Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Disember 19, 2015 | Disember 19, 2015 | 0 Lovers
Masa mula menulis,dalam kotak minda berfikir,
tajuk apa yang sebenarnya aku hendak letak ini ?
lantas menulis bermacam-macam tulisan,
tulis kemudian padam dan berulang-ulang.selepas itu 
,tutup laptop dan rehat sambil tonton tv,s
ambil-sambil itu belek majalah tiba-tiba
 teringat pasal niat. 
Sebab dah tertulis di muka surat tu.


Jadi ambil balik laptop kemudian terus taip pasal niat ini. Dalam karangan Imam Ghazali r.a kitab IHYA ULUMIDDIN ada menyebut mengenai niat ini,pada Juzuk 8 bab pertama.Imam Ghazali menceritakan tentang niat.


Kenapa ulamak dahulu mementingkan Niat ini?




 Dan yang pasti karya-pengkarya lain jua meletakkan niat sebagai topic pertama.kenapa eh?



 أنما الأعمال بالتيات (SESUNGGUH NYA SEGALA AMAL DIMULAKAN DENGAN NIAT) 

Ha.kan dah terkena.


Tiap amal dimulai dengan dimulai niat. 

Tak kenal maka tak cinta.
heeh
 Bila Allah swt jatuhkan cinta pada sesorang,
seseorang itu terus berusaha dan istiqamah
 dalam meletakkan cinta diatas landasan yang ALLAH SWT redha.
Atas sebab sabar itu istiqamah 
jadinya cinta itu berada atas kecintaan ALLAH.
Begitu juga dengan niat.
 Dalam kitab matan arbaie pun sebut pasal niat ini.u
mpama niat tersangat penting. 
Niat ini analogy nya umpama bahagian tubuh, 
dalam tubuh ada satu bahagian penting
,iaitu HATI” raja dan berserta kerajaan yang dibina untuk dijadi baik atau jahat.


 Situasi pertama:- kalau seseorang itu hendak melakukan maksiat kemudian dia teringat perkara-perkara yang buat dia merasa gerun dan takut buatkan dia terus membatalkan niat tu? 



Situasi kedua: - kita nak lakukan kebaikan tapi hanya hendak lakukan sahaja belum laksana nya dah ALLAH swt beri pahala apatah lagi bila kita lakukan. 



Rasulullah saw meriwayat dalam hadis artinya Barang siapa bercita-cita dengan kebaikan dan tidak dikerjakan nya niscaya dituliskan kebaikan baginya.RIWAYAT AL-BUKHARI dan MUSLIM. Kan benar tuh, kita tak kerja Kan lagi tapi hanya kerna niat sahaja kita peroleh kebaikan.
subahanaALLAH alangkah bahagia
 jika hanya hendak berniat melakukan 
kebaikan ALLAH beri ganjaran dua kali ganda.



Wow..banyak sangat-sangat. 



 Bilal bin saad` berkata bahawa hamba itu (Dia) 
sesungguhnya mengatakan perkataan orang beriman (yang baik-baik) 
Maka ia tidak ditinggalkan
 oleh ALLAH swt dan perkataan nya 
sehingga ia melihat pada kewaraa`annya.
Apabila ia warak nescaya tidak ditinggalkan Nya sehingga ia melihat apa yang dia diniatkannya.
Maka apabila baik niatnya nescaya 
sepantasnya ia memperbaiki akan kekurangnya. 



Bukan kah dalam solat juga kita wajib berniat,
dan solat semestinya batal jika tanpa niat. 
Jadi tiang amal adalah niat.M

aka amal itu menghendaki kepada niat,
supaya niat itu ia menjadikan kebaikan.
Dan niat itu pada dirinya sendiri( kebaikan ) 
walau pun amal perbuatan itu terhalang dengan sesuatu halangan. 


Andainya saya hendak berikan lagi kisah yang boleh dikongsikan,
saya rasa tidak mencukupi menulis di atas pena ini. 
 Lalu bagaimana? 
Sudahkah mengupdate niat kita? 



“Rasulullah saw bersabda yang bermaksud sesungguhnya manusia akan dibangkitkan kelak sesuai dengan niat masing-masing” Riwayat Ibnu Majah.

Label:



0 Ulasan posted :