Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Rabu, Februari 24, 2016 | Februari 24, 2016 | 0 Lovers


Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.


Pernah dengar tak ?

Qad kafani.
kalau kalian buka pause here,kalian nampak dan dengar,

Qad kafani ditulis dari Imam Haddad

Qad kafani i'lmu rabbi min sooaali, wakhtiyaariFadu'aa i wabtihaali, shaahidunli biftiqaari
Falihaadha sirriad'u, fi yasaari wa 'asaariAna 'abdun saara fakhari, dhimna faqaari wadhtirari
Ya ilahi wa maliki anta ta'lam kaifa haali,Wa bima qad halla qalbi min humumin washtighali
Fataada rakni bilutfin, minka ya maulal mawaaliYaa karimal wajhi ghithni, qabla an yaafnas tibaari
Yaa sari 'al ghauthi ghautha, minka yudrikni sari'aYah-zumul 'usra wayati, billadzi urju jami'a
Yaa qariban ya mujiban, ya sami'a ya 'alimaQad tahaqqaqtu bi'ajzi, wa khudhu 'i wan kisaa ri
Lam azal-bilbaabi waqif far haman rabbi wuqufiWa biwaadil fadhli 'aakif, fa-adim rabbi 'ukoofi
Wa lihusnil zonni laazim, fahuwa khilli wa halifi,Wa anisi wa jalisi, tula laili wa nahaari
Haajatan finnafsi ya rab faq dhiha ya khaira qaadhiWa arih sirri wa qalbi, min lazaaha wash shawaazi
Fi suroo rin wa huboorin wa i dzaa maa kuntu raadhiFal hanaa wal basti haali, wa shi'aari wa dithaari

Sering2 terfikir nak letakkan lagu dalam blog,tapi sering fikir kalau lah lagu itu menganggu kalian.
jadi akhir nya letakkan lagu qasidah QAD KAFANI.

Kalian boleh cari di google terjemahan nya.




Qasidah (“Qad Kafani”) yang dibacakan tadi merupakan luahan dan ungkapan hati seorang arif, seorang abid - Imam Abdullah ibnu Alwi Al-Haddad, yang isi kandungannya adalah mengungkapkan tentang doa yang merupakan senjata ampuh bagi seseorang untuk mendapatkan pemberian yang tidak boleh diberi oleh sesiapa pun juga, untuk mendapatkan satu anugerah, yang anugerah itu kalau semua makhluk berkumpul pun untuk mendatangkannya tidak akan mampu kecuali Allah SWT.

Dalam Al-Quran nul Kareem, Allah Ta'ala mengisahkan keampuhan dan kekuatan senjata doa yang ramai daripada manusia kurang memberi perhatian – bukan pada doanya, tapi meyakini hebatnya doa. Ramai orang berdoa, tapi tidak ramai yang meyakini kehebatan, keampuhan, kekuatan senjata doa. Mereka lebih bergantung pada benda-benda yang bersifat material untuk menjadi asbab, ‘cause-and-effect’, prasarana, walaupun segala itu adalah penting. Tetapi di dalam Al-Quran nul Kareem, Allah SWT menceritakan tentang seseorang yang sudah putus sebabnya untuk mendapatkan apa yang boleh dihasilkan oleh sebab, yang tidak ada lagi wasilah untuk mendapatkannya melalui wasilah itu, iaitu kisah Nabi Zakaria.

Dalam Al-Quran, surah Mariam, Allah SWT berfirman, supaya kita memahami bukan hanya fadhilah doa tapi kehebatan doa, supaya setiap orang daripada kita kerap berdoa kepada Allah dan meyakini hebatnya doa dan mengambil iktibar daripada kisah Nabi Zakaria.

Nabi Zakaria merupakan salah seorang Nabi yang dipilih untuk membela dan menjaga Siti Mariam. Beliau sudah sekian lama menikah tetapi tidak mendapat zuriat, lalu diambillah Siti Mariam untuk dibela dan dididik, lebih-lebih lagi isteri Nabi Zakaria adalah mempunyai hubungan kerabat dengan Siti Mariam. Isteri Nabi Zakaria adalah adik-beradik kepada ibu Siti Mariam. Adalah perkara yang menggembirakan kepada Nabi Zakaria ketika beliau diberi Siti Mariam untuk dididik.

Dengan berlalunya masa, Siti Mariam pun membesar sehingga dewasa. Nabi Zakaria menyaksikan keajaiban padanya – setiap kali Nabi Zakaria masuk ke tempat beribadatnya Siti Mariam (mihrabnya), Nabi Zakaria mendapati ada hidangan makanan yang istimewa. Keistimewaan makanan itu nampak kerana apa yang terhidang tidak ada di luar. Hidangannya merupakan buah-buahan yang bukan di musimnya, untuk menunjukkan tiada sesiapa pun daripada manusia yang mendatangkannya. Macam mana nak mendatangkan buah yang bukan di musimnya? Allah mendatangkan makanan di musim sejuk sedangkan di luar musim panas, dan sebaliknya sehingga itu menampakkan keajaiban setiap kali Nabi Zakaria masuk ke mihrab Siti Mariam.

Nabi Zakaria bertanya, “Bagaimana kamu mendapatkan rezeki ini Mariam?” Jawabnya, “Ia datang daripada Allah SWT.” Maka, Nabi Zakaria, di situ berdoa. “Tuhanku..” Apa permintaan Nabi Zakaria? Beliau meminta untuk dikurniakan cahayamata, yang beliau sudah sekian lama menikah tapi beliau belum mendapatkan zuriat (surah Mariam, ayat 4)




-Rain-
10:40




0 Ulasan posted :