Aku kau dan dia

Ada beza antara kita dan dia,
Juga ada beza antara kita dan mereka.

Hidup ini ada pelbagai rona warna,
Jikalau semua seakan sama,
Maka tiada seri yang dapat mengindahkan.

Ada sebab mengapa sesuatu itu berlaku,
Dan ada sebab mengapa Allah hadirkan kita dalam sesuatu situasi.

Bukan hanya sesuatu yang sia-sia,
Semuanya terselit hikmah yang dapat kita guna pakai.

Gerabak hidup ini tidak bergerak semudah yang kita sangka,
Ada masa-masa akan ada sesuatu yang datang menghalang,
Dari gerabak ini meluncur dengan lancar.

Dan yang hadir itu semuanya berada dalam kemampuan kita,
Allah uji berdasarkan kekuatan kita.

Dalam lemah-lemah kita,
Ada Dia yang sentiasa beri kekuatan pada kita.

Maka --

Mengapa memilih untuk berada di situ,
Sedangkan perjalanan hidup itu masih panjang untuk kamu terokai?

Ayuh bersamaku,
Kita telusuri medan ini.

Hingga nanti,
Kita bakal berjumpa dengan mereka-mereka yang sedang berehat di alam sana��

#TheContengan

https://telegram.me/TheContengan

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG

kehidupan ibarat pelangi