Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Julai 07, 2012 | Julai 07, 2012 | 0 Lovers



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.


Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”





Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung

“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”


“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)



Khamis, Julai 05, 2012 | Julai 05, 2012 | 0 Lovers

KATA HATI 1
                                              
Dalam mengharungi liku2 kehidupan , adakala diri kita akan terjatuh.  Tidaklah semestinya diri kita berada di rangkin pertama didalam setiap ujian , ALLAH SWT berikan ujian kepada kita hanya untuk menguji keimanan kita terhadap nya , apakah kita bersedia menghadapi nya atau sebaliknya ia terpulang keatas diri kita mencorak kehidupan kita yang terbaik atau tidak  , perjalanan kehidupan tidak seperti di alam novel mahupun dialam fantasi tetapi hakikatnya ia adalah reality dalam kehidupan tidak seperti kita melihat di kaca TV ataupun cerekarama , mereka hanya berlakon kan semula , padahal segalanya yang  ada di alam ini itulah di namakan alam kehidupan ( alam bilha`yah) .
 Dan di dalam kehidupan itu ada seribu cerita yang harus aku tempuhi, ada kala nya ketawa, kesedihan, semuanya bermain perasaan  semua itu aku perlukan  keimanan kepada nya. keimanan kepada yang maha ESA .  
Dalam ku mengejar impian, ada seribu kesusahan dan kepayahan. keteguhan hati perlu kuat dan tabah , kecekalan hati serta jiwa turut bermain dengan seribu perasan ,
Tika itu datangnya  perasaan yang ada setiap insan yang merinduinya , insan mencintainya , insan yang ingin mendapat kebahagian serta kasih sayang dari Nya.  ia adalah cinta , cinta ILAHI yang perlu ku dan jua kalian mencarinya , walaupun ia sukar seperti  yang aku tuliskan 
Cinta bagaikan panahan dari busur pemanah
mungkin jua cinta itu seperti buih dilautan
ataukah menjadi air tidak bisa dicincang
Namun siapakah yang mampu meleraikannya
Cinta kerna ALLAH..
 Mahabah illallah…Kalimah yang sering ku kedengaran dan sering jua dilakarkan dalam penulisan .
       Dalam karangan ABU MUSLIM AL KHAULANI  berkata  “orang bercinta kerana ALLAH berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya .” abu muslim menyambung kemudian aku keluar hingga bertemu ubadah bin al-samit ,lalu aku menyebut kepadanya hadis mu`az bin jabal , maka ia menyatakan nya
“aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada tuhannya yang berfirman
cinta ku berhak orang yang bercinta kerna ku , cinta berhak orang yang saling  tolong menolong kerna ku , cinta ku berhak untuk orang yang berkunjung kerna ku , orang yang bercinta kerana ALLAH  berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya .”
                yang jelas manusia itu perlukan cinta dalam mencintai  dan dicintai dalam kehidupan , aku kuatkan lagi dengan firman ALLAH “ katakanlah jika kamu mencintai ALLAH  maka ikutlah aku nescaya ALLAH mencintai mu dan mengampunkan dosa –dosa  mu  , ALLAH  maha pengampun lagi maha penyayang .”Apakah seruan itu hanya untuk cinta kepada ILLAHI atau cinta kepada sang pencari cinta.

                                         
 IMPIAN 2- memori –

Bingkisan ini ku lakarkan untuk tatapan semua .
         semoga diperolehi  barakah darinya .

Paling ku cintai
Ummi < BONDA>  yang lahirku serta membesarkan ku dengan penuh kasih sayang 
RASHIDAH BINTI HJ SAAD
Yang ku sayangi
Abahku < AYAHANDA> yang penat lelah mencari rezeki buat ku dan adiku yang lain
 MUSTAFA BIN HJ ABDUL SAMAD
Paling ku kasihi ..
Adik Beradik ku
        SITI ASMA` MUSTAFA, SYATIRAH , MOHD ABDUS SALAM , MOHD ABDUL BARR ,
            MOHD ABDUL JALIL , MOHD ABDUL HADI , DAN YANG TERAKHIR IALAH ADIK KECIL KU  MARIAH .

Paling ku hormati .
Tok wan ku ABDUL SAMAD BIN HJ ABDUL HAMID
Tok mama ku SITI AMINAH 

Yang terakhir – untuk sahabat ku yang berada diseluruh pelusuk dunia .
dimana kalian berada ingatlah ukhuwah itu adalah yang terindah buat kita                                                              semua . Tanpa kalian mungkin aku tiada diatas jambataan menuju cinta illahi.

UNTUK PERHARGAAN YANG TERAKHIR BUAT SEMUA – Ketahuilah hidup ini hanya sesingkat masa . Andai masa itu bergerak laju kita tak akan dapat kejar nya . Anggaplah apa yang berlaku hanya lah menguji keimanan kita semua .

Bab 1
                                  
                          Malam itu terlalu gelap dan tiada cahaya memantul ,
hati ku pula kerungsingan memikir satu permasalah . sambil tangan ku menaip sesuatu dihandphone ku  dan mesej ku dihantar untuk seseorang yang aku sangat –sangat  mencintai nya dan menyayanginya
Text Box: salam ibu .. malam ni arisa tak boleh tidur teringat kan ibu …..
 







malam itu juga  akibat pulang dari program ku .aku terus menarik gebar dihadapan ku dan menutup seluruh badan ku .

“arisa!.”

kedengaran suara dari luar pintu , kakak senior ku , kak Hasni  aku memanggil nama panggilan nya buat pertama kali aku melangkah kaki ku ke teratak ini

“ye kak hasni..” nak rehat kejap , boleh tak ? .”

suara ku kedengaran dan ada sahutan dari kakak senior yang lain ,

apa ni malam-malam  bising dah ? .” kak Ayu menyambung , mungkin jugak  kak nony tengah mentaalah madah-madah untuk esok harinya . Ukhti ayu kuat orang nya . Tabah dalam segala ujian .  Mungkin kerana dia lahir dalam keluarga yang bersederhana .

 yelah ,..bising tau .” kakak Husna  mencela .
aku  bingkas menuju ruang dapur berhampiran bilik kak senior aku .

dah bangun wahai puteri arisa .” aku menguap dan tangan  kak ayu dengan pantas menutup bibir ku .

kak ayu ..sayang  terima kasih .”

sama-sama adik arisa ..”  di teratak ini aku memanggil nama mereka dengan panggilan yang terbaik biar ukhuwah itu berpanjangan. mungkin kerna ku benar mencintai mereka .
                    
aku menyayangi mereka seperti aku menyayangi diriku sendiri . Entah ku rasa seperti berada di kalangan bidadari syurga ketika memasuki teratak ini .Patutlah ia dinamakan “teratak saadah hasanah”  kerna itu jua  aku terasa bahang  ukuwah itu menjalar di darah ku .

“er , pergi  mandi ..busuk .” arah kak hasni sebagai amirah dalam rumah ku .”Ye baiklah  kak hasni  tersayang .”
“Ah !” sudah dia main sastera pulak .”
Kak  Norma  menyambuk. Tercetus hela tawa antara aku dan mereka.

Malam itu aku seperti mahu mencari sesuatu dialam maya .lantas  tangan ku dengan pantas menekan yahoo messenger di laman kegemaran ku .
 Dengan secara tidak sengaja .seseorang yang aku amat mencontohi nya sebagai seorang penda`ei   dan juga sebagai mas`ulah halaqah ku ketika berada luar dari kolej ku
 Membuzz – aku  secara mengejut ..

Marlisa98: Salam dik arisa
Arisa91: wasalammualaikum …yer kak marlisa
               Sihat ke?
Marlisa98: Sihat, alhamdulilah ala ku li hal,   ada apa –apa ke?
Arisa91: ana rindu sangat ukhuwah antara akak dan ana.
Marlisa98: yeke…ada seseorang yang kirim salam dekat anti
hatiku semakin rencak menari dan terasa dentungan di dada kian berkocak , mungkin tertanya siapa orang itu , aku membuzz kembali
Arisa91: erhm…sape kak ?
Marlisa98: mama mashitah .

Dengan serta merta hati ku berkocak  dengan kuat . Terasa hampir tercabut jantung ku .
mama mashitah , nama itu sering aku mengingati .dia ialah ibu angkat ku ketika aku berada dalam program anak angkat seuniversiti .



Arisa91 : ya ALLAH dah lama tak jenyuk rumah mama kan
Marlisa98; ye ..kak tau dik arisa sekarang buzy kan , takpe lah akak kirimkan  salam adik kepada mama ya , akak nak out ni ,

 aku kembali sign-out account yahoo messenger  ku dan menutup laptop aku , malam itu aku tidur dengan keringat airmata kerna rindukan ibunda yang tercinta .
Yang jelas hidup ku kini bergantung atas tanggungan dari kakak senior ku, terasa serba salah hati, tak kurang tu aku secara mendadak dengan tiba-tiba aku memarahi mereka tiada sebab aku melenting. Mungkin juga iblis menganggu ku . Dengan serta merta aku berpaling dan memeluk tubuh seseorang dihadapan ku .

Kak Norma  !”

“Ye ..Akak tau anti letihkan jadi anti terpaksa.” pujuk kak Hasni meredakan .entah apa gangguan yang menganggu aku selepas aku pulang dari  universiti . malam itu sahabat ku menemani ku  sehingga pagi menjelma. .

“Selamat pagi , sobahunnur .”  sapa sahabat ku ifah atau afifah , sekuliah dengan ku .
dah sihat ke putri ? , selagi lagi dia berseloroh . aku  bangun memgibas tempat tidur ku dan tersengih melihat telatah dia .

kenapa buat muka macam tu  tak cantik lah , nanti tak ada orang  suka tau .” dia mengarah kearah ku .

biarlah tak ada orang pun .” ku mencubit bahu kanan nya .Dia terjerit sedikit tidak pun dia menutup mulutnya takut kakak senior mendengar . dia tempat ku luahkan rasa kekadang jika aku dilanda masalah dialah yang membantu dan sebaliknya jika dia didatangi masalah ku cuba menyelesaikan . begitu kuat ukhuwah aku dengan nya . tanpa kusedari airmata ku membasahi pipiku . sapu tangan berwarna biru laut aku mengilap pipiku tanpa disedarinya .

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)


 Arisa terus bermain dengan ayat-ayat tentang ukhuwah . 
Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.
Tunjang ukhuwah menuju cinta kepada ILLAHI , ku memegangnya sebagai azimat untuk ku .
pagi itu dengan hati berbunga aku meyelami wajah mereka dengan ketenangan tidak lah aku cuba merosakan pagi yang indah itu . aku memeluk tubuh akak hasni , Afifah Nor , Ayu dan  Zuraida ,  suziana dan sahabat ku afifah .

kenapa lah dengan puteri ini ?.” panggilan manja kepada ku ..renungan mata dari  K.afifah terasa gerun
tiada apa –apa , kak   .” pagi ini ana nak manja dengan akak senior takut tak sempat pulak .

“hey.”
kak zuraida  ,dari tadi berdiam sepi tiba-tiba menegur minda ku .
“klong ada masalah ke ? .”Tanya kak zuraida , walaupun dia bukan jurusan agama namun aku menghormati dia sebagai kak yang paling tua dalam teratak ini .

ye kak ida , kenapa ? .”.Panggilan khas buat kak ida kemudian  ku menyoal kak zuraida  yang masih bersuapkan nasi lemak yang ku baru membelinya tadi .

“seperti mahu pergi jauh je .” ku terpana . ku ingin merahsiakan tentang itu . biarlah mereka tahu akan perisitiwa semalam tetapi bukan akan rahsia ini .

“ah`ha ..arisa mahu pulang ke kedah nanti  ”.Aku menguap sedikit dihadapan senior ku dan junior ku .Mereka terus ketawa terbahak-bahak .

Tak mau berhenti ke ketawa tu ?” ku mengalih tubuh berarah ke Dapur..

“Oh nak balik kedah awat tak habaq dekat kak sama boleh tumbang sekali ”  Kak Suziana mencela . aku hanya mengangguk sahaja .

“Kalau macam tu kak su habar kat klong bila kak nak pi kedah “ akak Su mengangguk kemudian habis kan sisa –sisa makanan .

Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27). Sayyid Qutb di dalam tafsirnya 'Fi Zilal al-Quran' menjelaskan bahawa Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah). Oleh itu, berbelanja secara berlebihan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir.



“puteri cepat makan , nanti terlambat pulak .” arah kak  Ayu .aku dengan tergopoh gapah menghabiskan sisa-sisa makan tu . ku melerik jam ditangan ku ternyata  jam ku menunjukkan sudah terlewat untuk sesisi kuliah pertama ku . “ya ALLAH ..ifah cepat –cepat , kita dah terlambat lah .”
aku menjerit memanggil afifah dari bilik ku .“ana dah keluar ni .” afifah menyahut panggilan ku  . bergema rumah sewa ku dengan gelak tawa dari kakak senior ku ”tulah , tadi dok sembang sakan , la ni baru kalut .” akak Husna berseloroh dengan bahasa ibunda ku . aku mencebik muka kearahnya .

Dengan berhati-hati ku membawa kereta viva ku dengan cermat kerna disebelah ku adalah sahabatku sebagai matahari . Menunjuk arah kepada ku . Agar aku tidak tersungkur . Tiba disimpang kanan kereta ku pandu terus membelok ke banggunan fakulty sahabat ku dan memecut ke luar  menuju parking kereta  , tempat pertama singgahan ku makmal perubatan dan klinik Doctor Amirah Baharuddin  dan ku menunggu di bilik penunggu . seorang wanita berpakaian serba putih dan bercermin mata tanpa bingkai , dia perlawa ku memasuki , aku melangkah masuk dan berhadapannya .hanya dia sahaja yang tahu rahsia ini .

“Maaf bagi kamu tunggu.” doctor muda itu meletak cermin mata nya diatas meja dan mata nya bertembung dengan ku.
Aku hanya tersenyum sahaja .

“baiklah, mari kita mulakan memandang kamu lepas ini ada kuliyyah kan .” ku hanya mengangguk sahaja.

Selesai pemeriksa, doctor tu memberi ku satu fail berisi maklumat tentang penyakit ku .

“Lepas ini kamu mesti bawa kan Fail ini kepada doctor Hairi  di hospital besar tu .” ku memgambilnya dan meminta diri .

Hanya beberapa saat ku tiba di tempat kereta dan meletakkan fail tu di belakang boned kereta . ku terus menuju ke kulilah ku.ketika itu seorang pensyarah muda dan aku barangkali tidak memgenalinya dan hanya ku tepandang wajahnya bergerutu.

“awak !, kenapa awak datang lewat.” Tanya pensyarah tu .wajah ku merah padam , menahan malu teramat sangat .

“maaf professor ,  tadi saya ada hal .” ku menjawab tersekat suara ku tidak bisa keluarkan . saat itu jua ku terlihat wajah seseorang yang melihat ku

“baiklah , awak boleh kembali ketempat awak , lain kali jangan ulanginya .”

ku kembali ketempat ku dengan perasaan malu .inilah kali pertama ku dimalukan dihadapan sahabat sekuliah ku .

Anti pergi mana ?.” Tanya afifah melihat wajah ku ,dia tahu disebalik wajah yang dilitupi dengan purdah dia tahu bahawa ku tidak pernah berada dalam keadaan seperti tadi .

Ana..Pergi berjumpa dengan doctor amira.” ku menjawab tersekat2.
anti sakit ke ? dia kembali bertanya , saat pensyarah melihat wajah ku tertunduk .

awak! .” sekali lagi aku seperti terpana .ku dengan bingkas bangun  dan menghadap kearahnya
ape nama awak ? dia kembali bertanya . aku dengan kaget menjawab dengan tenang .
arisa !.” kalu awak sakit boleh berehat di ruang rehat .” nada dia berbicara kelihatan rendah sekali tidak seperti tadi
Kawan awak disebelah boleh teman kan awak .” dia mengarah afifah bangun bersama ku .afifah melihat ku dengan kebinbungan . Tidak lagi sahabat yang lain mereka mengetahui akan aku hanya demam biasa bukan rahsia itu .

Ku berjalan keluar dari kuliah itu dengan langkah lemah , tangan ku dipimpin oleh afifah . ku melihat wajahnya sungguh merasa simpati terhadap ku “.maaf sahabat kerna terpaksa membohongi .”
Daun pintu bilik rehat di tolak dengan perlahan dan tubuh ku terasa berada di atas tilam yang empuk, saat itu aku menyebut kalam ALLAH . Hanya afifah yang mendengar bisikkan kecil tu .hanya dia sahaja.
“anti ! ana keluar dulu ye.” ku mengangguk kepala ku , terasa pinar di mata dan aku kembali ke alam mimpi . aku dibisik dengan kalimah ALLAH dan . mendengar sahabat ku memanggil nama ku . ku membuka mata ku  , Rupanya bukan sahaja afifah bersama ku malahan kak senior ku semua nya berada bersama ku termasuk pensyarah tadi .

     “bagaimana dah bagus ?.” Tanya pensyarah tu
      “dah  tersangat bagus terima kasih pensyarah .”
ku memgukir senyuman di wajah pensyarah wanita , baru ku tahu yang dia baru sahaja di pindah kan kesini . salah ku jugak kerna pergi lewat .Dia sebagai ma`sulah ku dalam usrah dan halaqah ku , Perkenalan ku ditambah lagi dengan kedatangan anak2 lecture tu . Wajah mereka seiras dengan nya  dan tangkas dalam pergaulan . Pasti mereka diajar dengan didikan sempurna dari lecture. Namanya mashitah sama seperti nama ibu angkat ku keringat aku ditambahkan kenalan dari pengalaman ku baru mengubah segalanya .
cinta ibarat spt pohon yang rendang yang tumbuh dari akarnya kemudian menjelma daun2 menutupi ranting2 kering. begitu jua ukhuwah kerna bermula satu perkara menjadi perkara yang terbesar dalam kehidupan nya . akarnya spt iman daunnya spt takwa kedua itu perlu dalam kehidupan
mungkin ini adalah cinta
cinta yang diukir dari liqa mahabah ….ya aku yakin tentang itu .

Tiba-tiba wajah itu seperti berada di minda ku
ya ALLAH sisihkan ia , jangan engkau biarkan aku  berada bukan seperti yang engkau inginkan .
Ya Rabbana,
Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir
Dikala aku sedang mencari-cari cintaMu
Mengapa rindu ini harus ada
Saat hatiku sedang cuba untuk merindui syahid di jalanMu
Mengapa mesti aku berharap pada cinta yang tak pasti
Sedangkan Kau harapan yang patut aku sandarkan..

ku terus menuju ke bilik air dengan perlahan
  menahan sakit di dada ..hanya malam itu diantara ku dan jua pencipta . hanya ku dengan nya .
Dalam sujud ku , ku bemohon  semoga ku memperolehi sesuatu yang berharga buat ku .
Ya Rahman,
Mungkin inilah ujian untukku dariMu
Sebagai kiffarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan
Mungkin inilah juga dugaanMu
Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa
Walaupun aku sedar
Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redhaMu..
…ampunkanlah segala dosa dalam diri …

disebalik tubuhku yang diselaputi dengan kain yang indah , mungkin kain yang aku pakai menjadi kain yang terakhir bagiku . ku mengagahi beristikarah dihadapannnya , mudah-mudahan ia memberi petunjuk buat ku . aku yakin akan

kecintaan terhadap ya rabbul izzati . 

 1) aku dan program dan cinta  

pagi itu dengan hati berbunga , aku dan afifah terus menuju ke destinasi pertama ku iaitu rumah ALLAH .terasa tenang dan damai di jiwa ku , ketika itu program ku baru berlangsung mereka membuat keputusan bahawa masjid sebagai medan dakwah untuk bersama menimba Ilmu , kesibukan ku tidak menbuat ku leka tetapi membuat hati bertambah yakin akan cinta dari ILAHI .  ku mengasihi setiap hamba yang datang berpusu2 menjejaki kaki mereka untuk mengambil ilmu sebanyak yang mungkin .

 tambahan pula, ketika itu  terlalu ramai anak muda yang ingin mengambil ilmu disitu , justeru itu mereka membuat keputusan hanya mengadakan program disetiap rumah ALLAH .Sedangku leka dengan mahabah syababal-islam , teman ku mengetuk aku dari mimpi   

“arisa ! .”
“ana fikir inilah yang terbaik untuk anak muda ni .”
aku akui ini program pertama aku dan sahabat ku anjurkan .

“Ya, ana fikir macam tu juga mungkin dengan cara ini .kita dapat menghadirikan hati mereka mencintai ilmu agama “afifah tersenyum mungkin kerna dia terlalu asyik dalam mengikuti ilmu agama .Aku bahagia
Teramat sangat dan kerana  teman ku sentiasa bersama ku . Kalau tiada mereka bermakna program ini harus ku gilap lagi .


HATI YANG INGIN MENCINTAI AGAMA ALLAH
 DIPERLIHARAI  OLEHNYA .

Benarlah sabda NABI MUHAMMAD SAW
“Barangsiapa yang menolong orang yang ingin menuntut ilmu ia akan mendapat syafaat di akhirat dan sabda NABI lagi “barangsiapa yang sayang kasih orang yang menuntut ilmu seolah ilmu ia menyayangi NABI MUHAMMAD SAW.
Kasih sayang terhadap orang yang mencintai ilmu banyak ganjaran yang di beri. Simpannan yang kita keluarkan bagi orang yang menuntut ilmu balasannya. Anak bidadari (dikalangan anak bintang dilangit) hurulain.
       Sabda NABI MUHAMMAD SAW
 “Siapa dikalangan kamu menolong orang yang  menuntut ilmu dijalan ALLAH, dia dilepaskan daripada azab neraka.
Dan sabda NABI LAGI
“Apabila mati orang yang menuntut ilmu ALLAH, Diampunkan dosa-dosanya .orang yang berjalan mencari ilmu ALLAH dimuka bumi, bumi langit serta kehidupan didunia akan berdoakan kesejahteraan nya.

Berpuluh2 hadis Nabi dan ayat ALLAH SWT yang menceritakan keistimewaan bagi orang yang menuntut ilmu ALLAH dimuka bumi, ku pernah dikhabarkan tentang keistimewaan akan orang yang menuntut ilmu, ya, tidak dinafikan murrabi ku di mahaad (MTID) ada mengatakan akan keistimewaan ini.

Katanya “ketika hamba ALLAH yakni pencari ilmu keluar dari tempat tinggalnya tujuannya hanya mencari ilmu ALLAH, maka ganjarannya syurga baginya dan dia menyambung lagi “ malaikat akan mengibarkan sayap nya dan mendoakan akan keselamatannya  sepanjang ia berjalan sehingga tiba didestinasinya .
Begitu CINTA dan KASIH  ALLAH mengasih orang yang pergi menuntut ilmu , orang berjihad dijalan ALLAH ialah orang yang pergi mencari ilmu ALLAH .
Bagiku jua begitu moga KU mendapat kelebihan daripadanya ..amin ya rabbi ..
mungkin ini adalah perjuangan ku ,ALLAH memilih ku berada
diatas perjuangan ini .seperti  perjuangan  RASULLULLAH SAW .






 perjuangan terlalu pahit mungkin jua perlukan  sa`at utk melaluinya . jika ku yakin dengan janji ALLAH PASTI KU   MENDAPAT NATIJAH NYA .
MY UMMAH  satu lagu nasyid diantara menjadi sebab aku terjun didalam medan ini . ia menceritakan tentang perjuangan RASULLULLAH SAW keatas hambanya .
my ummah he will say
Rasullullah one the day
even though we`re strayed
form him and his away
my brother my sister
islam lets stunggle ,work and pray if we are to arise baek the glory of his way

Tengah berangan ye ..budak permpuan tak baik berangan tau nanti cepat tua ..usik afifah yang sibuk mengemas kini akan tentative bagi program tu .

“anti .!!”
.aku mengeleng
“ mana ada ana berangan tu ha ana tengok gelagat kakak senior kita beraksi ..”jawab ku bersahaja
“tengok kakak fesi ke atau kat tempat lain , jaga2 tau mata kita tu .”
afifah berseloroh tetapi nasihat nya tegas apabila didengari .aku terkejut afifah berkata seperti itu .
“astaqfirullah ..anti , ana faham nasihat anti .”
“dah faham bertanya pula.”
aku dan afifah  bergelak tawa  sehingga akak senior memberi isyarat kepada ku . Bahagia hati ku selepas terkena nasihat dari sahabat ku sendiri .

 SAHABAT
Terima kasih atas segalanya ,
bukan mudah membiarkan
bibirmu ketawa bersama ku .   
Friend is a sohabti il jannah  
take care her like we`re take CARE we self  

 2) Kini datang nya cinta kepada ku?
cinta atau al-mahabah iaitu kasih sayang , Al-mahabah ibarat seperti tenang nya lautan tiada gelora yang melanda .seperti  jiwa seorang setelah mengadu kepada kekasih nya ,
      suatu saat pasti setiap hamba ALLAH akan melaluinya ,mungkin tidak seperti  aku . ALLAH memberi ujian kepada aku , sungguh aku tiada ku duga melainkan hanya aku benar-benar dalam mencintai nya . suatu ketika ku diberikan ujian iaitu ujian ku akan hati ku sendiri . ALLAH menguji ku akan cinta aku kepada nya . .
hari itu hanya berdiam dan berpura-pura tiada apa yang berlaku , hanya tersenyum apabila mereka bertanya dan selebihnya aku menjawab dengan bersahaja . Biarkan aku menanggung ujian ini bukan kepada sahabat ku atau kakak senior ku. ku berpura-pura dihadapan mereka

arisa ! jom makan , akak dah sedia makan  malam , . “ ajak akak Afifah Nor  sambil menaip sesuatu dihandphone nya . baru ku ketahui bahawa kakak senior aku mempunyai adik yang umurnya sebaya dengan ku kelas nya sama dengan ku . tanganku  mengetuk kepala ku sendiri mungkin kerna lupa . setiap manusia tidak lari dari sifat lupa iaitulah nasihat dari afifah yang sebenarnya boleh menjadi penasihatku .

 arisa ! panggilan kedua dari kakak afifah nor  .Dengan lemah longlai aku meneruni anak tangga sambil tanganku dipaut oleh kak afifah nor .aku mengeluh dan menarik nafas . Dihadapan meja makan hanya sedikit sahaja ku sentuh tidak seperti selalu , Dikalangan kakak senior ku hanya kak jibah sahaja mengetahuinya , Dia melihat wajah ku dengan kerutan didahi ..
ku dikhabarkan oleh ma`sul aku tentang seorang rijal . pada mulanya aku berdiam sahaja mungkin kerana rijal itu juga dari organisasi sama dengan aku dan menjadi buah mulut diantara pelajar disitu. ku benar2 keliru , mahu aja menangis seperti keanakan kerna kehilangan cinta dari maha esa .itu ujian untuk hati ku . Malam tu ku  menangis dihadapan kakak senior ku  hasni .Dia hanya berdiam dan  menenangkan aku. kesian kak hasni terpaksa  layan kerenahan ku . 







