itu diingati, didoakan, disebut ketika di dunia dan jika sudah tiada.

indeed it;s a yes sebab memang kita hidup bukan untuk ada so called followers yang setia ikut apa kita buat tapi kita kena ada orang yang doa. kena disenangi masyarakat setempat. kan ke hablumminallah , hablumminannas?

'nak jadi baik, baiklah dengan semua orang. ihsanlah even pada binatang. jangan hukum yang belum baik, tapi bantu mereka, doakan mereka. syurga kan luas? :)"

no one is perfect. tiada orang yang tiada kekurangan. tapi kena pandang kekurangan tu sebagai stepping stones untuk kita perbaiki diri. bukankah nabi ajar,



"islah nafsak wad'u ghairak?"

"Perbaiki diri kamu, DAN seru orang lain."



Means, at the same time, kena ajak orang lain jadi baik jugak. Contoh senang, family sendiri, so called sahabat then konferens a.k.a usrah sendiri.





Allahu Akbar.

Sekali lagi saya seru, pegang erat tangan sahabat kamu. Andai dia jatuh, ajarkan kembali erti kuat, Tegaskan padanya, Allah ada. Di setiap langkah.


Jalan ni bukan mudah kalau self-spirit kita still at the low esteem. Kena kuat. Untuk diri sendiri dan orang lain.

Hidup kita, kita sendiri yang corakkan. Sama ada jalan hitam suram atau cahaya terang benderang. It's a choice that you have to choose it for your own. Untuk diri sendiri.

Till then, semoga ukhwah kita bukan sekadar nama, bukan sengaja diletakkan fillah pada akhirnya.
Tapi, sampai syurga.

Hold on. Pain ends.

HOPE.

Berharaplah pada Allah. Even yang terlintas di hati pun Allah dengar.

Adios. sahabat.

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

kehidupan ibarat pelangi

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG