UNTUK MU UNTUK KU

 

oleh http://www.iluvislam.com/

apakah hatimu seperti batu?
Tidak sayu saudaramu dipalu,
tidak pilu hilang peganganmu,
Tidak malu persendakan agamamu,
Biarkan nafsu menjaga dirimu.



Apakah kamu sudah lupa?
Pergerakanmu diperhatikan oleh Maha Esa,
Illiyin dan Sijjin saksi rahsia di dada,
Terbongkar semua di hari Bencana,
Saat matahari seakan sejengkal dari kepala.



Rasulullah kekasihNya jadikan teladan,

Akhlaknya seperti al-Quran berjalan,

Kehadirannya membawa angin ketenangan,

Sentiasa berjalan memberi pesanan,

Ikutlah arahanNya laranganNya tingalkan.



Melihat mendengar nikmatNya padamu,

Langit dan bumi disediakan untukmu,

Gunakan akal dan mata hatimu,

Syukurlah dan sujud pada Tuhanmu,

Tunaikan perintahnya sehingga diseru.



Syurga dan neraka sudah dikhabarkan,

Sebagai hadiah juga amaran,

Setiap kamu bergelar insan,

Tiada terlepas dari perhitungan,

Kembalilah kepada sunnah Rasul dan al-Quran

Marilah wahai saudara-saudaraku,

Bangunlah dari tempat beradu,

Bertaubatlah dari kesalahan lalu,

Janganlah lupa janganlah ragu,

Aku dan kamu milik Yang Satu.

artikel;iilvislam.com

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

kehidupan ibarat pelangi

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG