Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Isnin, Disember 05, 2016 | Disember 05, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” Surah al-Nahl, ayat 18.

Bismillah.









Sentiasa.
Aku sentiasa merasakan kehidupan yang Tuhan aturkan aku, di tiap bahagiannya adalah
sentiasa yang terindah. Dalam sepi, aku menadah. 
Ternyata Tuhan mengabulkan segalanya, namun penantian yang mungkin rasa sukar di celah-celahnya tatkala merasa getirnya hidupnya. Namun, tersingkap hikmah, di sebaliknya.













Sentiasa. Tuhan sentiasa merencanakan suatu yang baik-baik buat  hamba-Nya.
Sentiasa. Tuhan merencanakannya tepat pada waktu yang tepat.













Sukar digambarkan kisah silam yang menghantui.
Aku terpaksa meninggalkan wajah-wajah srikandi yang aku sayangi,
yang disanjungi, dengan harapan.

Aku tinggalkan mereka kerana Allah.

Yang bersama mereka, tersebarlah kegemilangan
dan terpasaknya perjuangan.







--------------------------------------------------------------------------------------------------






                            



Namun, hari berganti hari. Siang bersilih malam. Harus aku lewati hidup ini. Aku butuh untuk meneruskan kehidupan ini. Aku butuh untuk memilih jalanku sendiri,
Maafkan aku, waktu-waktu laluku.








Tak mampu aku menipu waktu akhirku. Aku begitu merindukan saat-saat pentarbiyyahan masa lalu.

Masa lalu yang memuncak. Lewat di usia pertengahan perjuangan yang  berada di ujung-ujung.




-
-
-





Merudum. Sementelah sepeninggalan nya aku di bumi rendah sekebun bunga untuk ke kota Seribu Menara.

Dengan harapan yang meninggi, pada generasi seterusnya untuk memikulnya.
Tiada langsung niat untuk meninggalkan. Apatah lagi, untuk menghancurkan harapan.













Bukankah, ketenangan itu hadirnya dari Tuhan?
Dalam sujudku. penuh sendu. 
Hanya DIA aku mohon.
Dibukakan jalan untuk ku temu keredhaan.












Ternyata apa yang aku nantikan, telah tiba.
aku harus pergi.









Izinkan jiwa hina yang ketandusan ilmu ini mengutip butir-butir, mutiara yang berhaga di sini.
Aku bakal pulang. Bakal pulang membawa isi-isi yang memenuhi ruang yang ada.


Untuk jiwa-jiwa yang sentiasa diberi karunia,istimewa dari yang Esa.
Pulanglah ke pangkuan TuhanMu.

Sentiasa punya peluang,
pada kita bertemu Tuhan.


copy artikel dari Blog  (klik disini )

Label:



0 Ulasan posted :