#1 D I Y Bekas biskut yang comel


ASSALAMUALAIKUM...
SHARE SOMETHING TODAY
FROM BLOG NOTA INFO

Bahan utama membuat bekas biskut yang comel ini ialah pinggan kertas dan pita pelekat. Korang boleh ikut langkah-langkah membuat bekas biskut seperti dalam gambar di bawah ni. Mudah kan. Bila dah siap gunting dan tampal, bolehlah hiaskan dengan reben. Kalau hiaskan dengan renda di tepi-tepi atau dengan manik-manik atau butang berwarna-warni pasti akan lebih cantik bekas tu.
Bekas Biskut DIY
Sumber: Google
Masa raya nanti, bolehlah buat bekas biskut yang kreatif macam ni dan letak di atas meja untuk dihidangkan pada para tetamu. Dah la biskut raya tu sedap, tempat letak biskut pun hasil kerja tangan sendiri pasti ramai yang memuji nanti.
Selain letak biskut boleh juga letak atas meja kerja, jadi bekas letak alat tulis..meja kerja pun pasti berseri kan. Tapi kenalah hias bekas tu cantik-cantik barulah menarik.
Puteri pun nak cuba buat untuk letak kat meja kerja, tapi kena keluar dulu cari pinggan kertas. Selepas tu barulah boleh ber DIY.
Selamat Mencuba.

Catatan popular daripada blog ini

Biodata murrabi ku ( ustazah nor hafizah musa)

TIGA UKURAN KEHEBATAN SESEORANG

kehidupan ibarat pelangi