Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Isnin, Februari 29, 2016 | Februari 29, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... 
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.”
 Surah al-Nahl, ayat 18.

Tolonglah plz...baca artikel ini,
kalau korang betul-betul nak hayati 
korang buka korean song..
korang rasa hati korang betul-betul 
terisi.

p/s : lagu itu ikut suka korang ye.

1) Hayatilah hadis ini wahai kawan. Hayati dengan mata hati. Hayati. Kalau boleh, selepas kau menbaca hadis ini, kau pejamlah mata. Pejam dengan tenang, dan menangislah.
Nabi bersabda:

“Sesungguhnya, jika ALLAH MENCINTAI HAMBANYA, Allah akan memanggil Jibril lalu berkata, ‘Wahai Jibril! Aku mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, Jibril pun mencintai dia. Lalu, Jibril menyeru penduduk langit, ‘Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, penduduk langitpun mencintaiNya, sehingga Allah jadikan dia dicintai oleh penduduk bumi!”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihatlah! Lihat! Buka mata kau wahai kawanku!

Allah, bila Allah cinta kita, Allah bagitahu SEMUA hambanya, Allah bagitahu jibril, penduduk langit dan Allah masukkan dalam hati penduduk bumi agar turut mencintai kita! Allah isytiharkan cintaNya pada kita kepada semua penduduk langit!

Tapi, hari ni, kita MALU, kita MALU nak cakap depan kawan-kawan. Kita malu nak cakap kat semua orang:

“Aku sangat cintakan Allah!!!”

Kita rasa malu nak cakap benda ni! Tapi kita bangga cakap kita suka perempuan ni, laki tu, penyanyi ni, penyanyi tu.

Lihatlah….
 Perhatikanlah, Allah mengumumkan di langit:
“Wahai Jibril, Aku mencintai dia, maka cintailah dia…..”
Tapi, apa yang kau balas?
Adakah kau masih tidak rasa apa-apa di hati? Tidakkah kau rasa malu dengan Allah? Jika belum, hayatilah hadis berikut. Agar, agar kau tahu, betapa cintanya Allah pada diri kau.

2) Nabi saw bersabda:

“Rabb kita turun di langit dunia sepertiga akhir dari malam, lalu berkata: ‘Adakah orang yang meminta padaKu untuk aku penuhi permintaannya? Adakah orang yang memohon ampun padaKu untuk aku penuhi dosa-dosanya? Adakah orang yang bertaubat padaKu untuk aku terima taubatnya? Dan adakah orang yang berdoa padaKu untuk aku kabulkan doaNya??”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Cuba perhatikan hadis ini wahai kawan!

Setiap malam, di sepertiga malam, setiap malam, setiap malam, Allah akan turun ke langit dunia untuk menerima doa kita, menerima taubat kita, mengampunkan dosa kita, dan ingin memberi pertolongan pada kita. Setiap malam Allah turun ke langit dan menawarkan cintaNya pada kita!!

Namun, apa yang kita buat di malam hari?
Menghabiskan masa malam dengan tidur? Atau main game sampai dua tiga pagi? Atau layan movie dan drama? Atau mesej dengan couple? Atau melihat video lucah?
Walaupun kita lalai, bertahun-tahun kita tak bangun tahajud, berdoa di sepertiga malam, tapi, Allah tak pernah JEMU untuk menawarkan cintaNya setiap malam. Allah tak pernah jemu!

Oh. Allah….
Ampunkan aku!
Mungkin, saat kau baca tulisan ini, saat kau perhati kata-kata nabi di atas, kau masih tak nampak, betapa Allah cintakan kau. Hati kau masih belum mampu bergetar rindu. Tak mengapa.

Hayati dan perhatikan lagi hadis seterusnya.
 Agar, mata hati kau kembali terbuka.


3) Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis Qudsi:

“Aku membahagikan solat antara Aku dan hambaKu menjadi 2 bahagian.
Jika hambaku dalam solatnya membaca:
”Alhamdulillahi rabbil Alamin”(Segala puji Allah tuhan semesta alam)”,
maka aku menjawab:
“Hambaku telah memujiku”.
Dan jika ia membaca:
“Ar-Rahmanirrahim”(yang maha pemurah lagi maha penyayang),
maka aku menjawab:
“Hambaku tela memujiKu”.
Dan jika ia membaca:
“Maliki yau middin”(yang menguasai hari pembalasan),
maka Aku menjawab:
“Hambaku telah memujiKu”.
Dan ketika hambaKu membaca:
“Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in”(Kepada Kaulah kami berserah, dan kepada Kaulah kami meminta pertolongan),
maka Aku menjawab,
“Ini antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta”.
Lalu ketika ia membaca:
 
“Ihdinas shiratal mustaqim, Shiratollazina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhallin”(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang yang engkau murka dan bukan pula jalan orang yang engkau sesatkan),
maka, aku menjawab:
“Ini bagiKu dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta…”
                                              (Hadis riwayat Muslim)

Lihat. Sebenarnya, tiap kali kita baca Alfatihah, sebenarnya, Allah sedang bersembang dengan kita, dan menjawab setiap perkataan kita! Tapi, kita boleh baca dengan laju dan tiada rasa tenang di hati. Adakah kita tak mahu bersembang dengan Allah?

Kerana itulah, seorang ulama’ berkata:

“Aku sangat suka ketika aku membaca Alfatihah, aku akan memperlambatkan bacaan, aku aku dapat membayangkan jawapan Allah….”

Kita bagaimana?



CINTANYA PARA NABI KEPADA ALLAH

Mari.

Kini, mari kita renungi kisah ini. Bagaimana nabi dan rasul, membuktikan cinta mereka pada Allah. Mereka buktikan cinta mereka pada Allah yang suci murni, ikhlas dan tulus. Cinta mereka pada Allah tidak palsu.

 Tidak.

Kau tidak percaya?

Mari wahai kawan. Ini buktinya.

1) Perhatikan cinta nabi Musa pada Allah, tika nabi Musa berkata:
“Dan aku bersegara menuju kepadaMu tuhanku, agar Engkau meredhaiKu…”
(Surah Taha: 84)

Cuba kau renung perkataan “bersegera menuju kepadaMu tuhanku…”

Ini adalah tahap cinta yang sangat agung! Siapa yang mencintai Allah, dia akan bersegera menuju Allah, tidak tangguh dan tidak menunggu. Kerana cintanya nabi Musa pada Allah, baginda bersegera menuju Allah!!

2) Perhatikan pula cinta nabi Ibrahim pada Allah, berkata nabi Ibrahim:

“Aku datang kepadaMu tuhanku…”
(Surah Assoffat: 99)

Subhanallah..
 Pernah tak kau berkata:

“Wahai Allah, aku datang padaMu!! Aku mahu kembali padaMu!”

Pernah tidak? Tapi, nabi Ibrahim datang pada Allah, kerana baginda amat mencintai Allah.

Adakah kau tidak rasa apa-apa bila merenungi kisah cinta ini? Tidak mengapa. Mungkin, 

kau ternanti-nanti, bagaimana cinta nabi Muhammad pada Allah. Maka, renungilah hadis di 
bawah.

3) Para sahabat mengatakan:

“Kami mendengar nabi saw ketika melakukan solat, di dada baginda bergetar, seperti bergetarnya periuk air panas, akibat beliau menangis….”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasaei)

Lihat. Bagaimana nabi Muhammad, amat mencintai Allah, sehingga baginda menangis teresak-esak, kerana rindu dan cinta pada kekasih agungnya, 

Allah.

Kita?

Apa bukti cinta kita pada Allah?

SYURGA CINTA

Daku mengharap, agar dikau yang membaca ini, kembali merenungi, kembali menginsafi, kembali menangisi, kembali memperbaiki, kembali persoalkan diri:

“Adakah aku cinta Allah selama ini, atau cintaku ini hanya palsu??”

Jika benar kita cinta Allah, mengapa kita bermaksiat? Jika benar cinta Allah, mengapa kita tidak mencegah maksiat? Jika benar kita cinta Allah, mengapa kita boleh terhibur melihat maksiat-maksiat yang berlaku di depan mata, di kaca tv, di hadapan laptop, di youtube, henset, dan sebagainya?

Mengapa daku persoalkan perkara ini?

Kerana, jika kau ingin tahu, jika kau ingin memahami, jika kau ingin fahami..

“Di antara puncak cinta kita pada Allah, orang yang mencintai Allah tidak rasa tenang melihat manusia bermaksiat pada Allah. Mereka ingin semua manusia mencintai Allah, kerana dia tahu, cinta Allah itu sangat indah….”

Ingatlah kalian, apabila Ibnu Taimiyah pernah berkata:

"Sungguh, di dunia ini ada syurga! siapa yang belum pernah memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga akhirat!!"

Kemudian, orang bertanya pada beliau:

"Apakah syurga dunia itu?!"

Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:

"Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya..."

Kemudian Ibnu Taimiyah berkata lagi:

"Betapa merananya penduduk dunia yang meninggalkan dunia ini, tanpa pernah merasakan perkara yang paling manis di dunia!"

Kemudian orang bertanya pada beliau:

"Apakah perkara yang paling manis di dunia??"

Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:

"Perkara yang paling manis di dunia ialah manisnya bermesraan dengan Allah..."
***
Maka, di akhir ini, jika benar kau mahukan cinta Allah, jika benar kau tidak mahu cinta kau itu palsu, maka, daku menyarakan agar dikau melakukan perkara ini. Moga-moga ianya adalah bukti cinta dikau pada tuhanmu, 

Allah.

1) Janganlah kau terus menerus melakukan maksiat.

Kita semua melakukan dosa dan maksiat. Namun, andai kau dan aku inginkan cinta Allah, janganlah lakukan maksiat berulang kali. Dosa yang terus menerus harus di hentikan. Berjuanglah bersungguh-sungguh menghentikan dosa tersebut. Andai kau tewas dan ulanginya kembali, maka, taubatlah kembali. Kerana:

"Sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang yang bertaubat...."

2) Segeralah meninggalkan teman-temanmu yang jahat, yang sering mengajak dirimu melakukan maksiat, kecil atau besar.

3) Kerjakanlah solat LIMA waktu tepat pada waktunya, dan istiqomahlah dengannya. Jangan sekali kau tinggalkan dengan sengaja wahai kawan!

4) Mulakanlah solat berjemaah di masjid! Mulakan dengan satu waktu solat di masjid, kemudian dua, kemudian tiga, dan hinggalah kau mampu solat lima waktu berjemaah di masjid.

5) Banyakkanlah zikir pada Allah, banyakkan berdoa, terutamanya doa agar di beri kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk tinggalkan maksiat, kekuatan iman dan terpelihara dari maksiat.

6) Lancarkanlah bacaan quran. Kalau kau tak lancar walaupun usia dah 20 ke atas sekalipun, janganlah engkau malu untuk rendahkan diri, belajar semula dari iqra' 1. Janganlah engkau malu. Kemudian, usahalah untuk baca quran setiap hari, dan hafal juz 30, supaya kau mampu baca di dalam solatmu.

7) Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Doalah pada Alla agar kita di kurniakan sahabat yang serng mendororang kita supaya kembali pada Allah.

8) Dan, berdakwahlah pada keluarga serta kawan-kawan agar mereka kembali pada cinta Allah.

Demi Allah, sesiapa yang melalui langkah-langkah ini, insyaAllah dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, ia akan menggapai "jalan cinta".
Kau mampu wahai kawan. Buktikan segera, agar cinta Allah padamu, terbalas.
"Sungguh, tidak aneh jika hamba yang mencintai tuannya, tetapi, sungguh aneh pabila tuan yang mencintai hambanya...."

Dan..

"Sungguh, tidak aneh jika kita mencintai Allah, tetapi, tidakkah kita pelik pabila Allah amat-amat mencintai kita, walau betapa hinanya kita?"

Ingat..
"Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya.



Kita pendosa yang ingin ke syurga.

 


Label: , , ,




Sabtu, Oktober 10, 2015 | Oktober 10, 2015 | 0 Lovers
Dahulu.Saya menulis sesuatu di blog (khadijahmustafa) second blog. Akan tetapi blog nie dah jatuh sangat terjunam sampailah saat ini baharulah saya nak lakukan sesuatu.Tajuk nya hampir sama dengan tajuk sebelum ini.Tetapi saya hanya put sahaja cinta itu. Saya ingin siapkan satu manuskrip mengenai hal cinta nie tetapi selalu tersadung akibat tidak ada idea.

Lalu saya biarkan idea itu datang nanti2 saje. ade orang dia mencari idea itu *

Apa makna cinta ya kawan-kawan ?

Yang membawa jalan kemurkaan ALLAH itu bukanlah cinta,

Betul.jikalau kita bawa seseorang itu jalan ALLAH tidak redha bermakna kita nie seolah-olah tidak bersyukur.

kita manusia yang selalu sahaja diberi pilihan samaada nak yang baik atau buruk? selalu sahaja kan kita pilih yang buruk betul tak?

reader geleng kepala dan tak faham maksud dia.


Baik,biar saya buatkan satu analogi cinta.Kita bayangkan kita nie ada dua biji epal satu yang dah dimakan dan ada belubang kemudian ada cacing pulak menghengap kt situ. Satu lagi kita ada buah epal yang dibalut tanpa disentuh dan disimpan rapi.Di balut kain merah.eh

lalu kita memilih yang mana kita nak makan ?semestinya kita pilih yang elok lagi sedap dan menyenangkan berbanding kita ambil buah yang sudah dirobek.Betulkan.

Tapi kita tidak pilih pun,ada yang memilih yang baik namun ada juga memilih yang kurang baik. 


Namun cinta itu satu fitrah yang mana cinta itu mampu berubah menjadi fitnah. Fitnah yang macamana? fitnah tu bila diri selalu disogok dengan laguan cinta,bila diri selalu menonton drama2 cinta-cintun.Bila diri melihat teman yang ada gf/bf dan lain-lain.

 CINTA itu MAMPU menjadi indah bila hati ditaut dengan cinta pada ALLAH swt 

 Dan orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah (S.2: 165)
lagi ALLAH berfirman 

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali-Imran ayat 185."

Bagaimana kawan-kawan ?

Nak tak berjuang menuju syurga ALLAH dan tinggalkan larangan nya?
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.

     YEA.kita berjaya kawan-kawan,bila kita letak ALLAH no satu dan jauhi segala larangan nya. SEMOGA ALLAH berikan JALAN untuk KITA terus berubah Menjadi KEKASIH yang DIA CINTAI. 

semoga ALLAH redha 
mrs blossem a.k.a khadijahmustafa
11:17 mlm






Label: , , , , , ,




Ahad, September 27, 2015 | September 27, 2015 | 0 Lovers
    


 Saat ALLAH mencintai seorang hamba,mengasihi seorang hamba.Allah swt mengisytiharkan nama dilangit.

Bagaimana?

           "wahai jibril!! ALLAH swt  panggil jibril A.S

"wahai jibril,aku mencintai seorang itu." tak cukup dengan itu ALLAH swt perintah Jibril A.S  memanggil para malaikat lalu ALLAH swt mengisytiharkan lagi. Dinukilan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah  r.a:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
 إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ عَبْدًا دَعَا جِبْرِيلَ فَقَالَ إِنِّي أُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ ثُمَّ يُنَادِي فِي السَّمَاءِ فَيَقُولُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي الْأَرْضِ. (رواه البخاري)
            Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibrilpun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kalian semua, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (HR. Bukhari).


Saat Allah mencintai seseorang,
Tempat pertama menerima sentuhan cinta ialah hati..
Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa
kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah...


Ketika Allah SWT mencintai hambanya, Allah yang maha tinggi tidak hanya cukup mengatakan aku cinta kepada orang ini! Tapi Allah umumkan kepada seluruh penjuru makhluk-Nya! Apa kata Allah dalam hadis tadi?

                                 “إِنِّي أُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ ثُمَّ يُنَادِي فِي السَّمَاءِ

          “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia, lalu jibril pun mengumumkannya kepada seluruh makhluk di langit!”
فَيَقُولُ (جبريل): إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي الْأَرْضِ.

          Maka Jibril pun mengumumkan kepada seluruh penduduk langit, para malaikat, para nabi, para wali Allah dari kalangan jin dan manusia, “Sesungguhnya Allah telah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kalian semua! Kemudian orang itu pun menjadi dicintai segenap makhluk Allah di muka bumi ini.”

Jika seseorang telah dicintai oleh Allah, maka hidup ini terasa tenang, damai, dan tentram penuh kasih sayang, perlindungan dan rahmat-Nya Ta’ala. Apa yang diminta akan diberi, apa yang diinginkan akan terkabul. Segala kebutuhannya akan dipenuhi, dan diakhirat mendapatkan ridho dan perlindungan-Nya dari siksa api neraka. Enak ga’ jadi orang kaya gini? Pasti doong… Dalam sebuah Hadis Qudsi Allah SWT berfirman:
من عاد لي وليا فقد آذنته بالحرب

          “Orang yang telah menjadi kekasih-Ku, maka aku akan selalu siap membantunya”
Siapakah Wali atau kekasih Allah itu?
اَلاَ إنَّ أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون الذين آمنوا وكانوا يتقون

“Ketahuilah sesungguhnya para waliyullah tidak merasa takut dan sedih, mereka adalah orang-orang yang beriman dan selalu bertaqwa”. Lalu Allah melanjutkan firman-Nya dalam Hadis Qudsi tadi:
وما تَقَرَّبَ إليَّ عبدي بشيئ أَحَبَّ إليَّ مما افترضتُهُ عليه ولا يزال عبدي يتقرَّبُ اليَّ بالنوافلَ حَتَّي أحبَّه فإذا أحببتُهُ كنتُ سمعَه الذي يسمع به وبصره الذي يُبْصِرُ به ويَدَهُ التي يَبطِش بها ورجلَه التي يَمشِي بها ولإن سألنيْ لأُعطينَّه ولإنِ استعاذَ بيْ لأُعيذنَّه.

Allah SWT berfirman, “Tidak seorangpun hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling aku cintai, melainkan dengan apa yang telah aku wajibkan kepadanya. Hambaku adalah orang yang selalu mengerjakan ibadah-ibadah nawafil (amalan-amalan sunnah) sehingga aku mencintainya. Ketika aku telah mencintainya, maka akulah yang akan menjadi telinga yang dia gunakan untuk mendengar, mata yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memukul, kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, pasti aku berikan, dan jika dia butuh perlindungan-Ku, pasti aku lindungi.”

Melalui Hadis Qudsi ini, kita bisa memahami bahwa seorang hamba yang sangat istimewa di hadapan Allah SWT adalah seorang hamba yang mampu memadukan antara suatu kewajiban (fara`idh) dengan amalan sunnah (nawafil) . Tidak ada artinya amalan sunnah, atau ibadah-ibadah yang sifatnya sekunder di saat hal-hal yang lebih wajib ditinggalkan. Kita mengerjakan sholat sunnah Dhuha atau shalat Qobliyah dan Ba’diyah misalkan, tetapi harus juga dengan tidak meninggalkan kewajiban sholat yang lima waktu yang fardhu. Kita menunaikan haji ke Baitullah untuk yang ke sekian kalinya, tetapi juga harus dengan melihat apakah orang-orang miskin disekeliling kita sudah tercukupi semua. Jangan sampai kita selalu melaksanakan ibadah sunnah yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah Saw, tetapi kita tidak menjaga tali silaturrahmi yang wajib.


Agak-agak tenang kah hidup kita begini, apabila ALLAH swt mengisytiharkan nama kita dihadapan para malaikat dan seisi alam.justeru biarkan dunia tidak menerima tapi bila ALLAH swt berikan keredhaan itu sudah dimiliki maka itu tidak penting.



Label: , ,