Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Khamis, Januari 24, 2013 | Januari 24, 2013 | 0 Lovers
Assalamualaikum...

Selawat dan salam kepada Nabi junjungan mulia, Muhammad S.A.W.moga-moga ada rahmat dan pahala di setiap selawat yang kita amalkan. amiin..

Banyak kelebihan pada hari kelahiran baginda s.a.w apabila kita memperbanyak kan amalan dan selawat ke atas baginda. Di antaranya ialah:



Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membesarkan hari kelahiranku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

Sayidina Umar r.a pula berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia menghidupkan agama Islam.”

Berkata Usman r.a pula: “Barangsiapa mengeluarkan satu dirham untuk membaca Maulid Rasulullah SAW seolah-olah ia mati syahid di dalam peperangan Badar dan Hunain.”

Sayidina Ali pula berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW ia tidak akan keluar daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman.”

Keberkatan mengadakan majlis Maulid itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Jalaludin As Suyuti r.h.m berkata: “Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi SAW nescaya Allah SWT akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila ia mati, Allah SWT akan memudahkan ia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar kerajaan-Nya.”

Beliau berkata lagi, “Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi SAW melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril dan Mikail, Israfil, Quryail, Ainail mendoakan kebaikan bagi yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis bacaan Maulid Nabi SAW itu.”

SUMBER


Moga-moga rahmat daripada Allah sentiasa bersama kita apabila kita membesarkan selawat kepada Kekasih Allah,aminn.. (:




psstt:// rindu dan cinta padamu Rasulullah sentiasa mewangi..!


0 Ulasan posted :