memoris manusia.yg selalu bersahaja

Bismillahirrahmanirrahim..
. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... 

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.
Embedded image permalink



Hari hari buka whatsapp. 
Skrol skrol.
Balas chat. 
Hu ha Hu ha kejap kat group.

Tekan back.

Buka wechat pula. 
Skrol skrol. 
Like like. 

Tekan back. 

Lepas tu cari instagram pula doh. 
Tekan lambang kamera coklat tu. Sama juga. 

Skrol skrol skrol. 

Kalau perempuan sibuk dok nak stalk ig mamat mamat hensem.
"Eh abang, sem nye"
"Awaa tita tak kuad :flushed:
"Ah cair tengok lengan sado!" 

Kalau lelaki pula, skrol skrol skrol. 
"Eh cantiknya"
"Fuyoh mata diaaaa, kalah pelakon hindustan" 
"Mak ai, body model" 
"Can u be mine, dear?"

lagi teruk ada yg komen berbaur 18sx siap tag geng2 dia pula. 

Korang tak sedar ? 
Kejadian ni berlaku dalam kehidupan seharian kita. 
Sepanjang hari, setiap masa. 
Manusia sekeliling kita. 
Kiri kanan kawan kita buat benda yang sama. 

Dan, tak mustahil KITA SENDIRI YANG BUAT. 

Memang Pencipta kita yg Maha Kuasa ciptakan kita untuk tahu macam mana nak jadi 'hotsentapapineraka' kat semua laman sosial ka? 

Atau kita sendiri lupa, yang kita dilahirkan dengan satu tujuan. Satu matlamat penting. Yang dulu sebelum kita lahir di dunia. Kita sanggup pikul satu AMANAH berat kat bahu kita. Hingga gunung ganang yg besar gedabak tu pun tak sanggup nak pikul. Semua makhluk dunia tak sanggup nak pikul. Kecuali kita bergelar manusia. 

Adakah kita sudah lupa? 

Eh ya, aku lupa la weh. Apa la amanah berat tu weh? 

KHALIFAH 

Kita dilahirkan untuk jadi khalifah, untuk jadi orang yg junjung dan sebar agama tercinta, Islam. 

Tapi sekarang? Take a look around you. What happen? 
Or maybe, kita perlu tengok diri sendiri. Dan tanya pada diri. Pada hati. 

APA GUNA AKU LAHIR DIDUNIA INI SEBAGAI ISLAM ? 

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

kehidupan ibarat pelangi

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG