Ahad, Oktober 11, 2015 | Oktober 11, 2015 | 0 Lovers
Semua orang ingin berubah, I mean
changing from bad to good. Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak
berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak
berubah ke arah kebaikan lah."
sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri
yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan
kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling
suci.
Saya rasa kita semua perlu sedar
bahawa kita semua memang sedang berubah pun.
"eh yeke..? alamak, i ollz tak
sedar lah."
Ya, kita perlu sedia maklum yang
dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah
kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana
maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada
pembuat kejahatan.
Maka, apabila seseorang ingin
mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan
belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui
berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan
dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.
Ketakutan untuk berubah kearah
kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya
terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.
Saya juga pernah menjadi 'mereka'
di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia
yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la
kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku
bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang
tidak kena. Kenapa..? 왜.? 왜..? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut
dengan bayang-bayang sendiri.
Kalau berubah ikut fitrah itu asing
di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini,
kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a.,
"Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang
asing.Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika
ianya asing”.
[HR Muslim]
Kepada yang selalu
mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk
berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi
ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan
dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya,
muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk
dunia.?
Saya ulang sekali lagi ayat saya di
atas,
"Saya rasa kita semua perlu
sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."
Persoalannya,
"Adakah kita sendiri yang
sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"
(noktah)
Kerdit to Farahinlee
Label: I want to be good person
0 Ulasan posted :