Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Isnin, Mac 14, 2016 | Mac 14, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.

bertempekkan muka kat sini
sangat2 keterujaan...hahahah..

Hahahah...
Last blog yang asalnya nak berkongsi bermacam2 ilmiah,tukar menjadi tempat diaries...So For this POSTING mabye pasal hari ini kot...

Ehmm..setiap manusia itu pasti ada kelemahan dan kebaikan,ana tak akan guna keburukan sebab feel like bomb.Manusia yang ALLAH cipta sememangnya sempurna seperti sempurna teramat-amat.Cuba korang cek badan korang,telinga,mata korang hidung bahkan jugak urat nadi korang ada tak tercela..

Never..

Mabye cakap "Rasulullah saw itu yang sempurna,kita biasa shj pun.."Sememang nya kita biasa saja.Itu dah realiti.Tapi Rasulullah saw orang nya maksum.Apa maksum kawan-kawan ?
Cari en.google.

Maksum nie sebenarnya TaK ada KHILAF dan SALAH2  macam kita.

Pengertian maksum mengikut istilah bahasa ialah terpelihara lagi terkawal. Mengikut pengertian syariat pula, maksum ialah orang yang hatinya terlalu bersih kerana tidak pernah melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil sama ada dosa lahir mahupun dosa batin. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan kita perkatakan.
MAKSUM
Maksum bermakna terpelihara daripada dosa dan terkawal daripada kesalahan dan kesilapan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil sekalipun perkara makruh, lahir atau batin serta terjamin terpelihara hingga ke akhir hayatnya. 
Maksum ini hanya berlaku kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Kalaupun mereka melakukan kesalahan, bukanlah kesalahan-kesalahan yang terjatuh kepada haram atau dosa. Bahkan makruh pun tidak berlaku. Tetapi kalaupun tersalah, kesalahan yang berlaku itu mengikut istilah syariat dipanggil khilaful aula, yang bererti menyalahi yang utama.
Maksudnya begini; bila hendak melakukan kebaikan, mereka pilih yang kurang utama. Sebagai contohnya, katakanlah ada dua kebaikan. Satu kebaikan itu dibuat dapat 10 pahala dan satu lagi dapat 70 pahala. Kedua-duanya baik tetapi ada sesetengah rasul itu tertempuh jalan kebaikan yang dibuat hanya dapat 10 pahala. 
Inilah yang dikatakan menyalahi yang utama. Yang utamanya elok dia menempuh jalan yang dapat 70 pahala. Tetapi dia menempuh jalan yang dapat 10 pahala saja. Walaupun 10 tetapi masih baik dan berpahala. Ini yang dinamakan khilaful aula atau menyalahi utama. Atau contoh yang lain, satu perkara itu kalau ditinggalkan lebih utama dan mendapat pahala daripada dilakukan kerana melakukannya harus (mubah) sahaja.
Apa hikmahnya para rasul dan para nabi tidak membuat dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil dan juga yang makruh, sama ada yang lahir atau batin? 
Hikmahnya ialah kalau sedikit sahaja kecacatan yang dilakukannya, risikonya amat berat. 
Mereka adalah pemimpin, pendidik, sumber rujuk, sumber ilmu, tempat sandaran, tempat contoh agung seluruh umat di zamannya. 

Maka segala-galanya yang dilaksanakan oleh mereka akan ditiru oleh umatnya. Jika dia tersilap, umatnya akan meniru kesilapan dengan alasan rasul mereka berbuat demikian. Selain itu, orang ramai juga akan meragui keadilan dan kewarakan mereka. Sebab itulah Allah jadikan mereka tidak pernah melakukan dosa besar dan dosa kecil, juga perkara yang makruh sama ada kesalahan lahir mahupun batin. Allahlah yang menjaga dan mengawal orang-orang-Nya ini, yang kerana itu mereka digelar maksum atau terpelihara dan terkawal. link
Jadi apa yang ana nak kongsi?
Artikel ini dah panjang pulakkan.So ana start menulis guna point sbb nak korang tak keterujaan..(hakhakak..Sebenarnya masa carik perkataan keterujaan itu nak letak pelbagai kata dah.tak cantik lah,jadi hudoh lah..) sorry eh..

  • Pertama,tinggal berapa hari lagi,time tu dah nak hampir..sahabat kuin pulak tak jemput ke?nak sangat2..tapi takutlah..macam2 andayan dah keluar nie..husnuzon okey.
  • keduanya hari ini ada pelajaran yang berguna untuk tahun2 akan datang..yes...that to much for me..Thank pak da.
  • ketiga pula pegi pjabat agama ada lagi yang tak steel.Susah hati sangat nie.
  • keempat : nak pula cari warna sama kemudian esok mungkin..
oh ya ..untuk korang (sahabt blogger) insha ALLAH ana hantar ye..Tunggu tau...

1205
Budak sengel akan berbaitul muslim tak lama lagi. 
Mcam tak xcaya pulak..hakkahak...

Label: , , ,




Ahad, Mac 06, 2016 | Mac 06, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.

Pertama : Tahniah dn mabruk ntk korang adik-adik sbb dah berjaya dalam SPM 
                   (walaupun dah berhari-hari habis masa keputusan itu tapi oleh kerana keeksiate nya untuk lakar pada korang semua )

Kedua : My handphone broken,Skrin pecah retak tak boleh guna.tak boleh sentuh tak boleh hapdet telegram (channel sendiri) dan iG. EH...TAPI semua nya ada hikmah. mungkin jugak aku terlalu sangat terleka.

ketiga : Tok cah aku sakit.Haritu sakit nya dipinggang,tetapi sekarang nie sakit nya disendi.takut lah kalau-kalau kena Gout. kemudian bila tok cah cakap yang tok larat,aku terasa makin nak jauh dan nak mengadu sembuhkan sakit dia. Tok nampak aku tok panggil Mursyida,tok tak larat dah" itu yang aku sempat tangkap.
Tok terlihat tidur diatas katil.Mulanya aku nak ambil gambar send untuk adik aku di oversea.tapi aku pendamkan balik niat aku,
selepas tu,kitorag dgn seberapa yang ada,duduk satu halaqah dan bincang macamana kitorang nak urus. 
Pak ngah...kata2 dia sangat menusuk,tersusuk bagai jarum yang tajam tikam jantung 

"Bila Emak dah tak da,masa itu tak da guna dah meratap wajah emak.Pandang wajah emak nie bagai berperang dimedan jihad."

aku dok sebelah umie pegang erat2 baju ummie( kalau pegang tangan nanti siap kena kata das sikit "awat dah buang tabiat/atau kena libas dengan tangan adik mariah.)

p/s aku rasa dalam latop aku nie masih ada kot gambar tok cah.Yang baik tapi tegas.tak mau kehilangan tok. 

kelima : terasa dah panjang sangat kan...perkongsian kecik nie..jadi nak korang berehat dan selamat tidur sambil ulit mimpi indah belaka. moga hidup korang rasa bahagia dan yg penting sekali ALLAH sentiasa redha dengan korang dan sayang cinta love sama dengan korang. Selamat tinggal 

0152 subuh
6/3

Label: , ,




Isnin, Disember 14, 2015 | Disember 14, 2015 | 0 Lovers
sengel dah,
bila start menulis tak leh berhenti dah,
alang2 dah jahit baju biar sudah..

tapi ada dua cerita nak kongsikan.
pertama ialah ana sememang suka semua lagu tak kisah hindi ke,English ke atau malay.
Even kalau nasyyed lagi ana suka.

But..
ada sebabnya kenapa ana suka?
yang pertama jika lagu itu ada instrumental
,ana akan ikut rentak tu.
kedua dengan lirik nya hatta kalau nasyeed pun ada jugak
nasyeed berkisar kan cinta ana terus tolak dan buka instrumental.

kalau tengok pada blog inikan,
mesti perasaan kan bila ada lagu Korean tapi bentuk instrumental.

Cherita kedua.
yeah..ana betul-betul suka kan penulisan BI
takut nanti bi ana terus mati dan tak hidup balik.
ana suka baca atau dengar lagu English dan tengok movie English,
ceritera bebudak itu ana tengok misalnya cerita victor dengan kisah buaya,
best sangat.
dan ana juga ada impian yang ana nak menulis buku dalam bentuk penulisan BI.ah..jem nanti.
SPM pun KO je.

ala kulihal.
ana nak beritahu juga ada beberapa syarikat penerbitan
tapi ana just hantar je pastu  satu ni dia minta ana hantar beberapa page kemudian baru lah
ana dinilai..

---------------------------------

ana harap boleh Berjaya lepas nie.
ditulis mrs blossom a.k.a amni aulia novelis.
1219 am
14122005

Label: , , ,




Isnin, Disember 07, 2015 | Disember 07, 2015 | 0 Lovers
maaf semua nya.
tajuk entri sangat pelik. dah diupdate semula
bila lihat kembali
maaf ya


assalamualaikum..wrt
baik tanpa buang masa,ana keluar terus apa yang ana rasa nak sampaikan.

SEBENARNYA handphone ana,laptop ana table ana pergh semua nya dah rosak,
gelap,wahal baru je guna tak sampai dua tahun.
 pastu jem pulak. Geram teramat.

tetapi ana masih boleh update blog cuma di intagrm,facebook and tweet tak boleh.

ana dah ada beberapa blog lain yang tak diurus kemudian ana kira ana start balik belog pertama ana.

--------------------------

ana seorang peminat menulis tak kira novel atau cerpen

atau pun 

zine 
bahkan ana cuba jikalau boleh 

ana nak siapkan bebrapa karya..

huhuk...

bermula menulis
tajuk buku senpai.
#ma da ma da da neh 
simply but not yet,

wasalam

cerita malam hari 
tulis 
mrs blossem 
waktu 10 malam ke atas 
7 11 2015


Label: , , ,




Selasa, Mei 26, 2015 | Mei 26, 2015 | 0 Lovers
ssalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semuamuslimin di alam maya ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti

. Tiada harta sebagai jaminan bahawakau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ..."Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nyaialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlakdiriku. 

Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. 

Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. 

Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. 

Aku bercita-cita bergelar pendampingsolehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul," Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. 


Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,"


 Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagiandari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewariskejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata.

 Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Ingin aku berbicara membimbangkan akanmengenai pemberianmu kepadaku.

 Kau terlalu Ketahuilah, kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.

 Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yangbersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. 

Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redhadan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. 

Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak

. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagiayang tidak ada tolok bandingnya hingga kehari ini.Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini.

 Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hatiini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.


Wassalam

-Ehm..rasanya tak perlu letakkan gambarkan bukan,-

Label: , , ,




Khamis, Mei 15, 2014 | Mei 15, 2014 | 0 Lovers
 
Untuk Tahun Ini lebih banyak nye coretan diari sendiri dari menulis .....
dan tumpukan penulisan novel pertama inshaaALLAH

KULIYYAH DI TURKI -- KEINGINAN UNTUK MEMPERLAJARI BAHASA TURKI , KU MEMINTAI KISAH PEJUANGAN SULTAN AL FATEH II DAN KU JUA MENCINTAI SEORANG PEMUDA ASSYAHID AHMAD AMMAR AHMAD AZZAM , KU LIHAT SIFATNYA KEPERIBADIAN NYA SEAKAN SAMA DENGAN SULTAN ALFATEH WALAUPUN YG MEMBEZAKAN UMUR DIMANA SULTAN ALFATEH KETIKA BERUMUR 19 THN DIA SUDAH MEMDALAMI NAMA PEJUANGAN NAMUN KETIKA UMUR 21 THN KETIKA ITU KU TERUS TERSENTAK ADAKAH KU SUDAH MEMBERIKAN MANFFAT KPD YG LAIN ,
14/4/2014  7.07pm
 
QOUTES MEVLANA  JALALUDDIN AR -RUMI
" JIKA KAU TERLALU SIBUK MELIHAT MASA LALU MU ATAU BAHKAN CEMAS TERHADAP KEHIDUPAN MASA MENDATANG KAU TUDAK AKAN MELIHAT NYA DAN JIKA KAU MELUPAKAN -NYA HIDUP INI TIDAK LAYAK KAU JALANI ..."
Aku memlihat dari mata kasar bila mana seorang pemuda diangkat nama nya , aku khuatir bila ku bersemangat akhirnya musuh ku terus menerus mengajak ku jln yg ALLAH tidak redhai , sungguh sifatnya khataria nya membuat ku lebih mencintai dunia jihad ku melihat juga manusia yg cuba mengubah diri apabila Nama pemuda itu terlalu banyak ku ketahui bahkan semasa sebelum dia wafat dia memperdengar alunan seruling ney bahkan aku juga mendengarnya sahdu sangat . ku jugak berharap ku ada impian untuk ummah ku . Aku mahu mencintai ALLAH aku mahu tutupkan hati ku dan tulisan ku biar disini , aku tak mahu nama ku disebut hatta apa yg ku lakukan agar niat ku tidak lari .
 
 
 
 
14/5/2014
Komputer riba.. Parah lagi Mengelamkan segala isi hanya tinggal mouse bergerak-gerak , semalam Aku mahu menulis tapi keadaan itu menyebabkan terbantut . Sememangnya aku hanya berfikir bagaimana ku mahu menulis ?? Bertimbun2 aku letakaan disisi ku sehingga tidur bersama . Buku oh buku aku cinta kamu .
Hari ini hanya tuliskan diari ..Diari mahu ke kota AlFateh , Semangat itu masih ada  , mahu seperti Shreimizi Ahmad Ammar .
Tapi kenapa yer ?? sesaat itu aku tak mampu menulis , ku mahu menulis terasa rindu teramat , sungguh ketika dulu aku hanya menulis menguna pen dan kertas sehingga sekarang aku masih catit tiap2 biat yg ku perolehi . Jiwa tanpa menulis bukan kah mustahil . sesaat aku menulis diari ni aku rasai keringnya ide untuk ku menulis , seolah seperti bebudak sekolah . Mana mungkin ku akan menjadi sebuah Novel atau Novelet .
Aku dahulu agak mengada-gada sehingga komputer riba milik Ayah ku dikawal , sememangnya hanya untuk menulis sahaja . Aku masih ingat lagi aku menulis di buku tebal disitu tercatat bermacam cerpen antara itu aku sudah publish utk blog2 yg aku kenal dan Blog ku jugak .
Tiada lah kata lain utk ku bercinta mustahil aku hanya cinta kan ilmu ni penulisan . sememaang nya darah milik ayah ku mengalir dalam diriku ,
Kata sahabat – pernah pegi bengkel penulisan ke ? sememangnya teringin teramat sangat , Tiga tahun lepas Hilal asyraf datang buatkan bengkel namun mustahil sebab ketika itu aku belum mempunyai peralatan secukupnya dan kekurang wang menjadi taruhan hati . Ketika aku mengata kan biarlah mungkin ada lagi selepas ini .
Cukuplah luahan sekerat ini buat ku mengalah tanpa ku menulis ,
10:12 PM
Siang tadi Aku menyuapkan pada nenek ku yang aku panggilnya tok nek , Dia wanita yang aku rasa berbeza dari lain , Wataknya peribadinya sememang nya buat ku tersentuh kekadang terasa kekadang kelucuan .Bahkan membezakan antara dia dengan wanita lain orang disekelilingnya termasuk ku akan terhibur , Aku masih ingat sewaktu kecil Tok nek gendong adik ku wanita yang kuat dan tabah ,
Tetapi sesaat ini ketabahan itu pudar seolah keperibadian nya membuat ku lebih kasih pada dia , Aku masih ingat lagi manusia akan menjadi budak kecil seusia sebegini , Nenek ku dia berwatak seperti budak kecil , Mahu diusap dan dibelai . Tapi aku ketika aku suapan padanya ku terlintas dihati seandainya ibu kuberkenan sebegini lantas anak ku berbuat sebegini adakah itu cukup mengembirakan dia ??
  “Ya ALLAH panjangkan lah umur nenek ku, ibu ku , ayah ku tokwan ku dan tok mama ku .” Amin ya rabbi.
Dan Malam ini Abah ku masak , cepat daripada ku lagi .walaupun abah sibuk dan sekali masuk dapur tapi masakan abah memang sedap malangnya perut dah penuh .
 

 

Label: