Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Disember 17, 2016 | Disember 17, 2016 | 0 Lovers
Imej yang berkaitan


قال الإمام الشافعي رحمه الله 
 .جوهر المرء في ثلاث 
Imam Syafi’i رحمة الله تعالى berkata :
Kehebatan seseorang terdapat pada tiga perkara :



كتمان الفقر ●
حتى يظن الناس من عفتك أنك غني

Kemampuan menyembunyikan kemelaratan, sehingga orang lain menyangkamu berkecukupan kerana kamu tidak pernah meminta.


وكتمان الغضب ●
حتى يظن الناس أنك راض

Kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang mengiramu merasa ridha


وكتمان الشدة ●
حتى يظن الناس أنك متنعم

Kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengiramu selalu senang

[ مناقب الشافعي للبيهقي (y/2) ]
[ Kitab Manaqib Imam Syafi’i, karya Al Baihaqi, 2/188 ]







Hasil carian imej untuk islamic gif tumblr



Duhai para perindu Allah s.w.t.,

Air dari gunung yang tinggi (air terjun) hanya akan terjunam dan bertakung pada tempat yang rendah, dengannya manusia dan alam dapat manfaat darinya.
Ilmu Allah s.w.t. yang tinggi (Ma'rifat) hanya terjunam dan bertakung pada jiwa yang miliki kerendahan, dengannya manusia dan alam akan dapat manfaat darinya.
Ilmu yang haq adalah ilmu yang bersatu dengan adab kerendahan jiwa.
- Walid al-Malik

Jika seorang hamba itu berbuat maksiat, banyak melakukan dosa. Tetapi engkau melihat dia sering menangis, sedih, menyesal, merasa hina dan merendahkan diri di hadapan orang-orang soleh, sering mengunjungi orang-orang soleh dan sentiasa mengakui kelemahan dirinya. Maka orang ini berpeluang untuk mati dalam husnul Khatimah.

Syeikh Ibn Atthaillah as Sakandari ~

Semakin tinggi pengajiannya, pelajarannya jika semakin kurang adabnya bermakna ada 'something wrong' pada dirinya.

Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari ~



Hasil carian imej untuk islamic gif tumblr






#KalamUlama
"Carilah sahabat yang selalu mengingati Allah dan mengingatkan kamu kepada Allah."

[Habib Ali Zaenal Abidin Al-Kaff]
Ilmu | Amal | Dakwah

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



0 Ulasan posted :