Khamis, Februari 09, 2017 | Februari 09, 2017 | 0 Lovers
SALAM ALAIK...
tahun yang baharu bersama orang yg ALLAH swt PILIH...untuk jadi teman hidup.kata orang jodoh itu perlu dicari namun adakala jodoh itu ALLAH swt TELAH pun tetapkan.
Alhamdulillah...tahun ini sangat bermakna.
menjadi seorang guru,belajar menjadi seorang isteri dan bakal juga menjadi ummi..doakan ya pada hari itu nanti 2/4 nanti.
Label: Diari hari bermuka
Ahad, Mac 06, 2016 | Mac 06, 2016 | 0 Lovers
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,
nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.”
Surah al-Nahl, ayat 18.
Pertama : Tahniah dn mabruk ntk korang adik-adik sbb dah berjaya dalam SPM
(walaupun dah berhari-hari habis masa keputusan itu tapi oleh kerana keeksiate nya untuk lakar pada korang semua )
Kedua : My handphone broken,Skrin pecah retak tak boleh guna.tak boleh sentuh tak boleh hapdet telegram (channel sendiri) dan iG. EH...TAPI semua nya ada hikmah. mungkin jugak aku terlalu sangat terleka.
ketiga : Tok cah aku sakit.Haritu sakit nya dipinggang,tetapi sekarang nie sakit nya disendi.takut lah kalau-kalau kena Gout. kemudian bila tok cah cakap yang tok larat,aku terasa makin nak jauh dan nak mengadu sembuhkan sakit dia. Tok nampak aku tok panggil Mursyida,tok tak larat dah" itu yang aku sempat tangkap.
Tok terlihat tidur diatas katil.Mulanya aku nak ambil gambar send untuk adik aku di oversea.tapi aku pendamkan balik niat aku,
selepas tu,kitorag dgn seberapa yang ada,duduk satu halaqah dan bincang macamana kitorang nak urus.
Pak ngah...kata2 dia sangat menusuk,tersusuk bagai jarum yang tajam tikam jantung
"Bila Emak dah tak da,masa itu tak da guna dah meratap wajah emak.Pandang wajah emak nie bagai berperang dimedan jihad."
aku dok sebelah umie pegang erat2 baju ummie( kalau pegang tangan nanti siap kena kata das sikit "awat dah buang tabiat/atau kena libas dengan tangan adik mariah.)
p/s aku rasa dalam latop aku nie masih ada kot gambar tok cah.Yang baik tapi tegas.tak mau kehilangan tok.
kelima : terasa dah panjang sangat kan...perkongsian kecik nie..jadi nak korang berehat dan selamat tidur sambil ulit mimpi indah belaka. moga hidup korang rasa bahagia dan yg penting sekali ALLAH sentiasa redha dengan korang dan sayang cinta love sama dengan korang. Selamat tinggal
0152 subuh
6/3
Label: Diares, Diari hari bermuka, Diary
Khamis, Disember 17, 2015 | Disember 17, 2015 | 0 Lovers
hey.
selamat pagi,
gorten morgen,
sawade..
assalamualaikum...
Tadi keralitan baca artikel blog APG pasal PRU14 baru ni,terasa nak lari jauh-jauh.
err...
tapi paling best sekali,last di bawah ada siap tulis lagi
"Persoalannya sekarang, mahukah anda negara diperintah oleh kerajaan BN untuktempoh lima tahun lagi?
Gelak kecil. "gabbana eh.
pastu baca pulak,blog lain.Ternampak satu tittle hipster.
HIPSTER ITU APA ?
Kemudian cuba cari hipster tu apa? langsung tak ketemu,soal nya bila klik image,ada gambar beberapa watak manusia pakai cara barat.yang jelas tak sama langsung dengan adab islam.erk..
sebenarnya kan,ana juga budak hipster..terkejut tak ? macam angkat bakul sendiri sudah.
sebelum ana mula meraban,ana nak kongsi apa tu hipster dulu baru lah kita faham.
hipster nie kata pak wikipedia,satu golongan elit atau atasan atau pun bangswan kontempuri,susah nya nak faham.
walau bagaimana pun,
cari lagi,kot-kot leh jumpa kenapa orang suka pakai macam nie?
seriuly bila tengok adik sendiri pakai baru perasan yang kakak nya buta fesyen wahahah
makna nya
Seseorang yang mengikuti gaya terkini, fesyen, dan lain-lain: orang yang hip
: a person who follows the latest styles, fashions, etc. : a hip person
hipster
Older Than They Look: 'Hipster,' 'Rap,' and More
"In other words, the hipster is a spectacular instance of the flight from emotion." - Herbert Gold, The Age of Happy Problems, 1962
Done.
MRS BLOSSEM -
first day,menulis pasal fesyen hohohoho..
