Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Isnin, Februari 29, 2016 | Februari 29, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... 
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.”
 Surah al-Nahl, ayat 18.

Tolonglah plz...baca artikel ini,
kalau korang betul-betul nak hayati 
korang buka korean song..
korang rasa hati korang betul-betul 
terisi.

p/s : lagu itu ikut suka korang ye.

1) Hayatilah hadis ini wahai kawan. Hayati dengan mata hati. Hayati. Kalau boleh, selepas kau menbaca hadis ini, kau pejamlah mata. Pejam dengan tenang, dan menangislah.
Nabi bersabda:

“Sesungguhnya, jika ALLAH MENCINTAI HAMBANYA, Allah akan memanggil Jibril lalu berkata, ‘Wahai Jibril! Aku mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, Jibril pun mencintai dia. Lalu, Jibril menyeru penduduk langit, ‘Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, penduduk langitpun mencintaiNya, sehingga Allah jadikan dia dicintai oleh penduduk bumi!”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihatlah! Lihat! Buka mata kau wahai kawanku!

Allah, bila Allah cinta kita, Allah bagitahu SEMUA hambanya, Allah bagitahu jibril, penduduk langit dan Allah masukkan dalam hati penduduk bumi agar turut mencintai kita! Allah isytiharkan cintaNya pada kita kepada semua penduduk langit!

Tapi, hari ni, kita MALU, kita MALU nak cakap depan kawan-kawan. Kita malu nak cakap kat semua orang:

“Aku sangat cintakan Allah!!!”

Kita rasa malu nak cakap benda ni! Tapi kita bangga cakap kita suka perempuan ni, laki tu, penyanyi ni, penyanyi tu.

Lihatlah….
 Perhatikanlah, Allah mengumumkan di langit:
“Wahai Jibril, Aku mencintai dia, maka cintailah dia…..”
Tapi, apa yang kau balas?
Adakah kau masih tidak rasa apa-apa di hati? Tidakkah kau rasa malu dengan Allah? Jika belum, hayatilah hadis berikut. Agar, agar kau tahu, betapa cintanya Allah pada diri kau.

2) Nabi saw bersabda:

“Rabb kita turun di langit dunia sepertiga akhir dari malam, lalu berkata: ‘Adakah orang yang meminta padaKu untuk aku penuhi permintaannya? Adakah orang yang memohon ampun padaKu untuk aku penuhi dosa-dosanya? Adakah orang yang bertaubat padaKu untuk aku terima taubatnya? Dan adakah orang yang berdoa padaKu untuk aku kabulkan doaNya??”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Cuba perhatikan hadis ini wahai kawan!

Setiap malam, di sepertiga malam, setiap malam, setiap malam, Allah akan turun ke langit dunia untuk menerima doa kita, menerima taubat kita, mengampunkan dosa kita, dan ingin memberi pertolongan pada kita. Setiap malam Allah turun ke langit dan menawarkan cintaNya pada kita!!

Namun, apa yang kita buat di malam hari?
Menghabiskan masa malam dengan tidur? Atau main game sampai dua tiga pagi? Atau layan movie dan drama? Atau mesej dengan couple? Atau melihat video lucah?
Walaupun kita lalai, bertahun-tahun kita tak bangun tahajud, berdoa di sepertiga malam, tapi, Allah tak pernah JEMU untuk menawarkan cintaNya setiap malam. Allah tak pernah jemu!

Oh. Allah….
Ampunkan aku!
Mungkin, saat kau baca tulisan ini, saat kau perhati kata-kata nabi di atas, kau masih tak nampak, betapa Allah cintakan kau. Hati kau masih belum mampu bergetar rindu. Tak mengapa.

Hayati dan perhatikan lagi hadis seterusnya.
 Agar, mata hati kau kembali terbuka.


3) Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis Qudsi:

“Aku membahagikan solat antara Aku dan hambaKu menjadi 2 bahagian.
Jika hambaku dalam solatnya membaca:
”Alhamdulillahi rabbil Alamin”(Segala puji Allah tuhan semesta alam)”,
maka aku menjawab:
“Hambaku telah memujiku”.
Dan jika ia membaca:
“Ar-Rahmanirrahim”(yang maha pemurah lagi maha penyayang),
maka aku menjawab:
“Hambaku tela memujiKu”.
Dan jika ia membaca:
“Maliki yau middin”(yang menguasai hari pembalasan),
maka Aku menjawab:
“Hambaku telah memujiKu”.
Dan ketika hambaKu membaca:
“Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in”(Kepada Kaulah kami berserah, dan kepada Kaulah kami meminta pertolongan),
maka Aku menjawab,
“Ini antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta”.
Lalu ketika ia membaca:
 
“Ihdinas shiratal mustaqim, Shiratollazina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhallin”(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang yang engkau murka dan bukan pula jalan orang yang engkau sesatkan),
maka, aku menjawab:
“Ini bagiKu dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta…”
                                              (Hadis riwayat Muslim)

Lihat. Sebenarnya, tiap kali kita baca Alfatihah, sebenarnya, Allah sedang bersembang dengan kita, dan menjawab setiap perkataan kita! Tapi, kita boleh baca dengan laju dan tiada rasa tenang di hati. Adakah kita tak mahu bersembang dengan Allah?

Kerana itulah, seorang ulama’ berkata:

“Aku sangat suka ketika aku membaca Alfatihah, aku akan memperlambatkan bacaan, aku aku dapat membayangkan jawapan Allah….”

Kita bagaimana?



CINTANYA PARA NABI KEPADA ALLAH

Mari.

Kini, mari kita renungi kisah ini. Bagaimana nabi dan rasul, membuktikan cinta mereka pada Allah. Mereka buktikan cinta mereka pada Allah yang suci murni, ikhlas dan tulus. Cinta mereka pada Allah tidak palsu.

 Tidak.

Kau tidak percaya?

Mari wahai kawan. Ini buktinya.

1) Perhatikan cinta nabi Musa pada Allah, tika nabi Musa berkata:
“Dan aku bersegara menuju kepadaMu tuhanku, agar Engkau meredhaiKu…”
(Surah Taha: 84)

Cuba kau renung perkataan “bersegera menuju kepadaMu tuhanku…”

Ini adalah tahap cinta yang sangat agung! Siapa yang mencintai Allah, dia akan bersegera menuju Allah, tidak tangguh dan tidak menunggu. Kerana cintanya nabi Musa pada Allah, baginda bersegera menuju Allah!!

2) Perhatikan pula cinta nabi Ibrahim pada Allah, berkata nabi Ibrahim:

“Aku datang kepadaMu tuhanku…”
(Surah Assoffat: 99)

Subhanallah..
 Pernah tak kau berkata:

“Wahai Allah, aku datang padaMu!! Aku mahu kembali padaMu!”

Pernah tidak? Tapi, nabi Ibrahim datang pada Allah, kerana baginda amat mencintai Allah.

Adakah kau tidak rasa apa-apa bila merenungi kisah cinta ini? Tidak mengapa. Mungkin, 

kau ternanti-nanti, bagaimana cinta nabi Muhammad pada Allah. Maka, renungilah hadis di 
bawah.

3) Para sahabat mengatakan:

“Kami mendengar nabi saw ketika melakukan solat, di dada baginda bergetar, seperti bergetarnya periuk air panas, akibat beliau menangis….”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasaei)

Lihat. Bagaimana nabi Muhammad, amat mencintai Allah, sehingga baginda menangis teresak-esak, kerana rindu dan cinta pada kekasih agungnya, 

Allah.

Kita?

Apa bukti cinta kita pada Allah?

SYURGA CINTA

Daku mengharap, agar dikau yang membaca ini, kembali merenungi, kembali menginsafi, kembali menangisi, kembali memperbaiki, kembali persoalkan diri:

“Adakah aku cinta Allah selama ini, atau cintaku ini hanya palsu??”

Jika benar kita cinta Allah, mengapa kita bermaksiat? Jika benar cinta Allah, mengapa kita tidak mencegah maksiat? Jika benar kita cinta Allah, mengapa kita boleh terhibur melihat maksiat-maksiat yang berlaku di depan mata, di kaca tv, di hadapan laptop, di youtube, henset, dan sebagainya?

Mengapa daku persoalkan perkara ini?

Kerana, jika kau ingin tahu, jika kau ingin memahami, jika kau ingin fahami..

“Di antara puncak cinta kita pada Allah, orang yang mencintai Allah tidak rasa tenang melihat manusia bermaksiat pada Allah. Mereka ingin semua manusia mencintai Allah, kerana dia tahu, cinta Allah itu sangat indah….”

Ingatlah kalian, apabila Ibnu Taimiyah pernah berkata:

"Sungguh, di dunia ini ada syurga! siapa yang belum pernah memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga akhirat!!"

Kemudian, orang bertanya pada beliau:

"Apakah syurga dunia itu?!"

Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:

"Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya..."

Kemudian Ibnu Taimiyah berkata lagi:

"Betapa merananya penduduk dunia yang meninggalkan dunia ini, tanpa pernah merasakan perkara yang paling manis di dunia!"

Kemudian orang bertanya pada beliau:

"Apakah perkara yang paling manis di dunia??"

Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:

"Perkara yang paling manis di dunia ialah manisnya bermesraan dengan Allah..."
***
Maka, di akhir ini, jika benar kau mahukan cinta Allah, jika benar kau tidak mahu cinta kau itu palsu, maka, daku menyarakan agar dikau melakukan perkara ini. Moga-moga ianya adalah bukti cinta dikau pada tuhanmu, 

Allah.

1) Janganlah kau terus menerus melakukan maksiat.

Kita semua melakukan dosa dan maksiat. Namun, andai kau dan aku inginkan cinta Allah, janganlah lakukan maksiat berulang kali. Dosa yang terus menerus harus di hentikan. Berjuanglah bersungguh-sungguh menghentikan dosa tersebut. Andai kau tewas dan ulanginya kembali, maka, taubatlah kembali. Kerana:

"Sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang yang bertaubat...."

2) Segeralah meninggalkan teman-temanmu yang jahat, yang sering mengajak dirimu melakukan maksiat, kecil atau besar.

3) Kerjakanlah solat LIMA waktu tepat pada waktunya, dan istiqomahlah dengannya. Jangan sekali kau tinggalkan dengan sengaja wahai kawan!

4) Mulakanlah solat berjemaah di masjid! Mulakan dengan satu waktu solat di masjid, kemudian dua, kemudian tiga, dan hinggalah kau mampu solat lima waktu berjemaah di masjid.

5) Banyakkanlah zikir pada Allah, banyakkan berdoa, terutamanya doa agar di beri kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk tinggalkan maksiat, kekuatan iman dan terpelihara dari maksiat.

6) Lancarkanlah bacaan quran. Kalau kau tak lancar walaupun usia dah 20 ke atas sekalipun, janganlah engkau malu untuk rendahkan diri, belajar semula dari iqra' 1. Janganlah engkau malu. Kemudian, usahalah untuk baca quran setiap hari, dan hafal juz 30, supaya kau mampu baca di dalam solatmu.

7) Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Doalah pada Alla agar kita di kurniakan sahabat yang serng mendororang kita supaya kembali pada Allah.

8) Dan, berdakwahlah pada keluarga serta kawan-kawan agar mereka kembali pada cinta Allah.

Demi Allah, sesiapa yang melalui langkah-langkah ini, insyaAllah dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, ia akan menggapai "jalan cinta".
Kau mampu wahai kawan. Buktikan segera, agar cinta Allah padamu, terbalas.
"Sungguh, tidak aneh jika hamba yang mencintai tuannya, tetapi, sungguh aneh pabila tuan yang mencintai hambanya...."

Dan..

"Sungguh, tidak aneh jika kita mencintai Allah, tetapi, tidakkah kita pelik pabila Allah amat-amat mencintai kita, walau betapa hinanya kita?"

Ingat..
"Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya.



Kita pendosa yang ingin ke syurga.

 


Label: , , ,



0 Ulasan posted :