Ya Rabbul 'Izzati,
Teguhkanlah hatiku ini dengan kubu keimanan
Untukku serahkan cinta ini hanya padaMu
Untukku salurkan rindu ini hanya buatMu
Untukku sandarkan harapan ini hanya untukMu
Untukku mudah menggapai pohon redhaMu
Agar aku sentiasa mendapat belaian kasih sayang dariMu..



Assalamualaikum..asiffun , anti min kuliyyah usulddin .” Tanya salah seorang dari dua syabab yang berada tidak jauh dari ku , mujur ketika itu ada afifah temani aku .

“na`am , limaza ? .”ku berbahasa arab oleh kerana syabab itu mulakan dengan kalam arabiah .

“ehm…..to the point ok .”.sampuk syabab disebelahnya .ku kira aku kenal syabab yang memakai cermin mata .dia hanya tunduk sahaja .aku menjadi pelik  melihat syabab tu .

“begini ., untuk program yang seterusnya kalian berdua boleh join sekali tak ? .”

“insyaALLAH ..ana akan ikut serta tapi sebelum tu ana nak minta  sesuatu ? .”aku meminta untuk lebih mudah dalam gerakan kerja aku .

mereka berdiam sahaja  , ketika itu syabab itu mengangguk mungkin beri isyarat bagi aku . afifah dengan cepat mencela .

“macam ni , untuk program yang seterusnya kami bagi muslimah nak cuba asingkan dari percampuran tu?”

“maksudnya macamana ? memangnya kita sudah mengasingkan plot-plot atau LDK dalam setiap aktiviti .”syabab itu terus bertanya .ketika itu dia menoleh kearah aku dan afifah .

“ana nak dalam setiap sesisi kita buat hanya santai , tak perlulah  seperti dulu. ana tak kisah kalau kita nak buat slot tu bercampur imsalnya  ketika kuliah motivasi atau kuliah ba`da solah “
ku menjelaskan kepada mereka

perbualan aku dengan mereka tergendala oleh kerana kakak senior ku  hana datang menemui adik nya . lantas itu aku meminta beredar dari café universiti . dalam perjalanan menuju ke kuliyyah , afifah meminta terus untuk pulang mungkin kerana penat , barangkali ..ku hanya teruti sahaja permintaan nya kerna ku ihtar li sohabati . Sejak dari pertemuan tu hati ku sentiasa berdebar setiap kali petemuan dalam setiap program .syukur pada ALLAH setiapnya mampu ku mengharungi dengan terbaik.

setiap berlaku ada hikmah nya mungkin ALLAH mahukan yang terbaik buat ku . ku sebagai hambaNYA mesti berusaha yang sebaik yang mungkin .

Ya Allah,
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Aku sedar dosaku menggunung tinggi tidak bertepi
Berkenankah Kau menerima doaku ini
Layakkah aku menerima cinta manusia
Sedangkan cintaMu masih belum kutemui

setiap doaku   hanya ingin perolehi cinta dari pada nya . ku ini layak kah menerima cinta manusia sedangkan cinta dari illahi belum ku temui .ku megeluh… di panjangan  malam itu  hanya aku dan dia pada waktu itu .









ya rabbul izzati
andaiku jatuh cinta
cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cinta dia kepada mu
agar ku mendapat kebahagian
agar ku ditambah kekuatan untuk mencintai mu

ya muhaimin ,
seandainya hati ku terpaut akan cinta dari hambamu
izinkan lah hati ini memcintai nya
agar ku tidak lalai dalam mencari cinta mu

ya rabbana
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu .

ku lemah tiada berdaya ku khilaf kerna aku manusia
tp ku ingin dkt dengn mu ya ALLAH .


doa ku diaminkan kak Afifah nor ..dia tersenyum melihat ku seperti baharu mendapat kebahagiaan , aku akur  diriku dijaga  oleh ibu dan ayah ku sejak ku memasuki alam remaja , ketika ku dur`rus di mahaad dulu .aku  hanya   berada tiga tahun dalam kelas yang bercampuran dari pelajar perempuan dan lelaki .kemudian ku berada semula kelas kesemuanya perempuan .aku benar2 tak menafikan akan itu . pernah sekali aku meminta aku hanya mahu menyambung pengajian dalam bidang   yang aku mahu hanya berada di dalam kuliyyah kesemua perempuan tapi mungkin hanya sedikit dari itu , selebih nya ada percampuran . 
                                        

  



| Julai 05, 2012 | 0 Lovers


“Episod ke-100, Kejutan yang menyentuh Kalbu” - Ustaz Don Daniyal
Episod ke-100, Rancangan 30 minit bersama Ustaz Don yang disiarkan baru-baru ini telah menampilkan kelainan yang tersendiri dan juga penuh dengan elemen kejutan. Selain konsepnya yang lebih santai berinteraksi dengan penonton di studio, siarannya juga dipanjangkan sehingga lebih 60 minit.
Namun kesemua kelainan yang ditampilkan ini hanya untuk episode yang ke-100 sahaja. Ia adalah rentetan daripada kejayaan rancangan ini memikat hati semua penonton. Bukan hanya golongan tertentu yang mendengar ceramahnya, tapi daripada anak kecil sehingga golongan ibu bapa tertarik dengan penyampaian dan pendekatan Ustaz Don yang santai, bersahaja dan menghiburkan.




Apa yang lebih manis lagi di dalam episod yang ke-100 ini, elemen kejutan yang dilakukan oleh pihak kru produksi tidak diketahui oleh Ustaz Don Daniyal sendiri. Pada mulanya Ustaz Don telah diberikan tugas seperti biasa mengendali rancangannya itu, namun kehadiran Ustaz Amin Idris yang juga rakan seperjuangannya di dalam TV al-Hijrah semasa pertengahan program tersebut telah merubah skrip apabila beliau diamanahkan untuk mengambil alih tugas sementara mengacara program itu daripada Ustaz Don.
Rupa-rupanya pada episod istemewa yang ke-100, kru produksi ingin menyingkap sejarah kehidupan Ustaz Don dari zaman kanak-kanak, dunia universitinya sehingga beliau menjadi personaliti yang dikenali ramai.

Gigih Menuntut Ilmu

Mungkin ramai yang sudah mengetahui peribadi Ustaz Don atau nama penuhnya Don Daniyal Don Biyajid. Beliau lahir pada 14 November 1984 di Bukit Martajam, Pulau pinang. Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.
Walaupun lahir di dalam keluarga yang sederhana namun didikan yang diperolehnya cukup sempurna. “Bapa saya seorang yang tegas dalam bab beragama. Setiap malam dia akan bawa kami sekeluarga belajar agama di sekolah pondok. Daripada situlah saya mula mencintai dan berminat mendalami agama,” cerita Ustaz Don.



Di dalam kerancakan Ustaz Don bercerita, beliau telah dikejutkan dengan panggilan di talian secara langgung daripada kakaknya, Ainul Dona. Menitis air mata Ustaz Don pabila mendengar ucapan dan nasihat daripada kakaknya yang mewakili keluarganya. “Ibu, bapa kakak dan adik-adik yang lain ingin ucapkan tahniah sempena program 100 episod ini dan kami berdoa agar mudah-mudahan ilmu yang diajar oleh Daniyal dapat memberi manfaat kepada semua terutama dari golongan remaja,” pesan Kakaknya.



Bukan itu sahaja, kejutan demi kejutan terus berlaku. Kehadiran dua orang bekas guru Ustaz Don ketika di bangku sekolah iaitu Ustaz Yazid Salleh, ustaz yang mengajar pelajaran tahfiz Al-Quran dan Cikgu Noor Rijah Hassan, cikgu Bahasa Inggeris sewaktu dirinya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam pada episod ini telah memberikan kenangan yang cukup manis buat Ustaz Don Daniyal. Biarpun terkejut, pancaran wajah kegembiraan terukir di wajahnya. Ustaz Don sekali lagi menitiskan air mata kerana tidak menyangka kehadiran dua guru yang amat dikasihinya itu.



Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk mengimbau kembali kenangannya ketika menuntut di sekolah dan di universiti. Bagi Ustaz Yazid Salleh, Sikap Ustaz Don yang peramah dan sering bertanya kepadanya telah membuatkan dirinya begitu rapat dengan Ustaz Don.



“Saya masih ingat lagi sewaktu dia susah untuk mengingati ayat al-Quran dan pada waktu itu dia telah berjumpa dengan saya dan menangis. Saya memberi nasihat agar tidak berputus asa. Beliau memang seorang yang tidak mudah berputus asa sejak di bangku sekolah,” jelas Ustaz Yazid.



Sementara itu, Cikgu Noor Rijah Hassan yang mengimbas kembali kenangannya bersama Ustaz Don ketika di sekolah berkata, diri Ustaz Don pada waktu itu adalah seperti kanak kanak yang lain namun apa yang membezakannya adalah sifatnya yang berani menonjol diri terutamanya apabila ada sesuatu pertandingan.



Mengakhiri program, Ustaz Don Daniyal juga telah dikejutkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV al-Hijrah, Bukhari Che Muda yang juga tampil memberikan pandangannya terhadap keperibadian Ustaz Don sepanjang beliau menjadi pengacara bagi program 30 minit bersama Ustaz Don.


Selanjutnya di dalam Majalah i keluaran JUN 2012.
http://www.karangkraf.com/e-majalah/i/default.asp?categories=I1

Label:




| Julai 05, 2012 | 0 Lovers





Bagus kan kalau belajar di Universiti Malaya ..Tempt persinggahan ku nanti ..Tahun hadapan InsyaALLAH ..
( sinopsis sebuah pertemuaan )

Watak 
Nur Muslihah 
Amar 
Sebuah pertemuan yang mengisah kan pelbagai  latar kehidupan . Cinta dan kasih sayang menjadi rencah hidup Watak Nur Muslihah . 
Nur Muslihah , berkarakter suka ditegur dan menegur .
 Bersama Sahabat nya Nur iman sebagai penganti Ibunya . Seawal Usia 13 thn dia ditinggalkan oleh ibunya kemudian diambil sebagai Anak angkat oleh Ust Rashid kebetulan Keluarga Ust Rashid hanya mempunyai Seorang anak lelaki iaitu Nur Fathi .
Nur Muslihah Dibesar dalam Hidup afmosfera yang Unik buat Nur Muslihah kembali Tabah .Hidupnya di uji akan kedatangan seorang Pemuda Amar iaitu Pelajar  jurusan Usuluddin  . Hidup nya kembali mengingati zaman persekolahannya dahulu kerna Amar Ialah pemuda yang berwajah sama yang menbuat kan Nur Muslihah mengingati saat pertemuan nya . walaupan ralat dengan  pertemuan itu bahkan ia membuat terkejut seketika apabila kedatangan Ibu nya yang sudah lama tinggalkan dia 
 !
 !
sambung nanti 





Hidupnya mula diuji akan kedatangan seorang Pemuda iaitu Amar



Selasa, Julai 03, 2012 | Julai 03, 2012 | 0 Lovers
"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada 'standard' dia. 'Terer' Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.

Macam-macam cara merisik.

Ada orang yang menghantar 'spy'.

Ada yang bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.

Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam,

Ada bermacam-macam lagi bentuk risikan. Kreatif!

Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?Itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.

By Ustazah Fatimah Syarha (sebarkanbahagia.blogspot.com



| Julai 03, 2012 | 0 Lovers
 kenapa Buat Novel Berunsurkan Cinta ? 
mungkin ada yang ingin bertanya akan soal itu . Ya CHINTA , Cinta kan Yang Hodoh jadi Cantik yang Cantik jadi terbaik , Yang Hensem jadi Kacak Soal nya Sebut PASAL CINTA Semua nya SETUJU . Pokoknya Cinta Itu segala nya LAH Tapi ADAKAH BAGI CINTA ORANG MUSLIM YANG BERTAKWA ITU SEMUA YANG ANA SEBUTKAN ADALAH yang terbaik ??

Bagi  Semua yg ana sebutkan adalah bukan milik kITA Tapi Milik ALLAH satu-satu nya Cinta yang hakiki . 

                           " Cinta bagi orang yang beriman :
Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah;"Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya;"Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) (2-4 Al-Anfal),                    
 Tiada yang perlu ana ringkas kan Soalnya semua nya berada dalam kalam ALLAH yang sempurna .

Kenapa dinamakan Novel Diantara Dua CINTA ??

Sebenarnya Novel ini sudah ada di Indonesia Mungkin ya sebab cuba search di Google Nanti kalian tahu apa yang ana sebutkan tapi Novel ini tak Tiru sebijik Dengan Novel Itu Sebab Cerita nya berbeza . Diffrent sangat-sangat Kemudian Cerita ini jugak berkisar kan Tentang DAKWAH ..Berkisar kan Tentang Persahabatan dan Kasih Sayang . Cerita yang bermula dari Pengajian Pondok Sehingga Ke Universiti .
Kalau nak  tahu ini adalah Novel Yang berada di atas talian sahaja . Tak tahu bila nak siapkan soalnya sekarang Penulis dalam proses berhadapan Denga imtihan jadi Mungkin tak siap lagi Untuk 2 atau 3 bulan ni .insyaALLAH selepas TAMAT imtihan ana akan siapkan ..Doa kan semoga berjaya yer Tempuh Imtihan itu

Akhir sekali Terima kasih buat yang memberi inpirasi buat akak .

Sebelum akhir ..Ada sikit Sinopsi Novel TU yang pasti novel ini bukan lah Copypaste yer

Arisa Abdullah .seorang yang aktif bersukan serta selalu bertanya kan soal-soal yang Rumit Dan Tidak Dipernah di tanya kan Manusia yang lain ,Pada masa yang sama ia adalah REAL model Bagi Dikalangan Sahabat nya Terutama nya Hana . Di kenali Oleh Ustazah dan Ustaz Dan Rakan sepengajian nya di pondok . apabila kaki nya menjejaki Universiti .Dia juga terkenal sebagai seorang " Ustazah Niqab" Tapi bagi nya  perkara seperti itu tidak pernah  buat kan dia mengalah malah dia cuba buat yang terbaik . 

Arisa Jugak berwatakan Lemah Lembut tapi Tegas atas soal2 yang membabit kan Agama dan maruah nya . Di kalangan shbt2 dia ialah Pendiam tapi pendiam yang berada dalam situasi yang berbeza . Itu yang membuat kan dia lebih istimewa di kalangan Sahabat

Hana ..Umur nya 23 Tahun lebih tua dari Arisa . Perwatakan yang menarik serta suka akan kanak2 , Bagi nya Arisa Seperti adik nya sendiri . Yang Suka ambil jalan tengah iaitu suka reda kan perbelahan diantara adik serumah nya . Selalu berdampingi Arisa dan Menyokong apa yang arisa buat kekadang apa yang arisa buat dia selalu menjadi tempat rujukan .

Selain daripada dua watak itu arisa juga mempunyai akak yang serumah dengan nya dan lima adik-adik yang berada dengan nya

Ukhti Husna
Ukhti Afifah
Ukhti Norma
Ukhti Hasni
Ukhti Zuraida
Ukhti Suziana
Ukhti Rohayu

dan di kalang adik adik serumah nya

Dik helwa
 Dik farah farzana
Dik Asrina

Nurulnur ( adalah adik kepada Ukhti Husna ) yang Umurnya 19 tahun  berwatakan seperti keanakan suka kan cabaran serta berpegang denga prinsip Diri

p/s = sahabat2 nanti ana sambung lain yer
assalamualaikum wrt
salam maaf dari admin selalu sahaja update blog yg tak seberapa ni walaupun ada tugas yang perlu diselesaikan .
semoga siap NOvel ni tak sabaq rasa nya