Label: cetusan dr penulis, Diari hari bermuka, fesyen hipster, ilmu, ilovewriterblock
Isnin, Disember 14, 2015 | Disember 14, 2015 | 0 Lovers
sengel dah,bila start menulis tak leh berhenti dah,
alang2 dah jahit baju biar sudah..
tapi ada dua cerita nak kongsikan.
pertama ialah ana sememang suka semua lagu tak kisah hindi ke,English ke atau malay.
Even kalau nasyyed lagi ana suka.
But..
ada sebabnya kenapa ana suka?
yang pertama jika lagu itu ada instrumental
,ana akan ikut rentak tu.
kedua dengan lirik nya hatta kalau nasyeed pun ada jugak
nasyeed berkisar kan cinta ana terus tolak dan buka instrumental.
kalau tengok pada blog inikan,
mesti perasaan kan bila ada lagu Korean tapi bentuk instrumental.
Cherita kedua.
yeah..ana betul-betul suka kan penulisan BI
takut nanti bi ana terus mati dan tak hidup balik.
ana suka baca atau dengar lagu English dan tengok movie English,
ceritera bebudak itu ana tengok misalnya cerita victor dengan kisah buaya,
best sangat.
dan ana juga ada impian yang ana nak menulis buku dalam bentuk penulisan BI.ah..jem nanti.
SPM pun KO je.
ala kulihal.
ana nak beritahu juga ada beberapa syarikat penerbitan
tapi ana just hantar je pastu satu ni dia minta ana hantar beberapa page kemudian baru lah
ana dinilai..
---------------------------------
ana harap boleh Berjaya lepas nie.
ditulis mrs blossom a.k.a amni aulia novelis.
1219 am
14122005
Label: aktiviti, Diari hari bermuka, Diary, dream
Isnin, Disember 07, 2015 | Disember 07, 2015 | 0 Lovers
maaf semua nya.
tajuk entri sangat pelik. dah diupdate semula
bila lihat kembali
maaf ya
assalamualaikum..wrt
tajuk entri sangat pelik. dah diupdate semula
bila lihat kembali
maaf ya
assalamualaikum..wrt
baik tanpa buang masa,ana keluar terus apa yang ana rasa nak sampaikan.
SEBENARNYA handphone ana,laptop ana table ana pergh semua nya dah rosak,
gelap,wahal baru je guna tak sampai dua tahun.
pastu jem pulak. Geram teramat.
tetapi ana masih boleh update blog cuma di intagrm,facebook and tweet tak boleh.
ana dah ada beberapa blog lain yang tak diurus kemudian ana kira ana start balik belog pertama ana.
--------------------------
ana seorang peminat menulis tak kira novel atau cerpen
atau pun
zine
bahkan ana cuba jikalau boleh
ana nak siapkan bebrapa karya..
huhuk...
bermula menulis
tajuk buku senpai.
#ma da ma da da neh
simply but not yet,
wasalam
cerita malam hari
tulis
mrs blossem
waktu 10 malam ke atas
7 11 2015
Label: catatan 1, cetusan dr penulis, Diari hari bermuka, Diary
Selasa, Mei 26, 2015 | Mei 26, 2015 | 0 Lovers
ssalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semuamuslimin di alam maya ini..
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zaujku,”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti
. Tiada harta sebagai jaminan bahawakau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ..."Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nyaialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlakdiriku.
Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah.
Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.
Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.
Aku bercita-cita bergelar pendampingsolehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul," Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya.
Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
Calon Suamiku yang dirahmati,"
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagiandari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewariskejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata.
Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Ingin aku berbicara membimbangkan akanmengenai pemberianmu kepadaku.
Kau terlalu Ketahuilah, kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.
Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yangbersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah.
Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redhadan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im.
Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak
. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagiayang tidak ada tolok bandingnya hingga kehari ini.Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini.
Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hatiini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam
-Ehm..rasanya tak perlu letakkan gambarkan bukan,-
Label: ayat2 cinta, dakwah..tarbiayah, Diari hari bermuka, Diary
Sabtu, Mei 19, 2012 | Mei 19, 2012 | 0 Lovers
Hari ibu sudah berlalu , Hari Guru jugak sudah berlalu , Tapi Hari ayah bakal tiba . Entah lah bagaimana nak ana tuliskan dalam blog sensawang ni .
Mungkin sudah menjadi tabiat yang hanya bisa melakar dalam laman maya shj . Satu hari ada seorang sahabat ana di ippt dulu ada bertanya
" bagaimana mahu menjadi seorang yang tak ketar ketika sampai kan sesuatu didepan aoudin "
tika itu ana terfikir bahawa ana jugak tak terlepas dari semua itu .
so inilah jawapan ana
" jadi dihadapan mereka sebagai pemberi dan pendidik "
suatu yang ana ingin sampaikan
Tarbiah ada dua hal
1 mendidik
2 memberi
tapi ana lebih suka guna perkataan mendidik kerna mendidik lebih kearah jiwa mereka
sedikit perkongsian tentang Hati
•**•.ﷲ.•*Bismillah*•.ﷲ.•**•
Duhai hati♥
Letih yang engkau rasakan selama ini mungkin tak sebanding dengan letihnya hati mereka dalam menapaki kehidupan ini. Di dalam keletihan itu, mereka memahami bahwa letihnya mereka akan membuat mereka menjadi orang-orang seperti yang dicitakan. Lalu bagaimana denganmu wahai hatiku.. Baru sebentar saja engkau merasa letih tapi kau sudah merintih bagai seribu tahun kau mengalaminya.. Malulah pada mereka yang merasa letih tetapi mereka memaknai letihnya sebagai sesuatu yang dapat mengantarkannya pada sebuah kebahagiaan.. Bukankah orang yang berjuang dan berkorban itu letih? Bukankah akhir dari perjalanan orang yang berjuang dan berkorban itu sebuah kebahagiaan jika dijalani dengan ikhlas dan penuh kesungguhan??
Duhai hati..
Lelah memang terus menerus hal-hal kurang mengenakkan itu menerpa hidupmu. Tetapi jika kau renungi kembali kisah di atas, perjuangan mereka tidak mengenal lelah. Setiap lelah menghinggapi mereka, mereka beristirahat dan kemudian bangkit berjuang kembali. Mereka paham kalau diamnya mereka tak dapat membuahkan hasil apapun bagi kehidupannya. Mereka yakin perjuangan dan pengorbanannya selama ini, berlelah-lelahan, akan berbuah sebuah kebahagiaan yang tak dapat tergantikan nikmatnya. Lalu bagaimana denganmu wahai hatiku.. Baru sebentar saja kau diberi cobaan dan ujian tapi kau sudah merasa lelah dan menyerah.. Malulah kau pada mereka yang tak punya apa-apa tapi mereka tetap istiqamah berjuang dan berkorban hingga cita-cita mereka tercapai.. Bukankah orang yang berjuang dan berkorban itu lelah? Bukankah akhir dari kelelahan orang yang berjuang dan berkorban itu sebuah kebahagiaan jika dijalani dengan ikhlas dan penuh kesungguhan??
Duhai hati..
Sakit yang terus menyapamu selama ini adalah ujian dan cobaan dari Allah seberapa kokohnya engkau menjalani apa-apa yang engkau yakini atas-Nya. Dia ingin tahu seberapa seriuskah engkau dalam menapaki jalan kehidupan yang sudah Dia gariskan. Sakit yang Dia berikan adalah sebuah perhatian khusus-Nya kepadamu. Dia masih sayang kepadamu dengan memberikan ujian dan cobaan. Andai saja kau tak merasa diuji dan diberi cobaan, maka kau akan merasa aman-aman saja, padahal kau sedang berada di tepian jurang yang menganga lebar dan siap menerkammu kapan saja kau lengah..
Duhai hati..
Capeknya dirimu menghadapi segala permasalahan yang engkau temui di sekitarmu, itulah yang terus mengajarkanmu untuk dapat memahami sekelilingmu dengan lebih baik lagi. Di kananmu ada orang-orang yang engkau sayangi dan kasihi. Di depanmu ada orang-orang yang engkau hormati. Di kirimu ada orang-orang yang engkau senantiasa bercengkerama dengannya. Di belakangmu ada orang-orang yang selalu mendukungmu dalam tiap doanya meski kau tak pernah tahu.
Duhai hati..
Seorang ustadz pernah menyampaikan, jika tak senang dengan sepatumu yang lusuh, ingatlah mereka yang tak berkaki namun tak mengeluh. Semoga kita selalu dapat mengingatnya duhai hati.. Seberapa letih, lelah, dan sakitnya engkau.. Masih ada orang-orang yang merasakan itu lebih dari kita tetapi mereka tetap tak mengeluh.. Ada saja cara mereka untuk menyemangati diri.. Ada saja sugesti untuk membuat diri mereka semangat.. Ada saja pemikiran positif yang mereka punya hingga mereka tetap bersemangat.. Ada saja cita-cita yang ingin mereka gapai hingga semangat itu tetap terpatri di dada mereka..
Duhai hati..
Tetaplah istiqamah..
Walau itu berat bagimu..
Percayalah kau mampu menjalaninya..
Asalkan kau selalu menyertai Allah dalam segala hal..
Terpautnya kau duhai hatiku pada Sang Khalik..
Akan membuatmu semakin cantik dan tangguh..
Karena kau adalah mutiara di lautan..
Yang akan terus terjaga sampai masa memisahkan..
Label: Diari hari bermuka


Template by:




