Isnin, Mac 14, 2016 | Mac 14, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,
nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.”
Surah al-Nahl, ayat 18.
bertempekkan muka kat sini
sangat2 keterujaan...hahahah..
Hahahah...
Last blog yang asalnya nak berkongsi bermacam2 ilmiah,tukar menjadi tempat diaries...So For this POSTING mabye pasal hari ini kot...
Ehmm..setiap manusia itu pasti ada kelemahan dan kebaikan,ana tak akan guna keburukan sebab feel like bomb.Manusia yang ALLAH cipta sememangnya sempurna seperti sempurna teramat-amat.Cuba korang cek badan korang,telinga,mata korang hidung bahkan jugak urat nadi korang ada tak tercela..
Never..
Mabye cakap "Rasulullah saw itu yang sempurna,kita biasa shj pun.."Sememang nya kita biasa saja.Itu dah realiti.Tapi Rasulullah saw orang nya maksum.Apa maksum kawan-kawan ?
Cari en.google.
Maksum nie sebenarnya TaK ada KHILAF dan SALAH2 macam kita.
Pengertian maksum mengikut istilah bahasa ialah terpelihara lagi terkawal. Mengikut pengertian syariat pula, maksum ialah orang yang hatinya terlalu bersih kerana tidak pernah melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil sama ada dosa lahir mahupun dosa batin. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan kita perkatakan.
MAKSUM
Maksum bermakna terpelihara daripada dosa dan terkawal daripada kesalahan dan kesilapan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil sekalipun perkara makruh, lahir atau batin serta terjamin terpelihara hingga ke akhir hayatnya.
Maksum ini hanya berlaku kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Kalaupun mereka melakukan kesalahan, bukanlah kesalahan-kesalahan yang terjatuh kepada haram atau dosa. Bahkan makruh pun tidak berlaku. Tetapi kalaupun tersalah, kesalahan yang berlaku itu mengikut istilah syariat dipanggil khilaful aula, yang bererti menyalahi yang utama.
Maksudnya begini; bila hendak melakukan kebaikan, mereka pilih yang kurang utama. Sebagai contohnya, katakanlah ada dua kebaikan. Satu kebaikan itu dibuat dapat 10 pahala dan satu lagi dapat 70 pahala. Kedua-duanya baik tetapi ada sesetengah rasul itu tertempuh jalan kebaikan yang dibuat hanya dapat 10 pahala.
Inilah yang dikatakan menyalahi yang utama. Yang utamanya elok dia menempuh jalan yang dapat 70 pahala. Tetapi dia menempuh jalan yang dapat 10 pahala saja. Walaupun 10 tetapi masih baik dan berpahala. Ini yang dinamakan khilaful aula atau menyalahi utama. Atau contoh yang lain, satu perkara itu kalau ditinggalkan lebih utama dan mendapat pahala daripada dilakukan kerana melakukannya harus (mubah) sahaja.
Apa hikmahnya para rasul dan para nabi tidak membuat dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil dan juga yang makruh, sama ada yang lahir atau batin?
Hikmahnya ialah kalau sedikit sahaja kecacatan yang dilakukannya, risikonya amat berat.
Mereka adalah pemimpin, pendidik, sumber rujuk, sumber ilmu, tempat sandaran, tempat contoh agung seluruh umat di zamannya.
Maka segala-galanya yang dilaksanakan oleh mereka akan ditiru oleh umatnya. Jika dia tersilap, umatnya akan meniru kesilapan dengan alasan rasul mereka berbuat demikian. Selain itu, orang ramai juga akan meragui keadilan dan kewarakan mereka. Sebab itulah Allah jadikan mereka tidak pernah melakukan dosa besar dan dosa kecil, juga perkara yang makruh sama ada kesalahan lahir mahupun batin. Allahlah yang menjaga dan mengawal orang-orang-Nya ini, yang kerana itu mereka digelar maksum atau terpelihara dan terkawal. link
Jadi apa yang ana nak kongsi?
Artikel ini dah panjang pulakkan.So ana start menulis guna point sbb nak korang tak keterujaan..(hakhakak..Sebenarnya masa carik perkataan keterujaan itu nak letak pelbagai kata dah.tak cantik lah,jadi hudoh lah..) sorry eh..
- Pertama,tinggal berapa hari lagi,time tu dah nak hampir..sahabat kuin pulak tak jemput ke?nak sangat2..tapi takutlah..macam2 andayan dah keluar nie..husnuzon okey.
- keduanya hari ini ada pelajaran yang berguna untuk tahun2 akan datang..yes...that to much for me..Thank pak da.
- ketiga pula pegi pjabat agama ada lagi yang tak steel.Susah hati sangat nie.
- keempat : nak pula cari warna sama kemudian esok mungkin..
oh ya ..untuk korang (sahabt blogger) insha ALLAH ana hantar ye..Tunggu tau...
1205
Budak sengel akan berbaitul muslim tak lama lagi.
Mcam tak xcaya pulak..hakkahak...
Label: cetusan dr penulis, Diares, diari ku, Diary
0 Ulasan posted :