Taujihat

Kalam dari Video Dengarlah Wahai Muslimah
Wsiat
Daripada: Dr Khalil Ismail Elyas
Kolej Universiti Insaniah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah. Lelaki seorang, tetapi wanita ummah... Kerana dialah yang melahirkan lelaki... Dialah isteri, dan dialah ibu, dan dialah anak perempuan... Kamu adalah pengasas masyarakat, kamu pengasas segalanya... Jagalah dirimu sebaiknya, dan janganlah kamu menghina dirimu sendiri dengan perbuatanmu... Dan jangan jadikan hidup kamu, hanya semata-mata hidup untuk makan, untuk masak, untuk minum... Hidup kamu lebih besar (dari itu), hidup kamu untuk mendidik generasi... Menghasilkan para ulamak... Tanggungjawab kamu (adalah tanggungjawab yang) agung, bukan sekadar memasak, atau membuat pakaian, atau menjahit, atau juga membersihkan rumah... Kamu mampy melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah... Sekarang, ganjaranku berada di sini semuanya untuk ibuku, untuk isteriku kerana dia melepaskanku di sini dengan sabar, untuk anak perempuanku kerana sanggup berjauhan dengan ayahnya kerana agama, jadilah seperti itu... Hidup kerana Allah dan mati kerana Allah... "Katakanlah solatku, dan ibadatku, dan hidupku, dan matiku hanya kerana Allah tuhan pencipta alam..." Kita hidup kerana Allah, dan mati untuk Allah... Janganlah kamu membazirkan masa dan umur... Dengan perkara-perkara yang penuh kebencian, hasad dengki, umpat-mengumpat dan menyebarkan kata-kata... Yang menjadi kebiasaan orang perempuan... Jangan... Jadikanlah urusanmu kerana Allah, dan belajar kerana Allah, dan mengajarlah kerana Allah... Dan berbanggalah kerana sesungguhnya Allah menjadikan ia sebagai satu sebab kamu berjihad di jalan Allah...  Ketika mana kamu menolong dan berkhidmat untuk agamamu, inilah jihadmu... Kerana wanita ketika zaman Nabi S.A.W. ingin keluar untuk berjihad... Maka Nabi S.A.W. berkata kepada : "Jihad kamu ialah pergi menunaikan haji".... Dan zaman sekarang, jihad kamu bukan pergi haji sahaja... Jihad kamu juga adalah memberi tarbiah yang baik dan berkhidmat untuk agama Islam ini. Semoga Allah memberkati kamu semua... الله الله الله
trsentuh dgr wasiat trakhir dri dr khalil ni sma2 la kita muhasabah dri..bt muslimah dan mahasiswi kuin..ambil la ini sbgai pesann dan panduan kita.. 

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

kehidupan ibarat pelangi

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG