Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Jumaat, Februari 19, 2016 | Februari 19, 2016 | 0 Lovers

��PASAR MALAM, DAN PAKCIK BUTA

Malam rabu, malam kebiasaan untuk manusia berkiri kanan di pasar malam.

Havoc.
Bukan setakat havoc dengan manusia yang sedang berjalan. Tapi havoc juga dengan peminta sedekah jalanan.
Kalau tidak menyanyi, pasti bersama sebekas tisu muka.

"Kau jangan sedekah kat pakcik tu! Sebab duit bukan pakai kt dorg. Duit akan masuk kt orang yang tinggalkan dorg kt sini. Kalau kau kasi, nanti kira kau subahat dengan sindiket diorang"

Ah! Lantak lah dengan hidden agenda dan sindiket apa yang orang bilang.

Bro, kalau kau takut sangat nak infaq duit, infaq senyum pun dah boleh buat orang gembira. Ni kau jalan laju mendepang dada macam taknampak manusia di bumi. Kau tapau 5 plastik buat makan anak bini yang kat peti pun banyak lagi isi, singgit nak kasi pun rasa berat hati?

Jujurnya, aku bukan spesis kasi duit kat pakcik dan makcik di jalanan. Sebab aku memang dilahirkan dengan sikap buruk sangka sikit. Jadi, apa yang aku buat,

"Bang! Nak apam balik 4ringgit. Bungkus 2 keping setiap plastik. Tapi, ada 1 plastik yg ada 4. Hihi."

Datang dekat pada pakcik yang sedang menyanyi, "pakcik, ini ada sikit makanan. Buat makan dengan makcik nanti ya :)"

Datang dekat pada pakcik tisu, "pakcik, minta maaf. Ini sahaja yang saya mampu kasi. Pakcik makan ya :')"

Alhamdulillah. Itu menjadi rutin setiap rabu. Sebab aku cemburu pada Rasulullah yang dimaki si buta sewaktu sedang menyuapkan roti padanya. Aku cemburu. Jadi, aku cuba untuk tiru.

Tak mampu banyak, kita buat sikit. Buruk sangka? Ah, buang jauh. Kau buat apa yg boleh pulihkan wasangka kau. Tajdid niat!

Masuk kereta, tuan kereta kata,
"Weh, tadi aku nampak pakcik jual tisu tu makan apam balik. Tak tahu sape yang bagi. Nampak selera sangat pakcik tu makan. Lapar sangat rasanya. Tapi, aku rasa nak nangis sebab aku perasan, air matanya menitik :'( aku tak pernah terfikir nak buat macam tu T_T"

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah. :') biar tangan itu terus menjadi satu rahsia.

Senyum. Bahagia.

#PilihCaraMati
#Chonteng
#BukanAnekdot

-Rain-

Label:



0 Ulasan posted :